"Okay semua kita sambung minggu depan dan Adam Mikail sila datang ke bilik saya selepas ini" kata Dr. Fauziah kepada kelasnya selepas tamat mengajar. Mika yang terdengar namanya diseru oleh pensyarahnya itu lantas bangun dan mengekori pensyarah tersebut kebiliknya.
"Okay Adam Mikail kamu tahu tak kenapa saya panggil kamu' tanya Dr. Fauziah kepada pelajarnya tersebut. Mika hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu kenapa dia dipanggil. "Awak ni pelajar cemerlang, hampir setiap semester awak mendapat anugerah dekan tetapi penglibatan awak dalam kegiatan universiti yang merisaukan saya kerana awak tidak pernah menyertai mana-mana aktiviti pun" kata pensyarahnya itu."Awak pun dah masuk tahun ketiga jadi tahun ini saya nak awak menjadi fasilitator dalam orentasi pelajar baru yang akan datang" tambahnya lagi.
Mika keluar dari bilik pensyarahnya itu sambil memegang sehelai borang tanda dia bersetuju untuk menyertai orentasi yang akan datang walaupun dia dipaksa sebenarnya. "Kalau awak tak sertai orentasi ini saya risau awak tidak dapat grad nanti" kata-kata Dr. Fauziah itu bermain di kepalanya itu. Mika langsung kebiliknya untuk berehat kerana penat setelah seharian dia belajar.
Malamnya Mika mendapat panggilan daripada seorang pelajar tahun keempat iaitu Mirza yang merupakan ketua untuk majlis orentasi yang akan datang. "Adam Mikail boleh tak datang ke bilik persatuan dalam jam 8:30 malam untuk taklimat orentasi nanti" tanya lelaki tersebut kepada Mika. Mika hanya berkata "Baik" untuk membalas pertanyaan lelaki itu. Mika lantas bersiap untuk turun menghadiri taklimat tersebut.
Sedang taklimat diberikan oleh Mirza di bilik persatuan itu, tiba-tiba pintu bilik dibuka dan seorang lelaki yang mengenakan pakaian serba hitam berserta topi hitam itu masuk. Kesemua pelajar yang sedang mendengar taklimat terkejut kerana mereka melihat Mika menyertai orentasi yang akan datang walhal dia tidak minat dengan perkara sebegini. "Okay semua ini ahli baru kita yang akan turut membantu untuk menjayakan majlis orentasi yang akan datang" kata Mirza dan dia mengarahkan Mika untuk tampil kedepan bagi memperkenalkan dirinya.
"Hai nama saya Adam Mikail, saya pelajar tahun tiga jurusan komputer, saya harap semua dapat memberi tunjuk ajar" kata Mika sambil menundukkan kepalanya. Lantas Mika beransur ke belakang untuk duduk. Mirza langsung menyambung taklimat dan membahagikan ke beberapa kumpulan bagi melancarkan majlis yang akan datang. Mika telah ditempatkan dalam kumpulan yang akan menguruskan pendaftaran. Setelah selesai, kesemua pelajar pulang kebilik kerana hampir jam 12 malam.
Seminggu pun berlalu, tiba pada hari orentasi akan berlangsung. Mika menyarungkan baju kopratnya dan memakai jeans hitam lalu dia memandang ke cermin yang berada dibiliknya dan membetulkan bajunya supaya kelihatan kemas dan rapi. Dia yang berkertiggian 180cm dan mempunyai badan yang akan sedikit tegap terlihat segak memakai baju tersebut. "Okay Mika 3 hari jee pastu kau bebas" kata Mika dalam hatinya sambil dia menyemburkan minyak wangi di seluruh badannya.
Tepat jam 8 pagi, kesemua fasilitator berkumpul di dewan dan bersedia di platform masing-masing, Ketika di meja pendaftaran, Mika telah diarah oleh Siti yang merupakan ketua dalam kumpulannya untuk menjaga kaunter pendaftaran lelaki. Dia langsung duduk di kerusi sambil menunggu pelajar sampai bagi mendaftar. Di luar dewan kelihatan ramai pelajar dan juga ibu bapa yang datang untuk menemai anak mereka. Tidak lama kemudian, dewan itu dipenuhi oleh pelajar tahun satu dan mereka beratur bagi memudahkan proses pendaftaran.
Setelah hampir 2 jam berlalu, mata Mika mulai melilau mencari ahli kumpulannya yang lain lalu ia ternampak Faiz. "Faiz cover aku jup aku tak tahan dah ni" arah Mika kepada Faiz supaya menggantikan dirinya menjaga kauter kerana dia tidak tahan hendak ke tandas. Setelah selesai ke tandas, Mika menuju kesebuah mesin yang menjual air lalu dia membeli sebotol air mineral untuk membasahkan tekaknya yang kering akibat bercakap terlalu lama. Lalu dia telah disapa oleh seorang wanita dan memintanya untuk
mengambilkan gambarnya bersama anak lelakinya yang bakal memasuki universiti itu.
"Ian datang sini cepat abang ni tolong ambilkan gambar kita" kata wanita tersebut kepada anaknya yang memakai kemeja putih dan bertali leher hitam itu. Lelaki tersebut segera datang ke arah ibunya dan dia memandang Mika sambil tersenyum. Melihat senyuman lelaki tersebut, Mika terpaku akan kecomelan lelaki tersebut. " Adik adik, boleh tak tolong aunty ni' tanya wanita tersebut sambil melambaikan tangan di hadapan muka Mika. Mika yang tersedar lalu menganggukkan kepalanya.
Wanita tersebut memberikan Mika telefonnya dan dia terus berdiri disebelah anak lelakinya itu, "1..2..3 senyum", Mika yang dingin selalu tiba-tiba tersenyum melihat lelaki yang comel itu. Selepas beberapa keping diambil, lelaki tersebut menghampiri Mika dan menghulurkan tangan dan memperkenalkan dirinya " Hye nama saya Rayyan, fakuliti kejuruteraan, nama abang apa?' tanya Rayyan kepada Mika. "Nama abang Adam Mikail, fakuliti kejuruteraan" Mika menjawab sambil menyambut salam yang dihulurkan oleh Rayyan.
Bersambung...