Chereads / KEBAHAGIAAN YANG DITUNGGU / Chapter 1 - BAB 1

KEBAHAGIAAN YANG DITUNGGU

Aulya_Sofi
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 4.7k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - BAB 1

Ok nama aku, Adriana Aulia. Orang panggil aku Liya. So yeah enjoy my story.

Sambil menunggu Pak Mat untuk jemput aku pulang dari sekolah, tiba-tiba aku ternampak bayang-bayang seseorang dari jauh. Muka nampak familiar tapi dekat mana eh?? Seketika mataku terbeliak. Tak tak mungkin itu dia!! Takkan sampai sini dia cari aku?!! Mungkin aku salah tengok kot. Yelah aku ni rabun tapi degil tak nak pakai spek luar dari kelas😂 Hurmm mungkin salah orang. Aku harap dia bukan orang yang sama..

Flashback

Waktu tu aku darjah empat, makna kata aku umur 10 tahun. So nak dijadikan cerita, aku ni first batch budak KSSR. Apa tu KSSR? Kurikulum Standard Sekolah Rendah.. Yah betul la tu.

Pada satu hari, nak dijadikan cerita, kelas aku ada subjek TMK dan RBT. Dan minggu tu perempuan kelas RBT dan laki kelas TMK.. Kitorang memang gilir2. So laki kena masuk makmal komputer lah. Perempuan belajar dalam kelas.

So aku ni boleh dikatakan pelajar yang rajin😂 jadi aku punya projek dah hampir siap. Cuma nak sulam nama je. Oh projeknye kitorang buat dompet.. So cikgu aku suruh aku pergi ambil kotak jahit di bilik cikgu.

Ok bilik cikgu aku tu boleh muat 2 orang cikgu ja dalam tu. So bilik tu agak kecil dan sempit. Dalam bilik tu pon ada stor kecik juga. Jadi aku ajak la member aku sorang ni untuk teman aku sebab aku agak takut sikit dengan senior dalam kelas sebelah bilik cikgu tu. Oh member aku tu nama dia syamimi

Ok back to topik. Time aku nak masuk bilik tu, aku tawarkan diri untuk masuk dalam bilik tu sebab aku pakai kasut yang jenis sarung2 tu je sebab aku tak suka kasut tali bila waktu sekolah rendah.

So bila aku masuk je. Aku terpaku. Woww macam mana aku nak cari kotak jahit cikgu yang kecil tu dalam bilik yang penuh kotak2 nih?!!😰 cari punya cari tak jumpa

"Mimi!!!! Kau tunggu jap kat luar tu!!! Kalau kau nak duduk pon aku tak kisah.. Susah aaa nk cari kotak tuh.. Banyak sangat barang dalam bilik nih" jerit aku... Aik??? Senyap je Mimi.. Tak kan tertidur pulak kat luar tu?? Aku tengok pintu pulak.. Aik ini aneh yaa anak2.. Bila masa aku tutup pintu tadi?? Hmm mungkin aku tertutup atau angin kuat tadi?? Lantaklah!! Sekarang kotak cikgu pon tak jumpa lagi nih... Aku semangat nak sulam nama aku cantik² nih... Hmm eh aku lupa kata ada stor dalam bilik cikgu ni. Apa kata aku gi check. Mana tahu tibe2 ada dalam tu... 2 minit kemudian...

*bunyi pintu terbuka dan tertutup*

"Mimi!!!! Meh jap tolong aku cari! Aku ni dah la pendek. Susah la nak cari kotak cikgu dekat almari yang tinggi nii" laung aku dalam bilik tu. Krik2 krik2... Aik? Asal Mimi senyap je ni? Ngantuk sangat member aku sorang nih. Haih takleh jadi nihh.. Dia kena tolong aku.. Kalau tidak sampai esok pun tak jumpa kotak tu.. Aku pon jalan la keluar dari stor.. Tapi mata aku masih mencari kotak jahit kat bawah sampai taj perasan kata ada orang dalam bilik tu. Tiba-tiba....

Bukk!!! Aduh sejak bila ada tiang pulak dalam bilik cikgu ni.. Sakit seh.. Tadi tak ada pun tiang nih.. Eh kaki orang?? Aku pandang atas. Kemudian...

