Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

PERJALANAN FIRDAUS

MATEIXS
--
chs / week
--
NOT RATINGS
3.2k
Views
Synopsis
MENCERITAKAN TENTANG FIRDAUS SEORANG YANG PANTANG BERPUTUS ASA KERANA SERING DISEMANGATI OLEH RAKAN-RAKANNYA.CERITA INI AKAN MENCERITAKAN TENTANG KEHIDUPAN FIRDAUS DARI TINGKATAN LIMA SEHINGGA DIA BERUMUR 35 TAHUN
VIEW MORE

Chapter 1 - CHAPTER 1 FIRDAUS

Namaku ialah Firdaus.Aku berumur 17 tahun dan menetap bersama keluargaku di Negeri Sembilan.Aku merupakan seorang yang yang sukar bergaul dengan orang kerana aku merupakan seorang yang pemalu.Disebabkan sifat pemalu itulah aku sukar memahami apa yang diajar oleh cikguku kerana aku malu bertanya apa yang tidak ku fahami.Aku juga mempunyai lima orang sahabat yang amat aku sayangi.Mereka bernama Ahmad,Sudin,ikmal,abdul dan fatimah.Aku selalu meluangkan masa bersama dengan mereka ketika di sekolah sekolah kerana aku tidak mempunyai rakan yang lain selain mereka berlima.

 

Pada suatu hari,aku dan kelima rakanku itu sedang sibuk mengulang kaji mata pelajaran di perpustakaan kerana tidak lama lagi,kami akan menduduki sijil pelajaran Malaysia(SPM).Aku mula berasa putus asa semasa mengulang kaji bersama dengan rakan-rakanku kerana aku merupakan pelajar yang sukar memahami apa yang ku pelajari.Jika ingin dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain,aku berada jauh di belakang mereka kerana mereka merupakan antara pelajar terpintar di dalam kelas.

Di samping itu,rakan-rakanku yang melihat diriku seperti ingin mengalah terus memujukku dan memberikanku kata-kata semangat yang membuatkanku menjadi lebih yakin.Mereka juga turut membantuku dalam mengulang kaji dalam  mata pelajaran yang tidak ku kuasai.Aku bersyukur kerana rakan-rakanku itu sudi membantuku mengulang kaji mata pelajaran walaupun jauh di dalam sudut hati,aku merasa diriku seperti menyusahkan mereka sahaja.

Semasa waktu rehat,aku dan rakan-rakanku makan bersama di satu meja.Kami makan sambil bersembang antara satu sama lain.Rakanku Abdul berkata:

Abdul:"weh nanti periksa korang target berapa A?"

Ahmad:"aku target 5A je"

Sudin:"aku,abdul dengn fatimah kitorang tk kesah"

Aku yang mendengar mereka berkata begitu mula membisu kerana aku memang sukar untuk mendapat A dalam apa-apa subjek termasuklah bahasa melayu.Sudin mula memandangku dan cuba menghiburku dengan berkata

Sudin:"alaa Fir kau takyah risau kitorang yakin kau bole dapat A macam kitorang"

Aku:"Terima kasih,aku harap macam tulah."

Selepas selesai,kami pergi semula ke kelas untuk melanjutkan pelajaran. Seperti biasa aku tidak memahami apa yang diajarkan cikguku dihadapan dan aku juga malu bertanya ketika cikguku berkata sekiranya ada pelajar yang tidak faham boleh sahaja memberitahunya.Setelah tamat waktu persekolahan,Aku pulang bersama dengan sudin kerana rumahku dengannya boleh dikatakan agak dekat.

Setibanya diriku dirumah,aku terus menyalin pakaianku dan terus mandi.sesudah mandi,aku duduk di depan pintu sambil memikirkan masa depanku.Bagiku,aku mungkin akan hidup susah ketika dewasa nanti kerana aku merupakan pelajar yang bodoh,sudah tentu sukar bagiku untuk mendapatkan perkerjaan yang bagus.Setelah beberapa minit termenenung,aku disapa oleh ayahku.Ayahku bertanya jika aku ada apa-apa masalah yang ingin aku ceritakan kepadanya.Aku hanya tersenyum dan mengelengkan kepalaku.

