Chapter 5 - 1.4

Banyak mata yang memerhati ke arah Litany dengan curiga tatkala dia diiringi dua pengawal dari Kedutaan Malaysia serta dua pegawai polis Filipina ke ruang legar Ninoy Aquino Airport.

Yang membuatkan kehadiran Litany menarik perhatian orang ramai adalah kerana kedua belah tangannya digari bagaikan dia seorang penjenayah yang sedang diekstradisi.

Memang begitulah keadaannya sekarang ini, fikir Litany sambil menjeling dua pegawai dari kedutaan yang menjemputnya awal pagi tadi.

Sambil melangkah, otak Litany bekerja keras. Cuba mencari jalan bagaimana dia mahu melepaskan diri dari tiga lelaki dan seorang wanita itu. Tenaga nya seorang tentu tidak cukup untuk menangkis keempat-empatnya sekali gus. Apatah lagi dalam keadaan tangannya yang bergari seperti itu.

Ketika mereka melalui sebuah tandas awam di airport itu, tiba-tiba datang sebuah idea yang cukup gila jika difikirkan di dalam otak kecil nya itu. Langkahnya terhenti mendadak, membuatkan pegawai-pegawai yang mengiringinya tergamam. Dengan wajah selamba Litany menatap dua pegawai kedutaan yang ada bersamanya.

"I want to go to the toilet," pinta Litany.

Kedua-dua pegawai kedutaan itu saling berpandangan sesama sendiri.

"Penerbangan Cik Litany sejam lagi dari sekarang," pegawai wanita dari kedutaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Kartika memperingatinya.

"I know that tapi sejak semalam saya tak diberi kesempatan untuk ke bilik air. Or do you want me to....." Litany menjeda seketika percakapannya sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Saya memang tak de masalah nak buang air kat sini kalau korang tak bagi aku masuk toilet" kata Litany dengan wajah selamba. Kata-katanya berbaur ugutan.

Kedua-dua pegawai kedutaan itu tergamam. Setelah berbisik-bisik buat seketika, salah seorang pegawai lelaki yang aku pun tak pasti berbangsa apa memandang ke arah dua pegawai polis yang ada bersama mereka.

"Dia perlu ke tandas," ujar Tonny, berbahasa Tagalog dengan kedua-dua pegawai polis yang berada di situ.

Akhirnya kedua-dua anggota polis itu hanya mengangguk kan kepala. Pegawai bernama Kartika itu mengeluh panjang seraya memandang ke arah Litany.

"Mari kita pergi," ujar Kartika, lalu memegang bahu gadis itu untuk dibawa ke sebuah tandas berdekatan di pekarangan lapangan terbang itu.

Sebelum menghilang ke dalam, Litany sempat mengunjukkan tangannya di hadapan Kartika dan Tonny.

"Tolong buka gari ni," pinta Litany.

Kartika dan Tonny kelihatan ragu-ragu.

Litany ketawa kecil.

"Come on ur guys, kalau tak buka gari ni, macamana saya nak buang air?" Soal Litany.

Kartika menoleh ke arah Tonny yang hanya tersengih mendengar alasan gadis itu.

"Lepaskan dia!" Arah Tonny agar gari gadis itu dibuka.

Pegawai wanita itu menurut tanpa banyak soal.

"Thanks," ucap Litany singkat.

Litany segera memasuki tandas wanita sambil ditemani Kartika, manakala yang lainnya hanya menunggu di luar sahaja.

Beberapa orang wanita warga asing yang berada di dalam tertoleh-toleh ke arah Litany yang berwajah selamba. Bagaikan mencium ada yang tidak kena, wanita-wanita tadi segera beredar pergi. Litany menoleh sebentar ke arah Kartika lalu masuk ke dalam sebuah tandas yang terletak di hujung sekali. Kartika hanya menoleh sekilas.

