Di hari yang hujan dan sejuk itu, seorang perempuan bernama Maya sedang duduk di ruang tamu sambil menonton telivisyen. Maya mengiggil lalu bangun untuk mengambil selimutnya yang berada di dalam biliknya.
Maya kembali lagi dengan memegang selimut dan tiba-tiba bunyi yang nyaring muncul. Maya terkejut apabila mendengar bunyi tersebut. Dia mencari dari mana datangnya bunyi itu dan bunyi itu berasal dari telefon bimbitnya.
Maya melihat bahwa ada panggilan yang muncul dari sahabatnya Aina. Maya lalu mengangkat telefon bimbitnya dan menjawab panggilan si Aina.
"Assalamualaikum, Maya! ape kabar?? Dah lama kau tak datang melawat aku. Yela.. Kau makin sibuk sekarang"
"Oh hi Aina, aku sihat terima kasih. Aku pun rindu kau dahlama kita tak bertemu"
"InshAllah Maya, Aku datang melawat kau jangan lupa hidangkan aku kuih-muih mak kau. Kuih-muih dia lah yang paling sedap!"
"Okay! Nanti aku hidangkan kuih-muih mak aku. Aku tau kau suka sangat kuih-muih mak aku itukan favorite kau"
"Okayy esok kita bertemu yaa? Jangan lupa pakai selimut harini dahla hujan lebat lepastu sejuk lagi"
"Okay Aina, take care. Bye-bye!"
"Bye-bye Mayaa!"
Maya meletakkan telefon bimbitnya lalu pergi ke sofa yang berada di ruang tamu. Dia mengambil selimutnya lalu baring sambil menonton televisyen.
Tiba-tiba dia melihat berita tentang 'Hero Haziq'. Maya membaca berita tersebut lalu terpukau dengan muka Haqiz yang sangat handsome itu. Maya lalu tersenyum dan tidak sabar menceritakan berita yang dia baca kepada Aina esok.
Maya lalu terlelap di sofa nya dan bermimpi tentang tuan Haziq. Maya terbangun lalu melihat jamnya dan jam itu menunjukkan bahwa sekarang pukul 12:00 malam.
Maya terbangun dengan senyuman yang besar. Dia sangat gembira apabila dapat bertemu dengan si Haziq walaupun hanya di dalam mimpi. Dia sangat mengagumi tuan Haziq kerana tuan Haziq adalah hero yang telah menyelamatkan banyak mangsa. Maya lalu tidur lagi dengan senyuman yang tidak hilang dari wajahnya.