Chereads / ENCHANTIA SAGA [ MALAY ] / Chapter 2 - Bab 1 - Medal Emas

Chapter 2 - Bab 1 - Medal Emas

"Jadi awak berdua bergaduh pasal hal kecik itu sahaja?" soal seorang lelaki yang sedang duduk dihadapan mereka berdua dengan tatapan muka yang serius.

Ryota dan Ryo menelan liurnya sedikit perasaan takut hadir dalam diri mereka melihat tatapan lelaki itu yang seakan mengancam jika mereka berbuat ulah dihadapannya lagi.

"ya, maaf kan kami" jawab mereka serentak sambil menundukkan kepala agar lelaki itu memafkan mereka.

"huuuh" lelaki itu menghembuskan nafas selepas mendengar permohonan maaf itu.

Tiba-tiba, kedengaran langkah menghampiri ruangan itu, ya mereka sedang berada di pos kawalan penjaga kota mereka berdua ditahan kerana mengganggu keamanan awam dan pertempuran sihir yang tahap 1 yang tidak dibenarkan, mengikut undang-undang pergaduhan atau pertempuran sihir antara dua pihak hendaklah diawasi oleh seorang Master atau Penyihir 2 pangkat diatas mereka dan ia pertempuran yang tidak boleh berunsurkan niat untuk membunuh, ia boleh dirujuk dalam "Codex Arcanum"

"Tuk, tuk, tuk" pintu diketuk dari luar menarik perhatian mereka.

"Kapten Sargas, Master Awarna dah sampai"

"Silakan masuk"

Pintu kayu dibuka, kelihatan seorang lelaki tua berjanggut putih berpakaian jubah lusuh bewarna kelabu memasuki ruangan diiringi seorang pengawal disampingnya.

Kapten Saragas berdiri menunduk hormat pada lelaki tua itu.

"silakan duduk Master Awarna" ujarnya sambil menunjukkan kerusi yang disediakan oleh anak buah Kapten Sargas.

"Hoh hoh terima kasih Kapten" Master Awarna menerima pelawaan itu, duduk dikerusi yang disediakan berhampiran Ryota dan Ryo manakala menghadap kearah meja kayu yang disebaliknya duduk seorang lelaki Bernama Kapten Sargas ketua pengawal untuk Kawasan ini.

"Jadi mereka berdua bergaduh lagi" kata Master Awarna sambil mengurut janggutnya yang panjang keparas dada sambil menatap sebentar kearah mereka berdua.

Ryota dan Ryo berdiam diri sambil menundukkan kepala tidak berani memandang Master Awarna yang berada di samping mereka.

Kapten Sargas hanya menggeleng melihat mereka berdua yang berdiam diri sejak Master Awarna memasuki ruangan tersebut. Dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan sebatang gulungan kertas seakan rokok, mencari setiap poketnya dimana pemetik api untuk menghidupkan rokok itu.

Menyedari perkara itu, Master Awarna membuka tapak tangannya menghala kearah Kapten Sargas, satu partikel cahaya merah muncul lalu bara api mula menyala dihujung batang rokok tersebut.

Kapten Sargas menyedut dalam rokok tersebut. Sehingga bara api itu kelihatan semakin terang dan diiringi asap dan aroma wangi keluar dari rokok tersbut.

"FUUHH" asap dihembusnya keluar dari mulutnya.

"Terima kasih Master, tapi ini sudah kali ke 3 mereka bergaduh di tempat awam tanpa pengawasan" kata Kapten Sargas sambil menunjuk kearah Ryo dan Ryota.

"Menurut Codex Arcanum mereka boleh dihukum berat walaupun masih muda" sambungnya lagi.

"Hoh hoh saya paham akan isi Codex Arcanum itu Kapten, tapi boleh kah beri mereka peluang " Master Awarna tersenyum nipis, cuba untuk memujuk Kapten Sargas agar melepaskan mereka berdua.

"Adakah itu arahan atau permintaan Master Awarna" Kapten Sargas tersenyum kecil sebelum Kembali menghisap rokoknya itu.

