Chereads / はてtest / Chapter 1 - Prolog

はてtest

Himitsu8_Hito
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 3.2k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Prolog

Seorang gadis kecil memegang erat jemari ku. Berlari ditepi pantai. Angin bertiup dari kiri menerbangkan sedikit baju yang basah. Menghadap kehadapan sambil membimbit tangan kiriku. Ketawa dan gelaknya dapat ku dengari walaupun diselimuti bunyi ombak. Pergelangan tangan kami terlucut lantas dia berlari didepan ku dan mula melompat-lompat seperti menjumpai sesuatu.

"Sini!" jeriknya.

Suaranya dapat ku dengari, usai itu dia berhenti melompat kala melihat ku sampai dihadapannya. Gadis itu berusia sekitar tujuh tahun sama seperti ku. Dia membongkokan badan mengambil sesuatu di atas pasir. Berdiri tegak lalu dihulurkan padaku.

"Tengok... Cantik kan?" Kedua tangannya diluruskan bersama.

Kelihatan seperti cengkerang putih yang sudah dibasahi air berbentuk pula layaknya kerang hati. Aku mengambilnya dari tangan si gadis itu lalu diletakkan ditengah tapak tangan. Memandangnya dengan erat.

"Sebenarnya ni apa?"

Tersenyum, "Itu adalah kepiting, cantik kan? Awak suka tak?" Si gadis menyilangkan tangan ke belakang seraya melihatku.

Mengangguk setuju. "Ya, suka sangat."

Mendengus perlahan, dia berjalan mundur diiringi pandangan yang menatap kedepan. Usai itu dia menoleh laju kebelakang dan terus berlari ke hujung pantai.

"Jom! Ada banyak lagi dekat sini!" Ucapnya ditengah larian.

"Nanti!" Cengkerang tadi disimpan ke dalam poket, langkah tergerak sendiri mengejarnya.

Ombak pantai menolak pasir ke daratan. Menarik kembali dan diteruskan berulang kali. Ufuk langit berwarna jingga kiang redup tanda malam akan tiba. Kala itu hari pun berubah menggantikan yang baru.

Taman, palang tempat sandar basikal sedang dia berjalan diatasnya.

"Awak tak takut jatuh ke?"

Kedua tangan terbuka luas. "Tak, sebab saya dah terbiasa buat."

Melompat ke tanah, tidaklah terlalu tinggi.

"Awak taknak cuba?" Menoleh pada diriku sambil tersenyum. Kedua tangannya berada dibelakang.

"Saya tak mahu, takut luka nanti."

Mendengus sinis, "Kalau awak teragak maknanya benda tu bahaya buat awak. Mari!"

Sekali lagi dia menyahut tanganku.

"Awak nak bawa saya kemana?"

"Ke tempat rahsia yang saya jumpa semalam. Tak jauh, dekat hujung taman ni ja."

Berlari bersama, aku tidak henti menatap belakangnya. Rambut panjang yang diikat getah itu mula longgar dan menampakkan warna hitam yang lurus kebawah.

"Nanti... Getah awak tercabut."

Pergelangan tangan terlepas. Aku menunduk mengambil getah itu lalu diberikan pada si gadis.

Dia tersenyum sambil mengikat kembali rambut yang lusuh itu.

Usai membetulkannya dia terus berlari ke kebun bunga dihadapannya. Bunga-bunga tersebut berada di tanah tersusun rapi.

Memetik sekuntum bunga lalu diberikan pada ku. "Ini, untuk awak."

Aku mengambil tanpa paksaan. Warna kuning cerah layaknya mentari pagi. Aku menghidunya dan menyedari yang ia baru sahaja mekar. Si gadis terus berdiri ditengah kebun kuning, berputar dan menari-nari. Disaat nyaman itu jarak kami semakin dekat.

Tersentak akan kehadiran ku, dia terpelecok dan tersandung jatuh.

"Awak tak apa-apa?" Larian dihentikan.

Tersengih dan gelak kecil tercetus. Dirinya tidak menghiraukan deria itu.

