Chereads / PENJARA / Chapter 9 - Trup Tindakan Halilintar

Chapter 9 - Trup Tindakan Halilintar

"Assamualaikum  Zainal. Apa kau tengah buat tu... hehehhe." 

"Waalaikumsalam encik Shamir. Takde saya tengah susun ayat masuk dalam artikel. Apehal encik Shamir?" Ketua pengarang syarikat majalah di pejabat Zainal bekerja.

"Oh takde juga saje call nak tanya pasal perkembangan artikel tu."

"Oh baru je mula. Setakat ni berjalan lancar. Mungkin dalam 30-40 hari insya allah siap kalau takde halangan."

"Bagus ..bagus. Ayah awak sihat ye? Pastikan dia sihat supaya artikel ni tak tergendala."

"Sihat alhamdulillah. Jangan risau encik Shamir."

"Baiklah saya tak nak kacau awak. Kalau artikel ni diterima ramai ada harapan awak naik pangkat."

"Siapa tu Nal?" Rasyid tanya.

"Oh encik Shamir. Pengarang di pejabat Zainal."

"Ohhh apa dia nak? Suruh kau balik kerja ke? Bapa ingat kau cuti sebulan."

"Memang cuti pak. Takde dia tanya artikel yang Zainal tengah tulis dengan bapa ni bila siap."

"Bagitau dia kalau nak cepat buat cerita sendiri. Biasanya kalau orang yang gopoh buat kerja selalunya tak cermat."

"Takpe lah pak. Dia tu memang gelojoh sikit."

"Kita sambung. Dah pukul 9 malam tak sedar.""Kalau bapa letih esok je sambung."

"Takpe. Sikit lagi. Jam 10 macam tu berhenti."

"Semasa bapa diiring balik ke blok tahanan sel dengan Halim, kami bertembung dengan P.P. Dia suruh Halim tunggu je di pejabat manakala dia bawa bapa jalan dengan dia."

"Siapa nama P.P tu pak?" Zainal tanya, sedia menulis dalam buku nota.

"Faruk. Nama dia Faruk Samsudin. Kami panggil dia P.P Faruk. Ada juga panggil dia King Faruk. Sebab dia umpama raja dalam penjara. Apa yang dia cakap, apa yang dia perintah semua mesti dilaksanakan. Kalau degil, masuk Sel Seg. Kalau melawan, masuk Sel Seg. Kalau ada pegawai penjara tak dengar arahan, tukar bahagian. Kalau ada yang lawan perintah, tukar penjara. Itu lah dia P.P Faruk."

"Salah tu pak. Tu nama dia salahguna kuasa."

"Memang salah tapi siapa yang nak lawan dia. Dah kami semua pun memang orang bersalah terima je lah. Masa kami jalan tu P.P tanya soalan pasal penjara, pasal hidup sebagai banduan dan macam macan lagi lah. 

"Rasyid, sebenarnya begini. Saya ada usul untuk awak."

"Ya, usul apa tu?"

"Awak salah satu dan hanya satu banduan yang selamat semasa bertemu dengan puaka dalam penjara ni. Awak sedar kan? Awak tau kan itu adalah satu anugerah buat kami sebab sekarang kami boleh cari dan hapuskan puaka tu."

"Sekarang? Kenapa tunggu sekarang? Kenapa bukan setahun lalu?"

"Sebab sebagai Penguasa Penjara, saya tak mahu perkara ini jadi tarikan media. Saya tak mahu orang luar sana fikir saya tak bertanggung jawab. Alasan yang sebenar ialah saya ambil masa untuk mendapatkan bantuan kewangan membentuk satu pasukan baru.

"Pasukan baru?" bapa buat tak tahu.

"Pasukan Trup Tindakan Halilintar. Pasukan pemburu dan menghapuskan benda jahanam tu dari muka bumi."

"Amat menarik. Apa kaitan dengan saya?" Rasyid tanya. 

"Saya nak awak tarik puaka tu keluar."

"Umpan? Kamu nak saya jadi umpan? Saya ada anak isteri tunggu kat rumah. Saya janji akan balik selepas selesai hukuman. Apa kata saya terkorban?"

"Rasyid, kalau awak tolong saya, awak tolong seluruh maakuarakat dalam penjara ni. Awak tolong banduan dan awak tolong pegawai bertugas. Satu niat yang suci bukan. Dan saya.. Begini, saya akan minta tempoh tahanan awak dikurangkan mungkin setahun atau lebih. Dan...dan...dengar ni, saya akan masukkan awak dalam Pasukan Tindakan Halilintar sebagai seorang pencari maklumat."

"Hah, awak nak saya gadaikan nyawa dan jadi seorang pembelot pada banduan lain? Itu lebih teruk dari jadi umpan puaka."

"Rasyid jangan jadi dramatik. Fikir masa depan awak. Sebenarnya saya tak perlukan kebenaran awak pun. Saya boleh ambil tindakan mana yang saya lihat wajar bagi melindungi penjara ini.  Saya cuma bagi awak peluang tebus kesalahan lampau awak. Jadi hero!"

Bapa terdiam ketika itu sebab apa yang ditawarkan P.P memang menarik. Lagipun datang dari mulut dia sendiri. Hero? Bapa bukan nak jadi hero. Bapa cuma nak bebas awal.

"Baiklah. Saya harap pihak penjara akan tunaikan janji bila semua ni selesai." Bila dengar macam tu P.P terus keluarkan satu dokumen dari laci meja dia, turunkan tanda tangan pada kertas tu dan bagi dengan bapa. Kertas tu menyatakan apa yang P.P cakap tadi. 

"Dan bapa tandatangan surat perjanjian tu?" Zainal tak sabar bertanya.

"Kau rasa? Siapa pun akan ambil peluang tu sebab sama juga macam tak diberi peluang bila menolak. Tawaran yang cuma ada satu je pilihan dia iaitu bersetuju. Kalau tak setuju P.P akan tetap jalankan rancangan dia. Tapi bapa berjaya yakinkan P.P untuk pindahkan Badul ke sel bapa. Sekurangnya berdua lebih baik dari seorang. Bapa dan Badul sebenarnya satu pasukan bekerja secara tak rasmi sebab jika berlaku kerosakkan melibatkan paip air, Badul pun kena hadir sama sebab kerja dia ialah bahagian pembersihan. Sapu, mop lantai tu kerja dia."

"Ingatkan bapa tak suka dengan Badul?" Zainal tanya kemudian ketawa.

"Bukan tak suka cuma tak serasi dengan dia. Tapi kalau dah keadaan memaksa terpaksa lah. Bapa cuma kena tahan dengan perangai dia tu 

je. Yang lain bapa tak kisah pun. Kalau ada puaka bapa tolak je Badul ke depan tengok puaka tu takut ke tak." bapa ketawa di akhir ayat.

"Jadi bapa dengan Badul malam tu?"

"Ya malam tu bapa dengan Badul. Apa yang berlaku pada malam itu yang merubah hidup bapa dan semua banduan dalam penjara pusat."

"Maksud bapa?"

"Bermulanya malam itu hidup ibarat telur dihujung tanduk kerana bapa sentiasa diburu oleh puaka itu. Apa yang Zainal tulis sebelum ini cuma lah pembukaan cerita. Apa yang bapa ceritakan selepas ini adalah bahagian yang paling penting sekali. OLeh itu bapa nak kau tumpukan perhatian lebih dari yang kau berikan semasa awal cerita. Jadi bapa nak kau tidur secukupnya malam ni dan kita akan sambung esok pagi."

"Ya lah pak. Sambung esok. "