Chereads / Seteguh Cinta Ainul Mardhiah / Chapter 7 - Bab 6 Adik Angkatku

Chapter 7 - Bab 6 Adik Angkatku

Semua pelatih pun menjalankan amanah yang diberikan oleh ustaz Razak pada pagi itu, betul-betul menguras tenaga dan memerah keringat fuhhhh.... Ainul dan sahabat-sahabatnya pun pergi ke bangunan pejabat pensyarah kerana mereka diberi tugas untuk menyettlekan bahagian pejabat. Jadi, para pekerja bahagian pembersihan boleh la rehat-rehatkan...

"Assalamualaikum walid." Sapa Ainul pada walid, tak sangka ada walid dalam pejabat tu tengah rehat.

"Waalaikumussalam, eh Ainul mardhiah...c kecik-kecik cili padi..." Kata walid tersenyum lebar sambil berseloroh.

"Walid tak gajar?" Sapa Ainul.

"Walid takde kelas jam ni, jadi walid rehat-rehatkan badan dulu." Kata walid sambil menyandarkan kepalanya dikerusi sambil memejamkan matanya.

"Kami buat kerja dulu ya walid." Kata Ainul sopan.

"Yela, hati-hati ye...!" Jawab walid masih memejamkan matanya seperti keadaannya tadi.

Treeet treeet treeet...

Silent handphone Ainul berbunyi dan bergegar, menandakan ada panggilan masuk. Ainul melihat sebentar kemudian memasukkan semula kedalam poket jubahnya yang berada disamping.

"Sape Ainul?" Tanya kak Aisyah.

"Naufal kak, tiba-tiba plak dia call...padahal dah dekat sebulan dia senyap." Jawab Ainul pada kak Aisyah.

"Pelik c Naufal ni, timbul tenggelam hahahaha..." Gelak kak Aisyah heboh.

"Ishhh biarlah kak..." Sahut Ainul mencebik...

"Dia rindu la tu nul, kamukan jarang berhubung?" Ledek kak Aisyah sambil melap tingkap yang ada dalam bilik pensyarah.

"Aku tak rindu." Kata Ainul lagi sambil menghembuskan nafasnya.

"Tau la, ko dah ada Malik...!!" Lanjut kak Aisyah.

"Tidak juga..." Sahut Ainul bersahaja, sambil membersihkan meja-meja yang ada disitu.

"Kenapa dengan ko ni?" Heran kak Hannah sambil menatap Ainul disampingnya.

Ainul masih membersihkan meja sambil menggelengkan kepalanya dalam diam. "Ainul masih kecik hati ke pada Naufal? Ainul pun tak tau...boleh dinamakan cemburu ke ye?" Batin Ainul bersuara. Perkara ni belum ada orang tau, malu Ainul nak luah. Untuk pengetahuan semua, hubungan antara Malik atau dengan naufal takde pernyataan cinta pun dengan Ainul...tiba-tiba seperti pasangan kekasih, sulitkan? Ainul ikut alur saja, kalau dikatakan bercinta tidak jugakan...

Untuk menenangkan hatinya, Ainul berlari-lari disekeliling kawasan pejabat pensyarah sambil mengusik kawan-kawannya yang masih bertugas membersihkan kawasan pejabat. Dari kejauhan Haziq melihat tingkah konyol Ainul dengan tersenyum samar sambil menggelengkan kepalanya. Haziq tak menyangka perangai Ainul heboh sendiri, langsung tidak ada perasaan malu-malunya. Tapi itulah daya tarik Ainul, sikapnya yang manja dan bersahaja. Bukan tergedik-gedik ye...🤐🤨

"Ainul, jangan lari-lari nanti jatuh..." Teriak abang Razlan sambil mendekati Ainul.

"Owh, abang hehehehe..!" Jawab Ainul salah tingkah.

"Lepas ni adik buat apa?" Tanya abang Razlan lagi.

"Tak de juga bang, terus balik bilik kot lepas habis ni." Sahut Ainul lagi.

"Oh, jangan lari-lari lagi nanti jatuh...jaga diri baik-baik, abang balik kelas dulu ye." Kata abang Razlan lagi sambil tangannya mengusap-gusap lembut kepala Ainul yang berlapik tudung labuh dan bersiap pergi.

Ainul mengangguk sahaja sambil tersenyum manis.

"Adikmu ke Razlan? Aku tak tau plak ko ada adik disini." Tanya Ahmad, pelatih semester 5 sekelas dengan abang Razlan.

"Adik angkatku Ahmad, aku suka tengok dia manis saja baru nakal. Hahahaha.." Gelak abang Razlan pada Ahmad.

"Sekarang adik angkat, lama-lama terangkut...!" Seloroh Ahmad pada Abang Razlan.

