Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Kyler Leon ; His Doll

ItsHaylee
--
chs / week
--
NOT RATINGS
2.1k
Views
Synopsis
Kyler x Jane Amaran (Abusive/Mature/Kill) "Kau milik aku selamanya, sayang! Jiwa dan raga kau milik aku!" -Kyler "Cinta dalam hati saya tidak ada maknanya lagi sejak awak bunuh orang yang paling saya sayang!" -Jane Kyler Leon. Lelaki psiko yang kasanova. Semua gadis di muka bumi ini di anggap hak miliknya termasuklah seorang gadis naif bernama Arlessa Jane. Meski wajah Jane tidak mampu menggoda lelaki itu, namun jiwanya tetap meronta mahu memiliki gadis itu. Arlessa Jane. Gadis malang yang berpewatakan bodoh. Banyak hal dunia tidak dia ketahui. Jejaka kacak bermata purple gelap itu telah memerangkap dia ke dalam kancah penyeksaan. Pada mulanya, dia fikir jejaka itu adalah 'hero penyelamat', namun tak disangka jejaka itu adalah 'villain' dalam hidupnya. Hidup bersama Kyler umpama membunuh jiwa dan raganya di setiap detik, sehingga setiap helaan nafas perlahan-lahan telah mematikan semangatnya untuk terus hidup. Hatinya perlahan mati. Apakah nasib Jane kemudiannya nanti? Nyawa menjadi galang gantinya.

Table of contents

VIEW MORE

Chapter 1 - One : Pertemuan

KYLER mengucup belakang tangan sang kekasihnya bernama Araline. Mata mengamati kelopak Araline yang tidak berkerdip, bahkan tidak pernah berkerdip sepanjang hidupnya. Bibirnya tersungging senget menikmati saat-saat begini, tidak terganggu oleh sesiapapun. Tenggelam dalam dunia ciptaannya.

"Baby... you dah janji dengan I, but why you tipu I?" Soalan itu dituju pada Araline. Bibir mungil itu disentuh perlahan, namun lama kelamaan jemarinya menurun ke bawah dagu perempuan itu. Dia mencengkam kuat dagu Araline seiring cerlungan tajam menembusi mata Araline. Gigi terkertap kuat di rasuk emosi marah, yang datang tidak diundang.

"Why baby?" Keras suara terlantun. Sebelah tangan yang bebas merengkuh kepala Araline yang botak, rambutnya sudah dicabut satu persatu tanpa sisa sebelum Kyler mempersiapkan persembahan karya agungnya tiap kali wanita kesayangannya mula berubah hati. Dia akan melakukan segalanya agar wanita itu kekal berada di sisinya walaupun dengan cara begini. Kejamkah? Peduli apa dia? Bagi dia jika melepaskan wanita itu, perkara itu lebih kejam dan menyakitkan bagi dirinya.

"Aku ingat kau berbeza, tapi sayang kau pun sama. Kau dah lama dengan aku, kan? Asal kau tak boleh terima aku? 7 tahun bersama aku, tahu perangai keji aku. Tapi, kau menipu aku. Kau mula curang dengan si s*** tu. Bodoh! Dah takde jantan lain, adik aku jugak kau nak!" Tubuh keras yang tersalut simen itu Kyler sepak. Seluruh tubuh itu diseliputi simen sehingga tiada ruang kulit untuk bernafas. Lidah dia juga disimen olehnya tanpa belas dan simpati. Hidup-hidup pula tu, sehingga Araline mati dalam keadaan tidak dapat bernafas dek kerana hidung dan bibirnya melekat dengan simen.

"Tapi baby... jangan risau you masih ada di hati I. I tak lupa you. I pecinta wanita, takde satu pun perempuan I benci. Of course mak cik-mak cik dah monopous tu tak termasuk. I suka perempuan muda je. Haha." Kyler terbahak-bahak. Kaki menyepak-menyepak tubuh kaku bagaikan itu adalah bola yang boleh disepak sesuka hati. Ketukan pintu menghentikan tingkahnya itu, segera dia menoleh di muka pintu.

"My Bad. Kau busy?"

...

"Kau takde kerja ke? Buang masa skodeng boyfriend orang apahal?" Aku terkejut beruk disergah Ruhila. Air liur terasa payau melihat mata Ruhila, serupa helang itu. Macam nak makan aku hidup-hidup pulak. Tanganku berpeluh-peluh memegang hujung baju tshirt lusuhku. Dah hari-hari aku pakai jadilah lusuh seperti muka aku yang lusuh ini.

"S... saya tengok je. Takde buat apa pun." Aku menjawab juga dengan suara perlahan. Setakat tengok je muka Nathaniel tu pun kedekut sangat. Siapa suruh ada boyfriend handsome. Muka ada iras-iras kekasih khayalan aku. Tak silap malam kelmarin aku mimpi muka dia. Sebab itulah aku menilik muka boyfriend dia dengan penuh minat. Sampai tak perasan Ruhila ada kat sebelah.

"Apa kau cakap? Tengok je? Kau ingat kau tu siapa nak tengok dia? Muka dah lah macam jembalang. Ada hati nak tengok boyfriend aku." Penuh bongkak Ruhila menunjal-nunjal dahiku. Muka berlagaknya sangatlah jelas, tidak sembunyi-sembunyi dah.

