Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Haru-Biru

Bakamono_99Kapur
--
chs / week
--
NOT RATINGS
4.6k
Views
Synopsis
Haru seorang budak lelaki berumur 15 tahun. Kehidupannya tidak pernah normal. Dia lahir tanpa mengetahui siapa ibu dan bapanya. Ditinggalkan di tepi rumah kosong hanya menunggu seseorang memungutnya. Dia bertuah apabila seorang budak perempuan rela menjaganya. Shizu, seorang budak perempuan yang tinggal berseorangan. Selepas 15 tahun tinggal dijaga oleh budak perempuan itu, Haru mendapati sesuatu yang aneh. Shizu tidak pernah membesar. Dia kekal di saiz kanak-kanak. Suatu hari, Shizu Memberitahu satu rahsia kepada Haru, bahawa dia kenal ibu bapa Haru dan memberitahu Haru bagaimana untuk berjumpa dengan ibu bapanya. Tetapi, sebelum melepaskan Haru, Shizu mengajarkan sebuah kuasa supernatural kepada Haru iaitu mencuri kuasa orang lain. Berjalanlah pengembaraan Haru yang tidak normal dan luar biasa dari kehidupan biasa.
VIEW MORE

Chapter 1 - Api

Api marak membakar pokok yang mekar dengan bunga sakura. Merahnya ia tidak menjadikan bahan bakarnya sama warnanya. Bahkan ia mengubahnya menjadi hitam legam dek bakarannnya.

Haru melihat situasi itu dengan mata kasarnya. Tergamam mulutnya tidak berkata. Pokok sakura tempat rahsianya dengan Shizu sudah menjadi sejarah.

"Begitu..." kata seorang wanita di samping Haru. Shizu, kanak-kanak kecil dengan mata bulat bewarna emas.

"Oh... begitu..." Haru membalas katanya.

"Sekarang, cuba padamkan apinya," kata Shizu.

"Hm, aku tak rasa aku boleh..." Haru tidak yakin dengan kemampuannya.

"Belum cuba belum tahu," Shizu senyum kepada Haru.

"Hm..." Haru mengangkat tangan kanannya ke arah pokok, "Bagaimana jika tangan saya terbakar?"

"Jangan risau, ia tidak akan terbakar, cuma melecur... Hehe," Shizu bergurau.

"Hmph! Sangat tidak lawak..."

"Hehehe."

Haru mula mendekatkan tangannya kepada pokok itu. Dia menutup matanya kerana ketakutan.

"Huh?"

Dia membuka semula penglihatannya setelah menyentuh sesuatu dan mendapati ia tidak panas seperti yang disangkakan. Dia sedang memegang pokok yang membawa itu tanpa ada rasa sakit sedikitpun.

"Tengok... Betul kan Shizu kata?" tanya Shizu.

"Tapi... Macam mana kau buat?"

"Hmm, tak nak!"

"Huh?"

"Shizu tak nak bagi tahu! Hehe. Itu adalah tugas kamu sekarang... Kamu kena kenal pasti bagaimana... Bagaimana kamu bole dapat kuasa orang itu?"

Shizu memandang ke arah seorang lelaki di tepi tasik. Dia baru sahaja habis berenang.

"Kau ambil kuasa dari dia?"

"Tak, Haru yang ambil kuasa dia... Bukan Shizu..."