Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

RANDOMANIA {MALAY}

🇲🇾Penajaib
--
chs / week
--
NOT RATINGS
1.5k
Views

Table of contents

VIEW MORE

Chapter 1 - Random 1

Suasan suram membelenggu, seorang lelaki terlihat duduk,memeluk kedua kakinya, bajunya lusuh muka yang pucat,rambut yang serabai disertakan bunyi rintihan,tangisan yang tersedu-sedu, begitu sedih dan pilu jika dedengari.

Dia berada disebuah ruangan seakan bilik yang kecil hanya memuatkan sebuah katil bujang dan singki dilengkapi cermin kecil baru melihat wajah penggunanya. Ruangan yang serba kecil hanya dilengkapi seketul lampu gantung dibahagian siling ruangan itu.

Kini malam sudah lama menjelma sinaran bulan purnama memasuki ruangan tersebut melalui celahan jeriji besi tinggi dibahagian dinding menghampiri siling ruangan itu, berfungsi sebagai jaminan laluan udara keluar dan masuk, dibuat kecil bagi mengelakkan penghuninya melarikan diri.

Ya, kini lelaki itu didalam penjara atas kesalahan yang tidak begitu jelas, dia dituduh, difitnah namun dia dihumban kedalam penjara itu tanpa belaan diri, keluarga, sahabat, rakan kongsi semua meninggalkan dirinya.

"Apa salah aku? Apa yang aku buat sehingga dibalas seperti ini?!" getus hati lelaki itu didalam diri diiringi tangisan kecil tidak menganggu penghuni yang lain, walaupun ruangan dihadapan dan disebelahnya kosong tidak berperhuni. Dia masih tidak ingin menganggu pengawal yang berjaga dipintu masuk ruangan itu.

"kau bukan lagi pengarah, kau kini hanya orang biasa. PENAGAWAL! Bawa orang ini keluar!" ingatannya Kembali menyerang, dia terbayang peristiwa dimana dia digulingkan dari posisi pengarah di syarikat yang diasaskan oleh dirinya bersama rakan-rakanya yang lain.

Rakan yang disangka sahabat yang melindungi satu sama lain, kini dia dikhinati rakan baiknya sendiri, merangka rancangan menjatuhkan dirinya dan merampas hak miliknya, saham, syarikat malah insentif khas juga dirampas tanpa meninggalkan sisa walau sesen pun.

Menambah garam pada luka, dijuga dikhinati isteri, dan keluarganya. Dia merupakan anak yatim, tiada lagi saudara mara yang dia dapat hubungi namun keluarga isterinya telah dianggap seperti mak ayah untuk dirinya, itu yang dipercayai oleh dirinya.

Namun dunia tidak selalu indah, dia turut dikhianati keluarganya, diatas peristwa rampasan hak sebagai pengarah dan pengasas syarikat miliknya, pulangnya kerumah dikejutkan dengan sambutan yang sangat dingin, sepasukan polis lengkap berseragam, terlihat beberapa orang telah mengacukan senjata pada dirinya.

"Tak sangka teruknya diri kau yang sebenarnya!" kata ayah mentuanya yang kini berada bersama barisan polis yang sudah mengepung dirinya, dia diarahkan untuk melutut, tangan diangkat keudara, dia dipaksa menjauhhi kerata yang dipandunya.

Terlihat 5 orang anggota polis telah mengacukan pistol kearahnya manakala seoarang pegawai polis berdiri bersama ahli keluarganya yang lain, mungkin dia adalah ketua operasi kali ini.

Dibelakang mereka mak mentua, isterinya dan 2 anak perempuannya hanya memandang kearahnya, pandangan jijik, penuh sinis seakan dirinya adalah mahluk terhina yang pernah mereka jumpa.