Lagi 2 hari sahaja lagi aku bakal menduduki peperiksaan akhir tahun.Aku mula gelisah kerana aku tidak yakin bahwa aku akan berjaya menduduki peperiksaan itu.Aku bertekad untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa.Aku sudah berani bertanya soalan kepada cikguku dan ianya membuatkan ku lebih faham apa yang cikguku cuba sampaikan.

Sehari sebelum peperiksaan,aku bersama dengan lima orang rakanku mula bertungkus lumus mengulang kaji semua mata pelajaran.Aku mula mengingat kembali semua benda yang pernah cikguku ajarkan kepadaku.

Setelah lama menunggu akhirnya tibalah hari peperiksaan.Aku membaca bismillah dan mula menjawab kertas peperiksaan.Selepas selesai menjawab kertas peperiksaan,aku duduk termenung dikantin dengan keadaan bimbang akan keputusan peperiksaan ku nanti.Melihat aku termenung sendiri di kantin,rakan-rakanku mula menhampiriku dan menyemangatiku.Mereka yakin berkat usaha dan doa ibu bapaku,aku bakal dapat keputusan yang cemerlang.Aku terharu dengan perkataan itu dan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan.

Tibalah hari keputusan peperiksaan.Aku tidak henti berdoa agar semua usahaku tidak sia-sia.Tiba giliranku untuk mengambil keputusan ujian peperiksaanku.Aku tidak melihatnya kerana aku takut jika markahku teruk.Semua rakanku mendapat keputusan yang cemerlang dan mereka menghampiriku dan ingin mengetahui keputusan peperiksaanku.Dengan berat hati ku lihatnya bersama rakan-rakanku dan alanhkah terkejutnya aku apabila melihat keputusan pepriksaanku itu.

Aku berjaya mendapat semua A dalam semua subjek.Aku duduk sambil menangis terharu kerana tidak sangka aku boleh dapat keputusan yang begitu cemerlang.Rakan-rakanku turut berbangga dengan pencapaianku itu.Tanpa membuang masa,aku terus menelefon keluargaku dan memberitahu mereka tentang berita itu.Keluargaku tidak sangka aku bakal mendapat keputusan yang begitu cemerlang.Aku sujud syukur kerana tidak menyangka mampu memperoleh keputsan yang cemerlang.

Di samping itu,kita semua boleh saja mendapatkkan semua A dalam semua mata pelajaran sekiranya kita berusaha dan membuang sifat malas didalam diri.Tidak lupe juga,kita harus sentiasa bertanya kepada cikgu kita sekiranya terdapat soalan yang kita tidak faham kerana "malu bertanya sesat jalan".Aku rasa itu merupakan peribahasa yang sesuai untuk digunakan bagi membakar semangat pelajar yang lain.

Seterusnya,aku pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat gembira dan teruja.Aku berasa sungguh tidak sabar untuk menunjukkan keputusan itu kepada ibu bapaku.Setibanya dirumah,ibu bapaku terus memeluk diri ku dan memujiku.mereka begitu terharu hingga menitiskan air mata.berkat usahaku itu,Ibu dan ayahku membawaku bersiar-siar dan belanja diriku makan,makanan yang lazat.Aku turut berterima kasih bukan kerana dibelanja,tetapi berkat doa mereka aku berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

Akhir sekali,aku berjumpa dengan cikgunya dan berterima kasih kerana tidak jemu mengajarnya walaupun terkadang aku agak lambat untuk memahami apa yang cikguku sampaikan.Tak lupa juga,rakan-rakanku yang selalu memberi sokongan kepada diriku sehingga aku berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

BERSAMBUNG...