"Comel tak bunga-bunga ni?" Dia memetik satu disaat rebah.

Aku duduk bertinggung di sampingnya. Menyaksikan lagak si gadis.

Lima tangkai bunga dikumpulkan dan diberikan padaku diringi dengan senyuman nipis.

Sehari-hari telah berlalu bagaikan seminggu dua sejak cengkerang dan bunga disimpan. Kali ini dia mengajak pergi ke taman yang sama. Cuaca pagi yang cukup cerah, deretan air hujan semalam membuat lopak air disepanjang jalan. Melompat-lompat keriangan sehingga sampai kesana.

Sungai kecil takatnya tohor berada tak jauh dari gelongsor dan buaian. Ditengahnya juga sempadan bagi rumput dan pasir.

Sambil dibuai laju, kebelakang dan kedepan. Dia menolak kaki bagi mendapat satu hayunan kuat.

Apabila buaian berada di puncak hadapan, dia melompat dan mendarat dengan kedua kaki. Tangan juga turut melebar, segera dijatuhkan ke bawah lalu menoleh ke samping kiri buaiannya.

"Baiklah, hulurkan tangan awak."

Kedua kaki mula berdiri, tangan kiri juga dipegangnya.

Sebuah cincin perak disarungkan pada jari manis. Kedua tangan si gadis itu terlepas dan berundur kebelakang membiarkan tangan ku terangkat ke atas.

Di bawah sinar matahari, cincin tersebut mengeluarkan sekilas silauan. Setelah itu dijatuhkan paras dada, aku melihat jelas corak cincinnya.

"Cincin ni mama saya yang buat. Tengok ada nama awak dekat sini." Tunjuk si gadis pada tulisan kecil dilapisi garisan.

"Tapi saya tak pandai baca."

Si gadis mengukir senyuman kala itu dia mula mengeja perkataan di jariku.

Aliran sungai mengalirkan air bersih serta jernih dari kiri ke kanan. Palang besi juga turut dibina agar tidak ada yang melepasi perbatasan air dan rumput.

Si gadis berdiri di hadapannya. Merenung aliran itu. Berdiri di atas pijakan palang besi. Suara dan gerakannya seperti sedang bersenandung dengan lembut. Irama merdu bergelora perlahan dengan akhir suara yang kiang redup.

"Awak tahu, mama saya cakap saya ada bakat dalam menyanyi."

Ku menatap matanya kala berada disamping. Mengamati sungai kecil dihadapan kami.

"Awak memang suka menyanyi?" soal ku.

Dia tersengih halus layaknya gembira dengan pertanyaan ku. Tatkala dia masih merenung aliran itu. Nadanya mengeluarkan bunyi tenang.

"Nanti bila saya dah besar, saya nak jadi idol. Saya nak menyanyi dan dikelilingi peminat."

Dia menambah, "Sama macam mama saya."

Dirinya menunduk ke bawah, lebih tepatnya dibawah palang besi.

"Mungkin ni lah harinya." bisik halus.

Diriku hanya menatap dia yang sedang suram.

"Hari ni, awak nampak lain." ujar ku.

Dia berpusing lalu melompat, membiarkan kaki menjejak tanah.

Menyentuh kedua tangan ku. Diangkat bersama ke paras dada.

"Kalau saya jadi idol nanti. Janji, yang awak akan ada dekat bawah. Berikan sorakan pada saya."

Aku menjawab ya.

Dia menggerakkan tangan ku dengan laju mirip seperti bersalaman tapi dengan kedua tangan salin bersentuhan. "Janji!" Sebutnya dengan gurauan.

Si gadis melepaskan tangan ku, berjalan beberapa langkah kebelakang seraya melihat ku. Berhenti, membongkok sedikit tubuh. Kedua tangan menyilang di belakang badan. Mendengus, menunjukkan giginya.

Senyuman gadis itu melebar luas menampakkan wajah yang sedang berseri. Aku cuba membalasnya, namun. Segalanya mula pitam layaknya televisyen yang ditutup paksa.