Tapi atas kesalahan apa? Di pejabatnya sebentar tadi dia dihalau keluar begitu sahaja kini, dia telah ditahan polis dihadapan rumah agamnya sendiri! Terlihat seorang perempuan muda berpakaian sut berdiri disebelah isterinya, dia adalah penasihat peribadinya dan juga salah seorang rakannya sekolah nya. Dia terlihat seakan menangis, dan sedang dipujuk isterinya.

"Apa semua ini?!" soal lelaki itu masih tepinga,terkejut atas kejadian yang menimpanya dalam masa satu hari. Dia memandang kearah semua yang berada disitu, pandangan penuh tanda tanya,cemas melihat kearah setiap yang berada disitu.

Mengapa Alisyia penasihatnya menangis?

Mengapa polis menahan dirinya?

Mengapa keluarganya tidak membantu dirinya?

Mengapa dia dibuang dari syarikat?

Soalan itu menyerbu dirinya, dia pening, musykil dimana silapnya,apa kesalahan dirinya, mengapa perkara ini berlaku. Dia masih bernafas cemas kerana masih ada 5 pistol menyasar dirinya, tubuhnya bergetar takut, jika salah tutur bicara mungkin nyawanya akan berakhir.

"Arfan Muafi, awak ditahan atas dakwaan… awak baca la sendiri kertas ni" kata pegawai polis yang mengetuai operasi ini sambil menghulurkan sehelai kertas, dia mengambil kertas itu, membaca dengan pantas isi yang tertulis pada kertas itu.

Kesalahan menggelapkan wang syarikat, khinat pada institusi negara , merancang keganasan, memperdagang manusia, salah laku seksual, salah guna kuasa, membocaorkan rahsia negara dan lain-lain kesalahan yang amat berat sehingga ke penghujung kertas itu, namun yang peliknya. Arfan tidak melakukannya !

"Nanti dulu, apa semua ni ? Mustahil saya lakukan semua ini!" jerit Arfan sambil mengenggam kertas itu, remuk dibuatnya, namun masih dapat dibaca, kesemua polis yang berada disitu bersiaga, memperkemas pistol mereka perlahan menghampiri Arfan.

Dua orang polis mengeluarkan gari lalu memakaikannya pada tangan Arfan, sedikit meonta namun tidak mampu melawan pihak berkuasa kerana tubuhnya seakan tidak bermaya melawan mereka yang jelas terlatih.

Arfan diiringi ke kereta polis yang diletakkan berhampiran, dia menjerit, merayu bantuan dan penerangan dari ahli keluarganya namun semua memalingkan wajah seakan tidak mengenali dirinya, pegawai polis beransur pergi dari Kawasan itu, hanya isteri Arfan, Rohani dan keluarganya serta Alisyia melihat kenderaan polis beransur meninggalkan perkarangan rumah agam mereka.

Tiada yang meratapi pemergian Arfan itu, tiada bantahan, mahupun pembelaan walaupun sedikit,hanya senyum dan gelak tawa kecil terkeluar dari mulut mereka.

Begitulah secara ringkas bagaimana Arfan yang kini merengkok dalam penjara tanpa sebarang pembelaan yang adil kini telah masuk bulan ke 7 didalam penjara tanpa melalui mahkamah,terus dicampak kedalam mahkamah, mengapa? Sebab kesalah dirinya dinaggap kelas amat berat dibawah Akta Rahsia dan Keselamatan Negara atau Secrete and Safety Act (SSA 2035) yang memerikuasa penuh pada kerajaan bagi menghumban pesalah yang mengancam rahsia dan keselamatan negara tanpa bicara sehingga 24 bulan.

Apa nasib yang bakal menimpa dirinya, dipenjara tanpa belaan diri, dikhinati mereka yang hampir dengan dirinya, ditambah kejadian ini kini menjadi pengetahuan umum. Hatinya hancur musnah, semua kebahagian, kesenangan dan keselasaan yang diberikannya kepada mereka yang rapat dengannya dibalas dengan pengkhianatan maha dahsyat !