Alwiz menutup pintu biliknya serapat-serapat nya. Sesudah itu dia melangkah ke arah tingkap. Jendela tingkap yang terdedah segera ditarik tirainya.
Dia segera menyelongkar isi bagasinya. Pakaiannya dilambakkan di atas katil. Tangannya diseluk di bawah alas beg. Ada dua lapisan di bawah beg pakaiannya.
Lapisan pertama dikoyakkan lalu dicampak keluar dari dalam beg. Dia menarik pula lapisan kedua.
Segulung kertas lama yang kelihatan sudah usang dibawa keluar dari dalam beg. Dia membuka gulungan kertas yang kelihatan buruk itu lalu meneliti isinya.
Isinya tidak ubah seperti peta di Zaman Roman yang dicatat dengan angka-angka, bahasa dan simbol yang gagal difahami oleh manusia biasa.
Petal Eresea. Inilah benda yang dicurinya dari Tradewinds Centre Metro beberapa hari yang lalu dengan bantuan Vleid dan Zepthione. Petal Eresea ataupun Persea ini menjadi salah satu benda yang akan dipertontonkan untuk tatapan orang ramai di Pameran seni yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Mata Alwiz berlari ke arah hamparan Persea itu. Ada sesuatu yang terjadi. Terdapat lima simbol itu yang mengeluarkan sejenis cahaya berwarna biru laut di dalam bilik yang agak suram itu.
Alwiz mengerutkan dahinya. Bermakna kunci yang dia cari itu ada dalam rumah ini. Satu dari lima kunci Persea. Mungkin Arsen boleh menjawabnya. Bukankah Meralid menyerahkan salah satu kunci pada lelaki itu? Tiba-tiba dia teringat perbualannya dengan Tuan Wert beberapa bulan yang lalu.
" Kamu harus mencarinya sampai dapat Alwiz. Kunci kunci itu harus ditemukan sebelum terlambat, atau dunia kita tidak akan wujud lagi. Aku hanya boleh hantar kau ke Hearty Valley, tapi untuk kembali, kau harus mencari dan menggunakan kunci itu," ujar Tuan Wert.
"Tapi bagaimana kami mahu mencarinya Tuan?"
Lelaki itu mengeluh.
"Itulah masalahnya. Dalam catatan Jurnal Dewdien, ada disebut tentang sebuah makalah dinamakan Petal Eresea. Ia juga disebut sebagai Persea. Persea ini bertindak sebagai peta yang boleh mengesan kedudukan kunci-kunci itu."
"Di mana kami boleh mendapatkan Persea itu?"
"Persea itu ada di tangan Dewdien. Kalau perkiraan kami tepat, Dewdien pasti menyembunyikan diri di dunia sana. Cari Dewdien dan kamu akan menemukan Persea. Hanya Persea ini sahaja yang boleh mengesan kedudukan kunci-kunci itu." Jelas Tuan Wert.
Tiba-tiba telinga Alwiz menangkap satu bunyi di luar biliknya. Dia cepat-cepat menyimpan Persea itu di dalam beg pakaiannya. Sebaik sahaja daun pintu biliknya dikuak, Alwiz menarik nafas. Sedikit mengah.
Alwiz memandang ke arah muka pintu. Seorang anak muda berusia lingkungan 18 tahun berdiri di hadapannya.
"Abang ni kawan Kak Tany ya?" tanya anak muda itu.
Alwiz mengangguk.
Tanpa disuruh, anak muda itu menghampirinya lalu menghulurkan tangannya.
"Sorry tak ketuk pintu tadi. Saya Haziq, sepupu Kak Tany," anak muda itu memperkenalkan dirinya.
"Alwiz Zarex," Alwiz memperkenalkan dirinya pula. Sebentar kemudian, Alwiz terdiam. Haziq? Beberapa ketika kemudian dia tersenyum.
"Haziq anak Auntie Hana, kan?" Balas Alwiz.
Dia masih ingat nama-nama yang disebut wanita itu sebentar tadi. Haziq mengangguk seraya tersengih. Biji mata anak muda itu menukas ke arah Alwiz dari atas ke bawah.
Alwiz mengerutkan dahinya. Apa yang budak ni tengok??
"Betul ke abang ni tunang Kak Tany?" soal Haziq, tak disangka-sangka.
"Ya, kenapa?
"Aneh ya!" bisik Haziq.
Kerutan di dahi Alwiz semakin bertambah. Apa yang aneh? Aku ke yang dia cakap aneh? Tak mungkin kann.
"Sejak bila Kak Tany ada boyfriend? Tak pernah dengar pun. Selama ni dia mana pernah ada boyfriend. Lelaki nak dekat pun takut. Garang sangat. Alahai pulang kali ni pula bukan setakat boyfriend aje tup tup dah tunang pula." cerita Haziq.
Alwiz terdiam. Tak ada boyfriend???
Dia teringat kan kata-kata gadis itu di airport tempoh hari. Bukankah Litany mengaku bahawa dia sudah memiliki teman lelaki? Apakah dia sengaja berbohong?
"HAZIQ!!!!" suara herdikan yang agak lantang kedengaran dari suatu arah.
Serentak kedua-dua lelaki itu berpaling. Wajah Haziq berubah kecut melihat Litany di depan pintu.
Ops!! Haziq menggigit bibir. Alamak! Ini mesti Litany dah dengar ni! Dia memandang ke arah Alwiz seraya tersengih.
"Nampaknya singa betina dah muncul lah. Okeylah bang. Nice to meet you. Next time kalau ada masa boleh borak lagi ya" bisik Haziq, segera anak muda itu berdiri dan cepat-cepat dia keluar dari bilik itu.
.
.
.
.
.