Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Oyen Bolkiah :Undisputed

🇲🇾Tahsin_Tarabas
30
Completed
--
NOT RATINGS
40k
Views
Synopsis
Kuala lumpur , ibu negara bagi Malaysia. Asalnya sebuah kawasan perlombongan yang lalu berkembang menjadi kawasan perdagangan yang giat berkembang. Dua bangunan ikonik yang menjadi lambang kebanggaan bagi ibukota tersebut ialah Menara berkembar Petronas dan Menara kuala lumpur. Makanan yang yang digemari penduduk setempat adalah Nasi lemak dan aneka Nasi kandar. Walaupun begitu , Disetiap metropolitan yang megah, akan wujud satu sisi gelap yang tak ramai orang tahu. Sertai Oyen dan kawan-kawan dalam pengambaraan mereka untuk menawan satu bandar Kuala Lumpur dan merungkai rahsia yang terselit disebalik bandar yang digelar "City Garden Of Lights"
VIEW MORE

Chapter 1 - Chapter 1 : Pembentukan dan serbuk Putih

Selepas perlawan senyap antara Fahaffad dan Kuala Harimau DIganggu oleh ketua Mutlak, Geng Jakarta Jaya, Rizky Bayu Soekarno. DI situ jugalah Mereka menerima hadiah yang tak disangka-sangka.

" Jadi Divisi 75 ada lebih kurang 150 orang ahli manakala Divisi 8 ada dalam lebih kurang 200

Jadi semua sekali termasuk kita, ada dalam 353 orang ahli. "

Pak-teh memberikan kira-kira.

"Wah.. Hebat Lah korang , aku ingatkan mustahil untuk korang bina geng korang dalam yang singkat, tapi nampaknya aku silap. Tahniah."

Inspektor Sulung memberikan pujian .

"Takdalah hebat mana pun.tapi Masalahnya mereka semua tak boleh pakai warghhh stressnya aku"

Oyen kebingungan sambil menggaru kepalanya

"Tengok ,ini sebab aku dah kata, Rizky memang tak boleh dipercayai, dia cuma mahu singkirkan sampah dari gengnya sahaja. "

Pak-Teh menambah.

"Hmm Nampaknya geng ni takkan membesar dengan mudah, patutlah wujud pepatah, Kualiti mengalahkan Kuantiti."

Ngeluh Inspektor Sulung .

"Oi Oi Oi apa cerita Ketua buat mesyuarat tak ajak Kaptain yang lain?"

Kelihatan 3 lelaki dan 1 perempuan telah menerejah masuk ke dalam ofis Pak-Teh.

" Maaf korang aku dah cuba *sob* *Sob*"

Rintih Nur.

"Kejap, Kejap korang ni siapa? Dahlah masuk tak bagi salam."

Inspektor sulung menengking.

"Aku adalah Kapten Divisi ke-8 , Aidit Hasbullah ,Salam perkenalan.. "

Aidit memperkenalkan diri.

"Aidit ya, Kau Siapa pulak?"

Oyen berkata.

" Aku adalah Kapten divisi ke-75, Wadi Farhan, dan ini Teman wanita aku dan naib Kapten, TG Dayana ."

Wadi memperkenalkan diri.

"Jangan ingat kami tak dengar ya , Tapi secara jujur nya, YA Orang orang dalam kumpulan kami tak boleh diharap tetapi kami tidak akan sekali mengingkari arahan, berbohong

Dan akan sentiasa taat pada ketua kami."

Jelas Aidit.

"Baiklah kalau macam itu , Pak-teh AKu ada tugas untuk kau, "

Inspektor Sulung berkata.

"Baru-baru ni pembantu aku, Asmail sudah dapat maklumat terbaru tentang serbuk putih."

Sulung berkata.

"!"

Pak-Teh dan Oyen memberi Reaksi.

"Serbuk Putih korang kata? "

Wadi berkata.

" Ya, ia adalah sejenis Dadah berbahaya yang terdiri dari 12 komponen berbahaya dan mampu untuk meningkatkan kemampuan si pengguna."

Pak-Teh menerangkan .

" Bukan apa tapi ...AKu secara tak sengaja tahu siapa pembekal mereka.."

Wadi berkata dengan sambil menghirup teh.

"APA KAU KATA?!"

Oyen,Pak-Teh dan Sulung Terkejut.

" Macam kau boleh tahu?"

Oyen bertanya..

"Oh dulu di kalangan divisi 70 hingga 100 . Penggunaan Serbuk putih diamalkan untuk mencipta sebuah tentera terhebat dan yang terkuat di Indonesia , Jakarta. Dan tak sampai Sebulan divisi-divisi tersebut berjaya menawan separuh dari dunia penyelundupan,perjudian dan perdagangan Minyak di indonesia."

Wadi menjelaskan.

"Sekejap kalau macam itu apa yang Jakarta Jaya buat di Malaysia jikalau geng itu asal dari Indonesia ?"

Sulung kekeliruan.

" Macam ni, Jakarta Jaya Di Malaysia diuruskan oleh Ketua mutlak ,RIzky Bayu Soekarno dan Jakarta Jaya di Indonesia dikendalikan oleh abangnya, Sakuta Bayu Soeharto. "

Wadi membalas.

" Dan sebab Jakarta Jaya Terbelah menjadi dua adalah kerana Ketua Mutlak tak setuju dengan penggunaan dadah berbahaya secara meluas dalam kalangan ahli , Jadi dia memutuskan untuk berpindah ke Malaysia dan membina tenteranya sendiri demi menjatuhkan Abang nya sendiri."

Aidit Menambah.

