Ainul bersandar-sandar diatas katil singlenya, sambil menghafal surah An-Naba' ayat 1 hingga 20 beserta maknanya. Hari ni betul-betul menguras tenaga dan fikiran. Kat kelas ustaz Amin tadi, 2 jam dalam dewan Ainul tak dapat konsentrasi dengan pelajaran tersebut. Walaupun ada air-con tapi tetap ia merasa rimas dan tak nyaman.
Semua penghuni asrama saat ini berada dalam bilik masing-masing. Warden asrama menetapkan tepat 10 malam, lampu bilik sudah terpadam dan tidak dibenarkan berkeliaran diruang tengah asrama, bilik tv atau pun bertamu dibilik kawan2 melainkan ke tandas.
"Ainul, dah berapa ayat ko hafal?" Tanya kak Aisyah. Sambil memegang Al Quran tafsir dan bersandar dikatilnya sendiri.
"Baru lima ayat kak serta makna, akak plak berapa ayat sudah?"
"Aku hafal dulu surahnya, maknanya nanti...keliru kalau hafal serentak." Kata kak Aisyah lagi.
Ainul mendesah pelan, fikirannya berpecah jadi dua. Ugutan Malik yang ingin menemui kedua orang tuanya amat mengganggu fikirannya. Ainul belum bersedia menjadi isteri orang, urusan rumah tangga pun Ainul tak tau apa-apa lagi. Yang Ainul ingin sekarang ialah merealisasikan segala cita-cita ayahnya, melanjutkan pelajarannya hingga kemenara gading.
Bip bip bip
Tiba-tiba terdengar bunyi what'sup masuk memecahkan lamunan Ainul. Dengan pantas Ainul melihat handphonenya yang berada dibawah bantalnya. Ternyata dari Malik, Ainul langsung membaca isi dan mereply wasap dari Malik.
Malik : Assalamualaikum, tengah buat apa?
Ainul : Tengah menghafal.
Malik : kenapa tak pena nak hubung abang?
Ainul : Aku bz la, jadualku padat kat sini.
Malik : Masih marah ke?
Ainul : takde la, buat apa nak marah?
Malik : bagus la kalo sayang tak marah?
Ainul : ok ye, aku nak sambung menghafal.
Malik : baiklah, tapi jangan lupa update harian sayang.
Ainul : insya Allah kalo ingat.
Malik : I love you. Assalamualaikum nite ❤️
Ainul : waalaikumussalam...nite.
Setelah mereply mesej Malik, Ainul langsung menyimpan handphonenya dengan muka yang masam.
"Ko dah kenapa?" Kak Aisyah hairan melihat tingkah Ainul.
"Malik wasap kak."
"Sepatutnya ko hepi la pakwe wasap, ni muka macam kena lenyek lori." Gurau kak Aisyah sambil tergelak.
"Aku masih geram kak, kalo ingat-ingat aritu dia teriak-teriak ditaman... malunya aku kak, macam aku nak terjun jak dalam kolam ikan tu." Luah Ainul pada kak Aisyah lagi.
"Apa penyebabnya sampai dia begitu? Mesti ada something ni...!! Teka kak Aisyah.
"Dia ajak tunang kak." Kata Ainul resah.
"Dia ajak tunang ok la tu, bererti dia tak main-main dengan ko." Sahut kak aisyah seraya melihat Ainul lurus-lurus.
"Masalahnya aku masi mo belajar."
"Tunangkan, bukan terus kawen pun." Kata kak Aisyah lagi.
"Yang masalahnya sini, dia mo 3 bulan tunang terus menikah. Aku masi mo kuliah kak. Terlalu awal rasanya. Belum tentu dia mo aku kuliah lagi kalo dah nikah." Terang Ainul.
"Aku tak tau nak bagi pendapat Ainul, otak aku pun jadi stuck ditambah lagi dengan problem ko yang tak pandai habis tu..." Komentar kak Aisyah sambil memicit-micit kepalanya.
"Aku lagi bingung ni, mudah-mudahan Malik tak jadi jumpa ayahku." Luah Ainul dengan perasaan gelisah.
"Ko tak payah fikir hal tu, yang penting sekarang ni ko dah hafal ke? Dah berapa ayat? Esok ustaz Amin nak tasmik kan...?"
"Aduuuh, sakit otak aku...." Erang Ainul sambil telungkup memeluk kakinya diatas katil.
"Assalamualaikum Ainul, sorang jer ke? Haziq teringat momentnya tadi siang menyapa Ainul ketika berada dilibrary. Haziq mencuba untuk mendekati ke meja Ainul yang tengah duduk membaca buku.
"Waalaikumussalam, owh eya aku sorang jer..." Jawab Ainul serba salah menoleh kearah Haziq.
"Boleh saya duduk sini?" Pinta haziq pada Ainul.
"Ehhh, boleh...silahkan!" Sahut Ainul menggangguk sambil mengedar pandangannya kesekeliling library sambil tersenyum kecut.
