DI HOSPITAL
di dalam sebuah ruang rawat terlihat seorang pria yang tampan di atas katil dengan wajahnya yang pucat,di tubuhnya ada wayar yang bersilang,silang....di tepinya ada sebuah alat yang menunjukkan bahawa pria pucat itu masih bernyawa....
di dalam ruangan itu hanya ada dia dan seorang pria yang memainkan phonenya...
pria pucat itu adalah
Alexander!
orang yang boleh membuktikan bahawa mikayla tidak bersalah...dan juga orang yang membuatkan mikayla dalam masalah...
mata pria yang terbaring di atas katil itu perlahan lahan bergetar...
pria yang sedang duduk di sofa ialah tom holland,adik alexander kebetulan melihat kejadian itu melebarkan matanya...
tanggannya mengigil kemudian terus berlari ke arah katil
"abang....abang..." alexander hanya menjeling kemudian menutup matanya semula
wtf?
apa yang terjadi? a..a...aku...melihatnya dengan kepala mata aku ...
tom terus menekan butang memanggil para doktor...
10 minit kemudian doktor keluar dari ruangan lalu berkata "nampaknya tuhan sangat menyayangi tuan alexander sehingga dia mampu bangun dari koma "
tom masih melamun kemudian bertanya "bagaimana dia boleh bangun?"
"ini sebenarnya....bergantung kepada pesakit...mungkin pesakit ada keinginan kuat untuk hidup dan ianya berjaya..."
"lalu kenapa dia tak bangun selama ini?mengapa perlukan masa yang lama?apabila dia bangun mengapa dia hanya menjeling aku? apa dia kehilangan ingatan? apa dia bisu?" tanya tom bertubi tubi membuatkan para doktor saling berpandangan kerana bingung ingin menjawab yang mana
tom kemudian tersedar "ah...maafkan saya para doktor saya hanya sedikit terkejut"
ketua doktor berkata "tak mengapa semua orang yang mempunyai ahli keluarga yang koma kemudian terbangun pasti akan merasakan hal yang sama....kalau tiada apa apa lagi kami minta izin untuk mundur dulu"
"baik...baik..baiklah"
berita tentang tersedarnya anak sulung keluarga evans tersebar ke seluruh negara...keluarga evan,kawan kawannya dan juga anna adik tiri mikayla juga sudah mengetahui berita itu...
"sayang apa kamu merasa sakit?" tanya shelly ibu alexander
kemudian ayah alexander,hawkey menyampuk "itu hanya luka kecil sahaja kalau dia tak mampu menanganinya dia tak layak menjadi ahli keluarga evans" ucapan ayah alexander sangat pedas membuatkan semua orang terdiam
"nasiblah anna menemukanmu dan menyelamatkanmu waktu kemalangan berlaku...ibu tak boleh bayangkan seberapa dasyhat kejadian itu...mikayla itu patut mati sahaja..." mengingat orang yang membuat anaknya terlantar di katil hospital membuatkan dia marah
alexander mengerutkan keningnya
"siapa mengatakan bahawa anna yang menyelamatkanku? siapa juga yang mengatakan mikayla yang membuatku celaka?"
"........" keadaan menjadi kaku apabila mendengar pertanyaan alexander
anna yang sedari tadi gelisah takut rahsia nya terbongkar lalu dia mendekat
"alex....apa yang kau katakan ....mikayla yang mengupah orang untuk membuatmu celaka dan akulah menyelamatkanmu" kata anna lirih dengan raut wajahnya dibuat buat seolah olah ditindas membuatkan semua orang merasa kasihan melainkan alex yang tahu tentang kebenaran dan hawkey yang memang tidak suka dengan anna
bagi pendapat hawkey orang yang sesuai untuk menjadi pendamping anak sulung keluarga evans seperti mikayla...berani,berterus terang setiap ayatnya mampu menusuk hati orang...tidak perlukan tangan untuk membuat orang menangis hanya menggunakan mulutnya yang fasih
"mikayla yang membantuku" lagi sekali pernyataan alexander membuatkan semua orang ternganga tidak percaya
"alex...apa yang kau katakan ini...apakah sebab efek dari kecelakaan itu membuat kau berubah?" rengek anna manja...
"pertama apa yang aku katakan benar...kedua doktor sendiri tiada apa apa kesan dari kecelakaan itu selain luka di tubuh badanku"
semua orang pun memikirkannya...
"ta...ta..tapi rakaman cctv menunjukkan aku yang menyelamatkanmu.." kata anna cuba membela diri sendiri
"bukan kau kata bahawa rakaman cctv di jalan rosak kerana letupan...? "
tanya tom membuatkan semua orang memandang aneh kepada anna
keluarga alex berada di sebelah kiri sisi alex manakala anna berada di sebelah kanan keseorangan...ditambah dengan gaun putihnya dan raut wajahnya...membuatkan orang akan berpikir keluarga evans menindas seorang gadis yang lemah
"a..a..aku..hiks ....hiks...hiks..." tiada pilihan lain lalu anna menangis
keadaan bertambah bingung
shelly yang awalnya menyokong anna raut wajahnya menggelap "mengapa engkau menangis? kami bahkan tidak berbuat apa apa lagi padamu?" marah shelly...pandangan baiknya tentang anna terus bertukar sekelip mata
bahkan para sepupu alex memandangnya jijik....membuatkan anna terpaksa menahan air matanya lalu menoleh ke arah alex "alex cuba kau ingat dengan benar...akulah yang menyelamatkanmu" anna masih bersikeras mengatakan dialah penyebab alex masih bernyawa
dan tanpa anna sedar dia baru sahaja memburukkan reputasinya di hadapan orang lain tanpa diminta
"memangnya kau siapa mengatakan itu kepada alex? kau hanya anak tiri keluarga toretto bukab bermakna kau berhak memarahi alex!!!" suara seirang perempuan kedengaran
yang lain pun mengganguk setuju...
"aku masih ingat mikayla yang menyelamatkanku ..aku ingat wajahnya,suaranya...dan juga rambutnya...rambut mikayla berwarna hitam dan panjang sehingga ke pinggang sedangkab dirimu?"
semua orang memandang anna ....betullah rambut anna hanya sebatas bahu,berwarna coklat dan kerinting...
anna yang ditatap seperti kelinci percubaan merasa malu,kesal dan marah kerana semuanya terbongakar
'MIKAYLA,MIKAYLA,MIKAYLA....
MENGAPA SEMUANYA BERLAKU TIDAK ADIL KEPADA KU'
di bawah pandangan semua orang anna berlari keluar dengan wajahnya yang dipenuhi air mata
memandangkan anna tidak membantah dan mengiyakan bermakna apa yang alexander katakan ialah benar...
tiba tiba seseorang bersuara "bermakna kita telah salah faham terhadap mikayla"
semua orang tersedar ....yaa...betapa kesiannya gadis itu dipukul,dicaci dan dihina tanpa orang di sisinya untuk menyokong...mereka menuduh tanpa bukti...