_______________________________________________________

Sepuluh minit masa berlalu namun tidak ada tanda-tanda Litany akan keluar dari bilik air itu. Kartika asyik menoleh jam di pergelangan tangan. Mereka masih ada kurang dari sejam untuk memastikan Litany selesai check in dan selamat berada di dalam perut Cebu Pacific Air, menuju ke Malaysia. Begitulah arahan yang diberikan oleh Ketua Inspektor Hassan padanya dan Tonny kelmarin dalam satu taklimat ringkas.

Memandangkan gadis itu tidak keluar keluar, Kartika mula dihambat perasaan curiga. Dia tidak senang duduk dibuatnya. Jangan-jangan gadis itu ambil kesempatan cabut lari tak, fikir Kartika.

Dengan perasaan ragu-ragu, dia melangkah perlahan-lahan ke arah bilik air di hadapannya yang terkatup rapat. Mulutnya bergerak-gerak mahu berteriak memanggil nama gadis itu. Namun belum sempat dia berbuat apa-apa, pintu tandas itu tiba-tiba dikuak dari dalam. Kartika tergamam. Litany merenungnya dengan wajah hairan.

"Why?"

"Kenapa lambat sangat?" Sanggah Kartika bagaikan kurang senang.

"Girls kalau ke bilik air memang lama. Ini pun dah dikira cepat lah ni. Ke kau tanya aku macam tu sebab kau tu bukan perempuan asli eh?" Ucap Litany lalu beredar ke arah singki berhampiran.

Kartika tidak terkata melihat reaksi gadis itu yang bahkan dengan selambanya mengatakan bahawa dirinya itu buka perempuan. Eh hei ingat sikit dia tu bukan mak nyah. Perempuan asli.

Sekurang-kurangnya Litany tidak melarikan diri seperti yang diduganya.

"Dah siap belum? Kalau dah, kita pergi sekarang," ujar Kartika.

Litany mengangguk. Namun belum sempat kedua-dua nya melangkah keluar, telinga Kartika menangkap bunyi air mengalir di salah sebuah tandas itu. Dia mengerutkan dahi seraya memandang ke arah Litany.

"Paip bocor agaknya," kata Litany seraya menjongketkan bahunya.

Kartika diam. Bukan urusannya kalau paip di tandas itu rosak. Hek elleh bukan masalah dia lah sangat. Nanti nanti kalau dia lagi nak ke tandas ha padan muka kang kalau tak dapat nak buang air.

Dia terkedu melihat air yang mula melimpah ke arah lantai di luar bilik air.

"Tak apa, kita pergi saja," arah Kartika.

"Alamak!" Litany tiba-tiba menepuk dahinya.

Kartika yang berdiri di sebelah dibuat terkejut.

"Kenapa?" Soal wanita itu. Hairan melihat wajah Litany yang panik.

"Beg saya masih kat dalam lah. Passport pun ada kat dalam tu."

"Habis tu, pergilah ambil," arah Kartika lagi.

"Eh...nak biarkan baju saya ni basah ke? Puan, saya rasa saya tak akan dibenarkan masuk kat kapal terbang tu nanti kalau baju saya ni basah. Entah-entah lalu je laut ke pulau ntah aku kena buang kut sebab baju basah," ujar Litany secara rasional.

Eh kalau kena buang kat laut ke kat pulau tu tak lah😅.

Kartika terdiam. Betul jugak! Tentu dia akan dimarahi kalau penerbangan gadis itu tertunda kali ini.

"Tunggu di situ," arah Kartika.

-----------------------------------------

Ahahaha selamat berhujung minggu readers sekalian. Kita berjumpa lagi di page ini. Oleh kerana Kartika sorang tu kata tunggu ha korang pun kena lah ikut tunggu sama....untuk chpt seterusnya 😁😂.

.

.

.

.

To all readers yang dah baca sampai parti ni saya nak kata Thanks bebanyak kat korang😁🥰🥰🥰🥰🥰🥰

Kalau masih berminat nak lanjut baca sila teruskan kalau tak boleh lah tinggalkan cerita mengarut aku ni✌️✌️✌️