Chereads / PSYCHO - SEHUN EXO / Chapter 3 - 03

Chapter 3 - 03

Setahun Kemudiaan,

"Sehun!" Suara InJong nyaring memanggil aku. Berlari dia kearah aku dengan wajah ceria seperti selalu.

Tubuh aku dipeluknya erat seketika sebelum dilepaskan. Wajah aku dipandangnya dengan senyuman yang masih lagi terukir di bibir.

"I want to share something" Lengan aku ditariknya ke kerusi yang tersedia di taman permainan berhampiran rumah. Terasa tubuh aku di tolaknya perlahan kebelakang, menyuruh aku melabuhkan punggung terlebuh dahulu.

"Apa benda yang In…"

"I love you"

Wajah aku menadak berubah takala mendengar ungkapan tiga kata tersebut dari InJong. Aku memandang wajah InJong tidak berkelip, aku cuba lagi untuk mentafsir kata-kata InJong sebentar tadi.

"Itu yang Chanyeol cakap dekat aku" InJong bersuara lagi.

"Chan…Chanyeol?" Wajah aku berubah mendengar nama yang disebut InJong.

"Kau suka dia?" Soal aku lagi. Jantung akum ula berdegub kencang, sedaya upaya aku cuba untuk mengawal segala jenis rasa yang hadir ketika itu.

"Suka. Dia ermmm comel"

Aku hanya memandang akan kelakuan InJong yang berada di sebelah, wajahnya ketika berkongsi hal Chanyeol sememangnya tampak bahagia. Tapi…

Hati aku sakit.

"InJong" Aku bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Uh?"

"Baguslah…kau dah jumpa pengganti aku" Balas aku perlahan. Aku alihkan pandangan ke depan. Nafas aku tarik sedalam yang boleh sebelum melepaskannya. Kedua tangan yang berada dalam kocek aku genggam seerat yang boleh, menahan diri dari bertindak di luar kawal.

"Pengganti? Apa maksud kau?" InJong memandang aku dengan penuh persoalan di raut wajahnya.

"Aku kena pergi jauh bulan depan. Aku ingat nak bagi tahu kau awal. Tapi…kau sibuk dengan Chanyeol, jadi aku tak mahu ganggu. So aku harap Chanyeol jaga kau macam aku jaga kau ye" Aku bersuara dengan senyuman yang sedaya aku kekalkan di wajah.

Aku pandang wajah InJong di sisi takala suasana ketika itu terlampau sunyi, tiada balasan dari gadis tersebut. Aku terpaksa mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada InJong seketika. Takut sekiranya aku bertindak di luar kawal dengan mencederakan dia dalam keadaan aku tidak sedar.

"Jangan risau, aku aka nada untuk kau selalu" Aku mengosok lembut kepala InJong.

"MAAF saya tak sengaja" Baju di bahagian depan aku sudah basah terkena air kopi. Mujur sahaja kopi sejuk, kalau panas rasanya manusia di hadapan aku ni dah lama mati. Senyuman paksa aku berikan takala dia berkali-kali memohon maaf, wajah dia aku amit seketika, raut wajah seperti seseorang. Seseorang yang aku kenal.

"Awak" Panggil dia lembut, menyedarkan aku dari lamunan panjang.

"Saya ganti baju awk ya. Saya betul-betul minta maaf"

Aku pandang sahaja kelakukannya yang sibuk mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Rambut hitam yang jatuh menutupi wajah putihnya membuatkan aku ingin mengalihkan dari terus menutup wajah tersebut.

"Ini ambil ni. Saya Cuma ada duit ban…"

"I'ts okay, keep that. Saya tak perlukannya" Aku membalas sambil ternsenyum manis. Beberapa keping wang kertas yang dihulur aku pandang.

"Maafkan saya. Saya nak cepat sangat tadi. Sampai saya terlanggar awak" Lembut sahaja dia bersuara, dengan tubuh yang ditunduk berulang kali menunjukkan dia masih lagi rasa bersalah dengan kejadian sebentar tadi.

"Hye…I'ts okay. Saya tak kisah pun" Sekali lagi membalas dengan senyuman.

