Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

MUHAMMAD AMIR HADI BIN MAHRIZAL

🇲🇾kmy_siqmier_rr
--
chs / week
--
NOT RATINGS
3k
Views
Synopsis
Aku. Kau. Uh, manusia sanggup untuk berbuat apa sahaja - rakus mengejar kemajuan dan mengancam kesejahteraan manusia yang lain. dua pasangan suami isteri telah terpaksa dipisahkan kerana kehendak manusia. Cerita pendek ini mengisahkan tentang perjalanan "aku" untuk memberitahu "kau" tentang kerinduannya pada "kau". Uniknya, cerita ini hanya ada dua watak iaitu "aku" dan "kau"
VIEW MORE

Chapter 1 - Aku adalah angka-angka dalam (x)

Ketika kau sedang bertenggek di bulan, aku hanya bermain biola yang terdapat di tanganku dari bumi. Ia bergesek - di selanya terdapat nombor-nombor yang misteri. Aku tahu, kau mengerti akan maksud aku.(Uh, nombor apakah itu?) Mungkin kau dapat mendengarnya. Demi memuaskan nafsu manusiawi, kau dan aku terpaksa berpisah. Kononnya demi kajian umat insani - sedangkan apa-apa yang mereka sedang lakukan di atas semesta ini hanyalah sebatas kerosakan majoritinya.

Catatan. Catatan dan catatan. Aku mencatat kenangan kita saat bersamaan menyaksikan awan berjenaka dan bersenggama lalu menurunkan airmata langit. Dalamnya terdapat benih-benih harapan yang akan jatuh ke tanah paling bening lalu membentuk pohon keakraban. (Ah, semua itu hanya peristiwa lampau).

Aku amat rindu mendengar suaramu (bukan melalui teknologi)- bagaimanakah penempatan di bulan itu? Aku masih ingat saat kau dipaksa menjadi sukarelawan untuk projek ini. Alhamdulillah, kau selamat. Tapi mereka alpa. Tak ada pula teknologi untuk membawa sukarelawan pulang ke bumi - Kau terpaksa hidup dalam kehuruharaan. Aku tak sanggup! Aku tak sanggup melihatmu hanya makan makanan yang berasaskan kiub-kiub. Pada suatu ketika kau berhubung dengan aku melalui corong-corong telefon.

Suara itu memecahkan kebosanan - lembut, namun cukup untuk menukarkannya menjadi pelangi kebahagiaan. Tapi itu peristiwa 3 bulan lepas. Sekarang, apa khabarmu? Kau masih berpujanggakah? Ingatkah kau, dahulu, Aku arkitek duniawi - melukis bangunan hubungan - (Uh, zaman kegemilangan aku dahulu).

Puisi-puisi, sajak-sajak dan prosa -

Semuanya telah menyalakan barisan lampu hatiku yang pernah malap ( atau sirna). Kau penyair yang aneh. Baris-barismu seakan-akan hidup. Puisi terakhir yang kautinggalkan pada aku adalah 'kehilangan'. Ya, aku menghafalnya. Aku membacanya setiap malam dengan membuka semua pancaindera bagi menghayati maksudnya. Aku menangis -

Kehilangan -

Kehilangan

Meninggalkan Oktober, November di dinding

Penantian. Setidaknya kehilangan mengajarkan

Aku beberapa perkara.

Persoalan tersangkut di ampaian, bertamu

Dalam alahan. Bertapa di lembah kesepian

Dan bertakhta dalam pelupuk kesedihan.

Mengapa jam-jam memboros, rakus mencuri

Bagai cahaya yang diam-diam menerobos

Ke dalam jendela, atau sang kancil yang sedang

Membilang buaya dalam derap aliran sungai?

Kita, di satu garis putus-putus yang dilukis

Dalam buku Latihan anak-anak. Akhirnya akan bercantum

Jua. Walau setangkai awan dan serendah tanah jauh perbezaannya,

Namun hujan tetap mengalir di belikat yang masih rawan.