"ting!!" satu kepingan syiling emas dilayangkan dan mendarat sambil berputar diatas meja, Kapten Sargas menatap tajam Master Awarna, tidak beriaksi.

"Anggap sahaja saya belanja makan malam ni yer, hoh hoh" Ucap Master Awarna berdiri sambil mengajak Ryota dan Ryo meniggalkan ruangan itu.

Mereka berlalu pergi dan meniggalkan ruangan tersebut, pengawal yang berada berhampiran pintu terkejut dengan tindakan Master Awarna dan Kapten mereka yang tidak beriaksi.

"Kapten baguslah malam ni makan besar la kita" ucap pengawal itu dihadapanya kelihatan gembira kerana mereka dapat "wang belanja" dari Master Awarna.

Kapten Sargas melihat kearah pengawal itu, lalu menhirup kuat rokoknya kepulan asap muncul dari hujung rokoknya, asap kelabu menuju kearah syiling emas itu lalu membawanya kearahnya, dia meneliti syiling itu dipan dan belakang dan merasai aura unik ditanam dalam syiling itu.

"Ini bukan syiling biasa ia lebih kepada medal" ucap Kapten Sargas sambil menghembus asap keluar dari mulutnya, kepulan asap itu menghurungi syiling emas itu lalu menelannya hilang dari pandangan mereka, ia telah disimpan dalam simpanan magis milik Kapten Sargas.

Kapten Sargas membuka laci dibawah mejanya dan mencampakkan seuncang karung kulit kearah pengawal itu. Pengawal itu menangkap kemas lambungan karung kulit itu.

Dapat dilihat kepingan perak dengan aggaran berat yang menyamai 50 keping perak dalam karung itu, dia memandang semula kearah Kapten Sargas.

"Guna tu untuk belanja semua orang malam ni"

"terima kasih, Kapten!" ucap pengawal itu sebelum berlalu pergi.

Kini Kapten Sargas sahaja tinggal diruangan itu sendirian sambil menghadap kearah luar tingkap ruangan itu terbentang Kota Enigma, keindahan malam diterangi lampu minyak dirumah-rumah penduduk kota, jalan-jalan yang juga dihisai lampu sihir yang diuruskan oleh kerajaan dan kelihatan beberapa kumpulan pengawal sedang melakukan rondaan.

Kedudukan pos kawalan yang berada di kaki bukit kota Enigma membolehkan pengawal mendapat pemandangan kota secara penuh dan kelihatan indah pada waktu malam dengan panorama kota yang binaan indah dari batu bukit, dan istana-istana kerajaan yang tersusun berdekatan gunung bahagian Utara kota Enigma.

"Heh Anak-anak kau semua macam kau dulu Ryazul" Kata-kata itu keluar dari mulut Kapten Sargas sambil melihat kearah langit Arcania, lebih tepat langit dunia Enchantia. Walaupun panorama yang indah dengan susasa nyaman dan aman namun lain pula pada langit dunia.

"sudah 10 tahun yer cepat masa berlalu tapi masih tiada jawapan"

Langit yang kelihatan merah seakan gerhana menghiasi langit dunia, siang seakan merah cair dan kesan retakan seperti kosong,ruang hitam yang menghiasi langit akan kelihatan jelas, pada waktu malam langit akan kelihatan merah gelap dan ruang gelap,seakan rekahan itu akan tenggelam dan pudar disebalik kegelapan malam. Matahari dan bulan masih kelihatan pada waktunya Cuma dunia kini dihiasi pancaran Cahaya merah sejak 10 tahun lalu.

Ia masih menjadi misteri bahkan Konsul Arcane juga tidak dapat mencari punca peritiwa itu berlaku. Kini masih menjadi tanda tanya apakah peristiwa itu berkaitan dengan kemunculan dewa jahat? Semua kekal misteri namun yang pasti ia tidak menjejaskan kehidupan penduduk dunia Enchantia.