"Ye ke muka saya macam jembalang?" Dengan muka bodohnya aku kerut dahi. Takde rasa sedih pun dihina begitu. Tangan sibuk menyeluk saku seluar jeansku. Haa... dapat pun cermin. Muka aku tilik depan cermin. Perhati lama di situ. Nampak mata sembab, bawah kelopak jelas kehitaman kerana aku kurang tidur dan selalu tidur lewat kerana menjaga adik bongsuku yang lumpuh. Berganti menjaga dengan mak kerana mak keletihan. Mata menurun ke hidung. Kembang semangkuk. Tak mancung macam Ruhila tapi pada aku hidung ni menjadi pujaan hati sebab lain daripada lain. Dan, berakhir di bibirku. Ya, aku akui bibirku ini tidak sempurna kerana aku ada sumbing dari kecil. Memang kuranglah tapi takdelah macam jembalang. Muka aku masih boleh jual, mesti ada lelaki berkenan nak beli.

"Saya cantiklah, Ila. Mana ada macam jembalang."

Ruhila mendengus geram. Cermin aku itu dirampas dan dicampak ke tanah. Dengan kasar badanku ditolak sehingga aku terjatuh. Tak sempat nak imbang badan kepala dah terhantuk ke atas tanah. Sakitlah! Hish, apa masalah minah gila ni?

"Eee, jijik betul!" Ruhila menghentak-hentak tumit tingginya sebelum berlalu. Jelingan juga dihadiahkan padaku. Tangan mengurut pinggang, sakit betul. Ada cara baik kan, asal cara kasar jugak dia nak buat? Kalau patah pinggang ni siapa nak ganti? Dah lah aku ni kurus kering, tinggal tulang je ni. Siaplah kau kalau apa-apa jadi pada aku!

"Mana hero ni? Biasa dalam drama ada hero datang tolong. Ni takde pulak?" Aku merungut-rungut sambil cuba bangun sendiri. Aku berjaya juga duduk. Kruk kruk. Bunyi tulang pinggangku. Adeh, sakitlah. Balik minta mak sapukan minyak jelah.

"Hey baby..." Aku kerut dahi. Baby? Aku toleh kiri dan kanan. Ada baby ke kat sini? Aku mendongak ke atas, terpampang seraut wajah seseorang yang tidak dikenali. Aku rasa dadaku nak tercabut. Hero dah sampai. Cepat betul dia naik jet ke? Ingatkan dekat drama je hero datang on the spot, dalam realiti pun sama eh? Uish, kau jangan merepek Jane! Entah-entah boyfriend orang.

"Awak cari baby, eh? Saya tengok tepi saya takde baby pun. Baby awak hilang ke?" Aku menggaru dahi yang tidak gatal. Hero di depanku sumpah lelaki paling kacak pernah aku jumpa. Kalah Nathaniel! Kulit putih dia pun kalah Ruhila. Mata dia sangat cantik! Warna purple pekat. Pakai contact lens lah tu. Tapi cantik! Alahai, janganlah tenung aku lama-lama. Kang kalau aku rembat dia, habislah aku dikerjakan oleh girlfriend dia pula nanti.

"You're kidding me?" Lelaki itu tergelak kecil. Gulp! Ada lesung pipit. Hish, geramlah aku tengok! Aku kidnap dia kang baru tau. Nak kasi tau depan Ruhila. Nak tayang Ruhila, aku dah dapat lelaki kacak serupa putera kayangan di dalam mimpi aku dua bulan lepas. Hee...

"Apa awak cakap tu? Saya tak faham... Tapi saya nak tanya awak sikit boleh?" Tanpa teragak-agak aku cuba menggatal kejap. Dia senyum manis tanpa membalas apa-apa. Tiba-tiba tubuhku dikendong olehnya. Aku tersentak dan terasa bagai direntap jantung. Pipiku juga berbahang. Bukan kerana apa, aku cuma terasa lain macam. Panas badanku kerana ini merupakan pertama kali aku diperlakukan oleh seorang lelaki kacak seperti ini.

"A... apa awak buat?" soalku hairan. Lelaki itu tidak menjawab, malah dia berjalan selamba ke arah kereta berwarna hitam. Pergh, Mercedes Benz! Kereta import tu.

"Nak tanya apa?" Lembut suaranya menampan telinga. Pintu bahagian penumpang dibuka lalu dia letak aku di situ. Aku gigit bibir dengan sejuta rasa yang bercampur baur. Seumur hidup tak pernah aku naik kereta semahal ini. Entah-entah aku tengah mimpi kut?

"Er, saya tengah mimpi ke?"

Gelak. Lelaki itu gelak lagi dengan gaya kacaknya. Sedap suara gelak dia. Aduh, orang kalau dah kacak buat apa pun nampak menawan.

"No, mana ada. Kau tak mimpi."

"Okey. Tapi kan kenapa awak tolong saya?"

"Bosan."

"Hah? Bosan?"

"Tak. Maksud aku. Aku tengah bosan. So, aku tolong kau lah. Sebab aku takde buat apa pun tadi."

"Ohh, macam tu." Aku terasa makin pelik. Alasan dia tak munasabah. Tapi aku tak kesah yang penting aku nak tanya dia satu soalan sebelum kami membawa haluan masing-masing nanti.

"Saya nak tanya sikit."

Bibirnya kekal tersenyum. Kepalaku yang tersalut tudung bawal berwarna maroon itu disentuh perlahan. Tak semena-mena dia menyalut lembut. Aku pula jadi terpinga-pinga.

"Tanyalah sayang."

"Haa? Sayang? Siapa sayang?" Terkejut tau! Takkanlah dia panggil aku sayang.

"Nothing. Tanyalah."

Aku kemam bibir. Nothing tu apa? Mungkin nothing tu girlfriend dia kut?

"Muka saya ni macam jembalang ke?" Lancar soalan aku lucutkan di bibirku.

"Taklah, sayang. Kau cantik. Manis sangat..."