Chereads / Scarf Warrior / Chapter 2 - Kuasa Asing

Chapter 2 - Kuasa Asing

Malam Sabtu, malam paling indah untuk seorang noveler menikmati masa rehatnya selepas penat bekerja. "Memandangkan esok cuti, aku nk marathon 1 novel harini. Hahaha" ucap aku yang sedang gembira kerana esok hari cuti. Nama aku Hans. Seorang operator kilang yang selalu letih dengan kerja sendiri. Penat lelah aku hanya aku habiskan untuk novel. Hahaha.

Malam tersebut, satu kejadian aneh telah berlaku. Ketika aku sedang duduk membaca, tiba-tiba terdengar satu jeritan yang kuat dari bawah. "Apa bising-bising ni" kataku. Sekilas aku melihat seorang lelaki ditusuk oleh suatu makhluk yang belum pernah aku lihat. Entah hantu atau alien, aku hanya kaku melihat dri tingkap rumah aku. Lelaki tersebut dicincang oleh makhluk tersebut menggunakan tangannya yg tajam, lalu dimakan tanpa ragu. Aku terduduk. Dengan pantas aku membuka komputerku, mencari berita semasa. Di khabarkan, sebuah kroni makhluk dari angkasa telah datang untuk menakluki bumi. Menjadikan bumi sebagai pembekal makanan mereka. Mereka menggelar diri mereka Nit. Raksasa pemakan manusia.

Dalam detik tersebut, tiba-tiba aku disambar oleh sebuah benda kecil yg dtg dri jauh, tepat terkena badan aku. Aku tersandar di dinding rumah. Bunyi bising itu telah memanggil makhluk yang tadi datang di rumahku, untuk melihat apakah yang terjadi. "Wahh, makanan!" jerit raksasa itu. Tubuhku bangun dengan sendiri. "Aku tak boleh gerak!" bisik hatiku. Terlihat sehelai skarf terlilit dibleher ku. "Sape punya ni?" bisik hatiku. Tiba-tiba skarf tersebut melilit tanganku, hingga ke hujung jariku dan membentuk sebuah pedang tepat digenggamanku. Tubuhku bergerak sendiri, menebas makhluk tersebut dengan sekali tebas. Percikkan darah makhluk itu tersembur di dalam rumahku. Lantas ada bisikkan "Gunalah aku bila kau perlu" ujar bisikkan tersebut. Mungkin ini seperti novel-novel yang aku baca, di mana akan ada satu kuasa yang akan menghabisi ancaman yang datang di dunia ini. Hanya ada satu cara untuk bertahan hidup, iaitu melawan mereka dengan kekuatan yg telah aku miliki.