"Adik-beradik Bayu ya …"

Kagum sulung.

"Apa-apa pun Nama pembekal tersebut adalah Hongfet dia antara pembekal Serbuk putih yang setia kepada Sakuta dan kilangnya berada di kawasan perumahan lama di batu cave ."

WAdi menerangkan.

"Wah berguna juga korag berdua ni ya?"

Oyen kagum.

"Terima kasih"

Wadi dan Aidit berasa bangga dipuji.

"Jadi senang cerita sasaran kita yang seterusnya adalah Hongfet lah ya?."

Oyen mengangguk .

"Baiklah Geng Kual Harimau, KITA BERGERAK SEKARANG!!."

Laung Pak-Teh

5 Jam Kemudian.

"Jadi inikah tempat pertemuan yang seterusnya?"

Pak-Teh menanya Aidit.

"Betulah Tempat ni, Lagipun Pelabuhan Klang adalah pelabuhan paling terdekat dengan Kuala Lumpur dan masa penghantaran pun dapat dikurangkan ."

Aidit membalas.

"Sekejap ada benda yang tak kenalah, "

Oyen berkata.

"Kejap itu bukan uniform Geng Jakarta Jaya...itu…."

Nur cuba meneka.

"Itu Geng Ijubezen!!

Oyen menjerit.

"Ijubezen?! Mustahil mereka tak pernah terlibat dalam apa-apa aktiviti melibatkan Serbuk-putih...Sekejap Aidit adakah kau cuba untuk mengkhianati kami?"

Pak-Teh bertanya.

"Nanti-nanti, sekejap bukan salah aku sebab bukan Jakarta Jaya seorang sahaja yang membeli Serbuk Putih, ada banyak lagi kot geng yang mengamalkan Serbuk putih sebagai sapuan roti mereka.

AIdit menerangkan.

"Korang senyaplah!! "

Marah Oyen

"Saya harap perjalanan puan ke sini tidak menyusahkan puan,"

Hongfet berkata dengan nada yang sopan

Kemudian Pintu limo dibuka .

"Be...Besarnya!!"

Nur menggigil

"Jadi ketua Ijubezen adalah dari keturunan …"

Pak-teh Berkata.

'"Ular!!"

Oyen berkata .

"Ekornya sahaja dah 7 meter apa dia ni anakonda ke apa !? "

Aidit ketakutan.

"Oho~ inikah barangnya ? "

Ketuan Ijubezen berkata.

" Ya Puan semua sekali adalah Rm80 000."

Hongfet memberitahu harga sambil membuka zip beg yang berisi 7 kg Serbuk Putih .

"Wah banyaknya...Ia seputih salji!!"

Ketua Ijubezen kagum .

"Ya Puan setiap Bulan kami sedaya upaya cuba untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti produk kami, terutama sekali pada pelanggan tetap macam puan. "

HOngfet berkata sambil membetulkan cermin matanya.

"Hehe rasa muda pula dipanggil Puan, macam nilah memandangkan awak seorang penggedar yang tampan, saya beritahu awak nama saya~"

Jelas Ketua Ijubezen .

"Mak...maksud puan?"

Hongfet menggigil kerana Ketua Ijubezen telah mencerobohi sempadan peribadi beliau.

" Reisz, Panggil saya Reisz~"

Reisz berkata .

'Haha. Seronok berurus niaga dengan awak, jumpa lagi kalau ada jodoh teehee~"

Reisz berkata sambil memasuki limo dengan beg berisi Serbuk Putih tersebut.

'Baiklah Hongfet sudah keseorangan, mari kita ikut dia dan dapatkan maklumat lebih tentang Serbuk Putih !!"

Oyen Berkata.

Hongfet atau nama penuhnya, Ho ng et , mupakan warga Vietnam-Malaysia dan latar belakangnya adalah misteri. Tetapi apa yang pasti adalah dia bekerja sebagai pengurus,pengarah dan ketua pengedar Serbuk putih di Negeri Selangor, Peluang keemasan ini adalah sesuatu yang tak boleh dilepaskan bagi mereka,

Sementara itu, di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

"Selamat Malam Semua!!! Rindu mak tak?"

Raisz menjerit.

Apabila tirai dibuka, terpampang berpuluh-puluh lelaki berpakain suit Hugo Boss , mereka kelihatan pucat dan tidak bermaya seolah-olah Zombie.

'Kamu semu lapar tak?"

Raisz menjerit.

Lalu Raisz menaburkan Serbuk-putih ke udara seolah-olah memberi ikan makan .

Dan mereka berebut-rebut bagaikan Ikan koi di dalam kolam yang kecil .

"Kadang-kadang kau tak rasa pelik ke dengan minat Mak kita?"

Kembar pertama, Riffany Raisz bertanya kepada kembar ketujuh., Qifrah Raisz

"Tak pun..Cuma entah kenapa aku rasa nyawa mereka tidak penting."

Qifrah berkata dengan riak wajah yang tak bernyawa..

"Tak bekrperikemanusiaan macam biasa….Aku rasa tak adil ...Kenapa Aku seorang sahaja yang dilahirkan dengan emosi ? kenapa Aku tak dilahirkan macam korang semua yang lain?"

Ngeluh Riffany.

"Entahlah mungkin kau istimewa malah, diantara kita orang Riffany seorang sahaja yang mak yang sayang lebih-

Balas Qifrah

'Qifrah jangan cakap macam itu !! Kamu lupakah? Kan korang semua ada Kakak? Kalau mak sayang Akak lebih...Akak boleh kongsikan kasih sayang itu dengan korang semua."

Riffany berkata sambil memeluk Qifrah .