Chereads / Seteguh Cinta Ainul Mardhiah / Chapter 8 - Bab 7 Bully

Chapter 8 - Bab 7 Bully

Pada malam hari, Ainul dan kak Aisyah duduk dimeja masing-masing sambil menghafal surah. Tiba-tiba handphone Ainul bergetar beberapa kali mengganggu konsentrasi kak Aisyah menghafal Al Quran.

Treeet treeet treeet treeet

Treeet treeet treeet treeet

"Ainul, angkat dulu handphone mu tu dari tadi bergetar." Tiba-tiba kak Aisyah bersuara.

Dengan sigap Ainul melihat panggilan masuk langsung mengangkat panggilan tersebut.

Ainul : Hello, Assalamualaikum.

Naufal : waalaikumussalam, Ain tengah buat apa? Sudah makan ke? (Cuma naufal jer yang memanggil Ainul dengan nama singkat "ain", katanya nak lain daripada yang lain. Ainul tak kisah pun)

Ainul : Ain tengah menghafal tadi, makan pun sudah. Naufal dekat mana tu?

Naufal : aku kat hostel ni, tengah tiada buat apa-apa. Ain sihat jugakan? Maaf ye jarang hubung.

Ainul : Ain okay saja, Naufal tak usah risau sangat. (Jawab Ainul sambil tersenyum)

Naufal : Bila lagi Ain balik kampung?

Ainul : belum tau lagi, kenapa?

Naufal : Tanya saja, raya ni ain balik ke?

Ainul : tidak pasti lagi, jadual cuti semester belum keluar. Nanti kalau dah keluar ain bagi tau ye.

Naufal : okay kalau begitu kita tutup dulu ya...kawan Naufal panggil pula. Nanti kita what'sup ye.

Ainul : okay.

Naufal : Assalamualaikum sweetie. (Naufal mengakhiri panggilannya.)

Ainul : waalaikumussalam. ( Sambil tersenyum meletak panggilan tersebut).

Setelah berakhir panggilan tersebut, Ainul pun menyimpan handphonenya diatas meja belajar.

Ainul tidak berani bertanya pada Naufal tentang cerita yang Ainul dengar dari temannya. Ainul takut dikata cemburu, tapi itu la yang menjanggal hati Ainul pada Naufal. Ada rasa perih jika dia teringat hal tersebut.

Walaupun Ainul dan Naufal berkawan sejak zaman sekolah menengah lagi, tapi Ainul merasa kurang percaya pada dirinya sendiri. Apa lagi umur Naufal beza muda 2 tahun dari Ainul, dan mempunyai paras yang rupawan, kulit kuning langsat dan tinggi lampai.

Itu la kenyataannya, Malik dan Naufal mempunyai umur muda dibawah Ainul. Mungkin kerana paras Ainul yang imut dan tinggi yang sederhana saja. Jadi mereka tidak mempersoalkan sangat tentang Ainul.

"Ainul, kenapa dengan Naufal?"

"Tiada apa kak, dia cuma tanya khabar."

"Oh, jom kita tidur." Ajak kak Aisyah, sambil mematikan lampu bilik.

**********

Pagi itu, Ainul bersiap kekuliah seperti biasa bersama-sama dengan 3 orang sahabatnya.

Sesampainya dikelas, mereka langsung mencari tempat duduk yang kosong. Ainul dengan kak Aisyah lantas menuju ke meja paling belakang berdekatan dengan tingkap. Sementara kak Hannah dan kak Jannah duduk dimeja bahagian depan berdekatan meja pensyarah.

Pada jam pertama dikelas Ainul, subjek Al Quran yang akan dibimbing oleh ustaz Umar iaitu walid. Setelah bell masuk berbunyi nyaring, semua pelatih berpusu-pusu masuk kedalam kelas masing-masing.

Dari kejauhan kelihatan walid berjalan menuju ke kelas. Semua pelatih duduk teratur sambil menunggu kedatangan walid, dengan pantas tanpa diarah meletakkan tafsir Al Quran diatas meja masing-masing.

Dengan langkah teratur, walid masuk kedalam kelas dan berdiri didepan semua pelatih.

Dengan spontan, semua pelatih berdiri tegap dan mengucapkan salam hormat kepada walid.

"Assalamualaikum ustaz." Semua pelatih menyapa serentak dengan sopan.

"Waalaikumussalam, kamu semua sudah bersedia ke mengikuti kelas ustaz?" Walid menyapa para pelatih dengan tegas dan berwibawa.

"Sudah ustaz..!!" Sahut para pelatih dengan serentak.

"Baik, semua boleh duduk." Ucap walid lagi seraya mengedarkan pandangannya keseluruhan kelas. "Sekarang ustaz mahu kamu semua buka Al Quran masing-masing dan kita mulai dengan surah Al Baqarah." Lanjut walid sambil membuka helaian demi helaian Al Quran tersebut.