"Ehhh tidak la..!" Sahut abang Razlan. "Dimana aku mo letak Fatimah?" Kata abang Razlan lagi sambil tersenyum.

"Suka hati ko la Razlan, ko yang jalani." Jawab Ahmad malas.

Sebelum Ainul menyambung tugasnya membersihkan pejabat pensyarah, Ainul menghantar what'sup terlebih dahulu pada Naufal.

Ainul : Assalamualaikum Naufal, nanti ye kalo nak call. Jangan call sekarang.

Naufal : Ain tengah buat apa?

Ainul : tengah bersihkan pejabat ni.

Naufal : Ain kena denda ke?

Ainul : tak la, kami tengah orientasi ni.

Naufal : oh, hati2 d sana. Nanti malam naufal call Ain balik.

Ainul : ok. Assalamualaikum.

Naufal : waalaikumussalam Ain.

Setelah selesai, semua pelatih diarahkan balik ke bilik masing-masing dan membersihkan diri, makan serta solat zohor.

Pada sebelah petang, semua pelatih pun diarahkan berkumpul semula didewan utama untuk melakukan tasmik dengan ustaz Amin. Mujur la Ainul dapat kuasai semua walaupun masih terbata-bata, kalau tak.. memang malu nak sorok kat mana muka ni....hihihi!!!

*************

Ainul teringat saat didewan tadi, Ainul seolah-olah terpana dengan alunan bacaan surah An-Naba' yang dibaca oleh Haziq tadi...sungguh menyentuh perasaan, semua orang senyap bagaikan tersihir mendengar bacaaannya, sungguh beruntung mak ayahnya...dapat seorang anak yang soleh dan berilmu didada, untung yang menjadi isterinya nanti. Itu la yang berada difikiran Ainul saat itu.

Mata yang mengantuk pun tak jadi layu hahahaha... hebatkan?? Tak hairan la kalau pelajar-pelajar aspuri yang semester 2 atau 3 ada yang memendam rasa dengan Haziq. Jangan pelik ye, kat PLD ni biar semester 2 atau 3 tapi ada yang masih muda lagi umurnya...awal dapat tawaran, awal la masuk, gitu...!

Tapi, yang ajaibnya, Ainul macam tak percaya...Haziq kerap menyapa Ainul terlebih dahulu, macam tadi didewan...segan rasanya...sedang Ainul duduk sorang diri, tiba-tiba Haziq datang menyapa.

"Assalamualaikum Ainul.." sapa Haziq mendekati Ainul.

"Waalaikumussalam, oh Haziq..." Ainul mendongak sambil menyahut sapaan Haziq yang berdiri didekatnya.

"Tahniah tadi dah hafal semua surah An-Naba' tu..." Kata Haziq mencari bahan cerita dan memberi pujian.

"Hihihi, terima kasih ye...ko pun tahniah juga, sedap didengar bacaan Haziq tadi." Kata Ainul dengan pipi yang bersemu kemerah-merahan.

Dug dug dug dug

Aduh, jantung Ainul berdegup kencang macam nak gugur dari tempatnya. Ainul cepat-cepat memegang dadanya dan buat seperti biasa saja.

"Oh, saya dah lama hafal, tu yang dapat baca lancar tu..." Jawab Haziq santai. "Saya kesana dulu ye..." Tunjuk Haziq menuju kearah Amran dan teman-temannya yang lain lantas berlalu pergi.

"Ok." Jawab Ainul pelan sambil tersenyum tipis.

Ainul terpaku melihat Haziq dari kejauhan, sambil memegang dadanya yang masih berdegup laju. "Ada apa dengan aku ni?" Batin Ainul berbisik. Buat pertama kali Ainul merasakan perasaan asing ni. Ketika bersama dengan Malik atau Naufal, Ainul tak pernah rasa macam nak demam seperti saat ini. Apa dia suka dengan Haziq? "Eh tidak la...!!" Ainul menggeleng kepalanya pelan sambil menunduk dan memejamkan mata seperti orang tengah menghafal Al Quran.

"Ainul, fikir apa?" Tanya kak Jannah sambil melambai-lambaikan tangannya didepan mata Ainul.

"Takde la kak." Ainul tersenyum singkat sambil duduk dimeja belajarnya.

"Dari tadi aku tengok ko melamun, fikir apa?" Sambung kak Jannah lagi sambil Mengibaskan lengannya.

"Takde juga kak, cuma rasa penat sangat hari ni." Dalih Ainul.

Ainul menghembuskan nafasnya panjang, berusaha untuk tidak membebani perasaannya saat ini. Ia merasa kacau dan rasa terbeban dengan perasaannya sendiri.