"Seul Rin, kenapa lam…Sehun? Oh Sehun?" Suara garau dari depan menegur membuatkan aku dengan cepat memandang.

"Sehun? Kau dah balik?"

Aku menangguk perlahan, raut wajah aku berubah takala melihat insan di hadapan aku ketika itu. Masih lagi wujud rasa sakit takala melihat senyuman daripadanya.

"Seul Rin, inilah orang yang selalu disebut tu" Balasnya yang Sudah berada di sisi gadis tersebut.

"Chanyeol Long time no see you. Siapa ni? Your girlfriend?" Soal aku ingin tahu.

"Hahaha… Ini adik perempuan aku la. Park Seul Rin. Seul Rin, ini Sehun. Kawan baik InJong masa sekolah dulu"

Kawan baik… ya aku kawan baik InJong. Dan kau perampas.

"Sehun, kau bila balik?" Soal Chanyeol yang masih ceria seperti selalu.

"Pagi kelmarin. Aku tak sempat nak jumpa sesiapa lagi. Semalam sampai, semalam juga aku kena lapor diri masuk kerja" Balas aku bersahaja. Wajah Chanyeol aku pandang tidak lepas, seakan menanti dia menceritakan hal InJong.

"I see…Kau mesti tak jumpa InJong lagi bukan? Jom, sebenarnya hari ni aku ada lunch dengan InJong. Memandangkan aku dah jumpa kau ni, ikut sekali. Kita buat kejutan dekat InJong" Chanyeol membalas sambil tertawa kecil.

"Aku…"

"Kau kerja ke? Sekarang kan waktu lunch. Jom la. Seul Rin bawa Sehun pergi dekat kereta ya. Abang tunggu kau ni" Arah Chanyeol yang sudah berjalan meninggalkan aku dan Seul Rin berdua.

"Ermm Awak" Panggil Seul Rin membuatkan aku memandangnya.

"Saya minta maaf ye. Ermm…sebagai balasan saya akan gan.."

"Belanja saya makan bila awak ada masa nanti" Aku memotong percakapannya.

"Boleh. Ermm kalau macam tu… Jom. Abang saya dah tunggu tu" Ajaknya sebelum berjalan meninggalkan aku seorang diri.

Aku menangguk dan mengikut sahaja langkahnya. Dalam fikiran aku hanya bermain dengan satu perkataan 'DENDAM'

"DENDAM"

"Hmm dendam, Aku masih lagi berdendam dengan Chanyeol. Sebab dia sendiri tahu aku suka dengan InJong dan dia ambil hak aku"

"Jadi kau gunakan Seul Rin?"

"DingDong. Betul aku gunakan perempuan malang tu" Aku membalas sambil tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi.

"Aku gunakan Seul Rin untuk balas dendam. Biar Chanyeol tahu macam mana orang yang dia sayang perlahan-lahan di seksa"

"Kenapa Seul Rin?"

Aku yang mendengar soalan dari insan di hadapan aku mula tertawa.

"Aku nak Chanyeol rasa apa aku pernah rasa. Macam mana hidup dengan tengok orang yang kita sayang di seksa. Jadi…."

"Kau jadikan Seul Rin sebagai alasan kau?"

"Ya. Alasan untuk aku dekat InJong dan aku tak mahu buat kerja kotor dengan membunuh lagi. Aku bosan tengok mangsa aku sekejap sahaja mati. Aku nak lain dari yang lain"

"Kenapa kau tak bunuh Chanyeol dan kau ambil InJong. Senang bukan kerja kau?"

Aku ketawa besar takala mendengar cadangan dari manusia di hadapan aku ketika itu. Tubuh aku yang dari tadi bersandar aku rapatkan pada meja. Wajah manusia tersebut aku pandang dengan senyuman yang mengejek terhias di wajah.

"Kau fikir dengan bunuh Chanyeol. InJong akan suka aku? Aku tak bodoh macam kau. Aku pilih untuk seksa Seul Rin. Tapi…Seul Rin terlampau bodoh. Bodoh sebab dia masih lagi sukakkan aku"