Selama pembelajaran berlangsung, walid mengarahkan para pelatih membaca Al Quran seorang demi seorang membaca 5 ayat dengan menjaga hukum tajwid dan makhraj huruf. Oleh kerana pada hari itu adalah hari pertama mereka mengaji dengan walid, walid memberi kelonggaran terlebih dahulu.

Mengikut para senior, walid akan memberi denda pada setiap pelatih yang melakukan kesilapan bacaan Al Quran sebanyak 5 kali kesalahan. Walid terkenal dengan sikapnya yang tegas dan tidak ada kompromi ketika bertugas.

Semua pelatih yang mengikuti kelas walid pada hari itu berhati-hati dan sentiasa waspada ketika membaca Al Quran. Setelah 45 minit pembelajaran walid berakhir, walid berpesan kepada semua pelatih agar mengulangkaji pelajaran pada hari itu. Seterusnya walid pun berpindah ke kelas pelatih aspura semester 1 pula.

Dikelas Haziq, pembelajaran berjalan seperti biasa. Mereka menulis catatan setiap penerangan yang diberi oleh persyarah pembimbing dengan tekun.

Di PLD, bangunan kelas aspuri dan kelas aspura diasingkan agar setiap pelatih dapat menjaga pergaulan dan pandangan.

Pada hari itu, pembelajaran berjalan dengan lancar. Setiap mata pelajaran yang diajar dapat Ainul tekuni dengan baik. Sehinggalah kuliah hari itu berakhir.

Tepat jam12.15 tengahari, bell menandakan pelajaran dah berakhir pun telah berbunyi. Para pelatih keluar dari kelas dengan tertib balik ke asrama.

Dari kejauhan Haziq melihat tingkah Ainul yang agak agresif, tanpa perasaan bersalah Ainul menarik tudung labuh rakannya yang hendak balik ke asrama.

Haziq hanya menggelengkan kepalanya pelan sambil berkata pada Amran.

"Amran, kau tengok tu nakal juga ya?" Sambil menunjuk Ainul menggunakan dagunya.

"Pelik tapi benar, heran...perempuan tapi agresif sangat..." Sahut Amran dengan kerutan didahinya.

Dengan pantas, Ainul berlari menarik kak Aisyah menuju gerbang pagar asrama.

"Ainul, tudung aku..!!" Teriak Aulia menatap Ainul dengan perasaan jengkelnya.

"Opsss, sorry..." sela Ainul tanpa rasa bersalah sambil tergelak. Kak Aisyah, kak Hannah dan kak Jannah cuma tersenyum melihat tingkah konyol Ainul kembali lagi.

"Aduh, kanak-kanak riang bertingkah lagi." Kata kak Ju sambil tergelak heboh.

Semua pelatih yang berada disana tergelak dengan kelakuan Ainul pada Aulia. Sebelum Aulia sempat membalas, Ainul dengan pantas berlari menuju kebiliknya.

Setelah menunaikan solat zohor, Ainul dan tiga sahabatnya pun menuju ke dewan makan bersama-sama.

Ditengah perjalanan, Ainul berselisih dengan Haziq dan Amran. Tanpa diduga, Haziq menyapa sehingga Ainul terlihat salah tingkah.

"Sudah puas bully orang?" Tanya Haziq sambil melirik Ainul.

"Haaa...kau bercakap dengan aku ke?" Sahut Ainul tergagap-gagap.

"Mungkin...!!! Kata Haziq pelan lantas berlalu pergi meninggalkan Ainul yang tengah bengong.

"Kenapa Ainul? Jom makan." Ajak kak Hannah.

"Oh, eya kak.." angguk Ainul dan terus menyantap makanannya dalam diam, takde gelak ketawa seperti selalunya.

"Haziq, apa yang kau cakap dengan Ainul tadi? Tanya Amran pada Haziq.

"Tiada juga, kenapa? Sahut Haziq tersenyum sambil makan.

"Kau tengok dia sekarang, senyuman pun hilang." Amran menunjuk Ainul pada Haziq menggunakan muncung mulutnya.

Dari kejauhan Haziq melihat tingkah Ainul yang menunduk saja tergeletek untuk tertawa, tetapi Haziq tahan...Haziq tidak sangka dengan satu kalimatnya itu membuat Ainul terdiam.

"Sekali-sekala dia tu kena ada yang tegur." Kata Haziq pada Amran tanpa mengalihkan pandangannya dari Ainul.

Amran mengangguk menyetujui perkataan Haziq tadi.

Selesai makan, segelintir pelatih pun berehat dalam bilik masing-masing. Dan ada yang menuju kemasjid untuk mengisi masa dengan menghafal Al Quran.