Haziq pun duduk berhadapan dengan Ainul.
"Terima kasih Ainul, masih ingat dengan saya?" Sapa Haziq dengan senyum tersungging menghiasi wajahnya yang rupawan.
"Masih..." sahut Ainul tersenyum manis seraya menganggukkan kepalanya tanpa mengalihkan pandangannya pada bukunya.
Haziq tidak menyapa lagi dan hanya melirik Ainul sekilas sambil membaca bukunya dalam diam.
Betul-betul moment yang indah baginya, Haziq tersenyum mengingati moment itu... Walaupun hanya menyapa Ainul singkat saja, tapi itu perkembangan baik bagi dirinya yang terkenal pemalu dan pendiam.
Haziq membaringkan badannya diatas katil sambil membaca doa tidur. Dia cuba memejamkan matanya sambil tersenyum samar. Tanpa Haziq sedari ia telah terlena dengan sendirinya.
************
Keesokan paginya, semua pelatih diarah berkumpul didepan pejabat pensyarah dan berbaris mengikut semester masing-masing.
Syu'bah disiplin yang bertugas diarah untuk mengawal dan membimbing pelatih-pelatih agar mengalunkan 99 nama Allah iaitu asmaul husna, doa memulakan pelajaran dan menyanyikan lagu negaraku. Setelah selesai, semua pelatih disarankan kembali kekelas masing-masing. Untuk pelatih semester 1 pula diarahkan berkumpul didewan utama dan melanjutkan orientasi yang akan berakhir pada hari itu.
"Baiklah, diharap semua pelatih duduk ditempat masing-masing." Arahan dari ketua syu'bah disiplin iaitu abang Hamdan cuba menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik.
Tanpa arahan berkali-kali, semua pelatih telah mengambil tempat, kerana ketua syu'bah disiplin ni terkenal dengan sifatnya yang tegas. Dah namanya ketua syu'bah disiplin, mestilah tegaskan...?" Kalau tak habis dibully anak buah...😏🙄
"Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua pelatih-pelatih yang berjaya telah menjayakan program orientasi kita satu minggu ni. Saya harap anda semua fokus pada niat utama kamu masuk dalam institusi ni...ingin menjadi seorang yang berilmu agama dan berdakwah dijalan Allah." Jelas abang Hamdan lagi.
"Okay, saya serahkan majlis ini pada ustaz Razak selaku pensyarah pembimbing kamu semua pada pagi ni. Di persilahkan ustaz." Lalu abang Hamdan menyerahkan pembesar suara kepada ustaz Razak yang secara tidak langsung bertugas menghandle pelatih semester 1.
Suasana dewan menjadi hening dan sunyi sepi selama peralihan tugas. Semua pelatih menjadi kecut, ustaz Razak seorang yang tegas, tidak ramah dan terlalu sukar untuk memamerkan senyumannya...walaupun dalam kategori rupawan, ada ciri-ciri suami pilihan la katakan...kira-kira kalau korang berhadapan dengan ustaz Razak macam mana? Hahahaha boleh gugur jantung beb.... 😆
"Assalamualaikum semua pelatih-pelatih aspura dan aspuri kesayangan ustaz..." Sapa ustaz Razak kepada semua pelatih dengan senyuman samarnya, tanpa ada sorang pun yang tahu.
"Waalaikumussalam ustaz...!!" Sahut semua pelatih serentak.
"Semua dah sarapan ke?"
"Sudah ustaz.."
"Alhamdulillah, jadi lepas ni ustaz tak nak ada lagi berlaku pengsan ye gara-gara tak sempat sarapan." Gumam ustaz Razak lagi dengan tatapan tajamnya.
Ustaz Razak mengedarkan pandangannya keseluruh dewan, sambil berdiri tegap dengan karisma yang mempesona mata yang memandangnya. Tidak disangsikan lagi jika ada segelintir pelatih-pelatih aspuri yang memendam rasa pada ustaz Razak, tapi dalam diam saja ye...kerana sikapnya yang dingin dan tak ramah, para pelatih aspuri tidak ada yang berani mendekati ustaz Razak. Itulah kelebihan ustaz Razak, yang tidak ada pada ustaz lain di institusi itu.
"Okay, pagi ni ustaz nak bagi korang tugas...senang jer, cuma menggunakan tenaga...!" Kata ustaz Razak sambil tersenyum sinis dalam beberapa saat. "Ustaz nak pelatih aspura membersihkan kawasan Pusat Latihan Dakwah ni, keseluruhannya tanpa tertinggal satu pun sampah sarap dan membakar sampah...sementara pelatih aspuri pula menyapu, melap tingkap dan membuang sampah dan serahkan pada pelatih aspura untuk dimusnahkan." Sambil menatap semua pelatih dengan tatapan yang serius.
"Bergerak sekarang...!!!" Laung ustaz Razak lagi dengan tegas tanpa membuang masa.