Aku faham perasaan kau untuk meninggalkan aku adalah sukar. Aku pun begitu juga. Ketika airmata dijaja, hati berkelana. Terbang dengan sepasang sayap - mencarimu di merata-rata. Kutub utara. Kutub selatan. Awan. Awang-awangan. Langit dan akhirnya ia terjumpa di bulan - (Setelah menggunakan kompas hati). Ya, perasaan itu sememangnya tidak boleh dipaksa. Jika ada hubungan - tidak ada apa yang boleh memisahkan kita. Jarak. Benua. tak ada! Ya, sempadan itu sirna.

Prosa.

Aku membuka pintu kamar yang samar-samar wujud di hadapan mata. frame - dalamnya ada gambar kita berdua. Senyumanmu. Ah, aku lemah. melenturkan semangat. Dan aku kembali menggapai ranjang. Namun tetap aku tak boleh tidur. Hatta, aku mengambil keputusan untuk keluar ke rumah sahaja.

Daun-daun kebahagiaan -

membahagiakan. Terbahagia. Dibahagiakan. melambai-lambai aku dari jauh. Seakan-akan dapat melihat apa yang dituliskannya - Ah, pesanan darimu. Aku ingat! Aku ingat! Hidup adalah umpama sehelai daun. Berjasalah. Walaupun kau telah meninggal dunia. Kau tetap menyuburkan tanah.

Kelopak-kelopak maknawi -

Jalur-jalur maknawan - garis-garis kelopak - seakan-akan memberikan petunjuk kebahagiaan, dan kunci kejayaan. Aku lihat semuanya. Kuantan pun ada Sakura sekarang. Kebetulan pula sekarang musim bunga. Aku seakan-akan disambut alam - sungguhpun manusia membenci kita - Tapi alam tidak begitu!

Kini aku tahu nombor itu (Ya, Tarikh) - hari ini kutemui solusi mengapa Allah pisahkan kau dan aku. Mungkin untuk aku hargai alam. Kau pula mungkin ada hikmahnya. Percayalah. Kali ini, aku pula ada baris-baris puisi untuk ditinggalkan padamu.

Raudhah

Tidakkah kau termangu –

Tentang persoalan yang patut meluncur

Dan terbang di cakerawala kalbu

Lalu tembus ke rongga qalbi.

Masihkah kau bertanya

apakah yang menghantui

Mengapakah ia menghantui

Uh, manusia sebenarnya sedang direntunghanguskan Syaitan

Sedangkan –

Yang patut kau tahu adalah bagaimana untuk mensolusijitukan persoalan

Menuju maknawi di raudhah Tuhan.

Ya, kita berpisah di dunia. Tapi insya-Allah - kita akan jumpa di akhirat. Aku akan kirimkan doa-doaku kepada kau agar kau sentiasa dilindungi Tuhan.

Setelah lelah berjalan, aku terlihat Pantai Teluk Chempedak. Aku rindu. Sungguh. Ini pantai nostalgia. Kita bersama suatu masa dahulu - di sini, bertukar-tukar cerita. Menghitung butir pasir infiniti sungguhpun tahu bahawa ia tak akan habis. Melihat matahari menjalar ke langit dan menjenguk makhluk bumi.

Termangu seorang diri -

(Dalam hati)

"Mana kau?"

"Aku rindu"

"Sudah lama kita tidak berjumpa kan?"

"Kalau tak, aku asyik dengar kau berpuisi sahaja. Kini, mana suara itu pergi?"

Persoalan itu terbang lagi. Ya, aku sudah pesan dalam puisi tadi. Tapi aku tak boleh menyanggah perasaan. Perasaanku amat sensitif. Sudah lama kita berpisah. Ya, lama sangat!

Akhir kata, aku harap kau bahagia di kejauhan. Jangan risaukan aku, aku selamat. Aku akan sedia apabila bumi telah temui teknologi untuk membawamu pulang dari bulan - aku akan menyambut kepulanganmu.