Zaappp!!! Muka aku auto pucat😨 gulp!!! Asal dia??!!! Eh jap jap... Macam mana dia boleh masuk?? "Sayang... Awak tak tutup pintu tadi. Jadi abang tolong tutupkan astu abang tengok sayang sorang2 je dalam ni. So abang teman la sayang. Sayang tak kisah kan?" kata laki tu... Wait2 cena dia tahu apa yang aku cakap dalam hati tadi?? Aishhh seraamm!! Eh kejap!!! Dia panggil aku apa tadi? 'Sayang'?!!!! Oh fish gila ke apa mamat ni... Rasanya kepala aku yang terhantuk dekat badan dia tadi

"Sayang? Hey sayang?? Berangan apa tu?? Berangan kita naik pelamin eh? Jangan risau sayang, nanti kita kahwin sama-sama tau. Tunggu abang masuk minang sayang dulu eh😉" kata laki miang tu.... Aku buat muka nak muntah... " eeeeiii tak kuasa saya nak kahwin dengan senior!! UPSR pon tk lepas lagi! Apatah lagi SPM!!! Ada hati nak masuk minang saya! Jangan harap saya nak terima senior" marah aku. Gila ka apa!! Dah la tiba-tiba panggil 'Sayang' lepastu ajak kahwin. Dengan dia dan aku tak lepas UPSR lagi.. SPM pon belum. Ada hati nak kahwin. Ni tak... Belajar pon malas dah la dia kelas last dalam batch dia.. Kelas ketujuh weiii!! Aku ni kelas first kott.. Agak2 la... Astaghfirullah Liya... Bongkak giler... Haih balik ni kena sental hati aku balik.

"Eh sayang?!! Awak mengelamun pulak.. Teringat sape? Abang kat depan ni takkan sayang rindu lagi kot?" kata Rayn.. Yah laki tu nama Rayn. Dia tua setahun dari aku. Even aku pengawas, aku still hormat senior2 aku. Eh tiber... "Eh senior ni kenapa eh? Dari tadi duk Sayang2!!! Dah kenapa? And bila masa pulak senior ni abang saya? Oh come on!! Saya tak nak kurang ajar dengan senior but tolong la faham.. Saya tak ada perasaan pon dekat senior. So please get out from here!!! Mimi!!!! Tolong aku!!" ya Allah selamatkan lah aku!!!

"Liya kau okay tak kat dalam tu?!! Sorry weyh aku tak boleh masuk!! Rayn bawak geng.. Geng2 dia jaga pintu ni!!" jerit Mimi dari luar

"Rayn!! Please keluar!! Kalau kau tak nak keluar bagi aku je yang keluar!! Please jangan ganggu aku. Lepaskan aku!! Aku tak suka kau!! Kau faham tak!!!" aku rasa nak nangis dah ni.. Kau bayangkan umur 10 tahun nak hadap mamat gila kat depan ni!!

"Apa?!! Tak dengar?!! Ulang balik ayat sayang?!!" kata Ryan

"Aku kata aku nak keluar laa!! Jangan kacau aku!! Aku tak suka kau!!!" haih dah pekak ke mamat ni?!!

"Heyyy dengar sini eh!! Sampai mati aku takkan lepaskan kau! Ingat tu!!!! Kau!!! Aku punya!!! So yeah sayang... Apa kata aku buat kau ni rasmi jadi milik aku selamanya?? Hmmm mesti best kan?" kata Rayn dengan senyum sinisnya.

Ya Allah!! Bantulah hambamu ini! Sesungguhnya aku tak kuat ya Allah!!! Tudung biru aku dah basah dengan air mata.. Yah aku pengawas.. Tapi aku lembik, tak berani lawan. Sedihkan? Ha ha...

"Kau!!! Mari sini sayanggg..... Meh dekat abang.. Abang rindu ni" dia datang dekat aku.. Selangkah aku ke belakang, selangkah dia ke hadapan.. Sehingga tiada ruang untuk aku lari dari dia.

"Pergi!!! Pergi!!! Tolong!!!!! Mimi!!! Tolong aku!!! Tolong!!! Sapa2 panggil cikgu please!!!" jerit aku... Aku dah tak kesah orang nk kata apa... Janji aku dan maruah aku selamat.. Tapi malangnya... Tudung aku ditarik oleh Rayn. "Lepas Rayn!!! Lepaslaaahh!!!" nangis aku... "Ssshhh sayang... Rileks.. Jangan jerit2... Kesian nanti sakit tekak nanti macam mana?" terus Rayn tolak aku sampai kepala aku terhantuk dekat almari yang tinggi tu..

"Aaaarrghh!!!!! Sakit!!!" ya Allah aku tak kuat... "Eh perempuan!! Aku cakap baik-baik kau tolak Aku macam tu je eh!!! Siap kau! Mari aku ajar kau! Mungkin kau tak kenal siapa aku!!" tengking Rayn

"Rayn tolong Rayn!! Tolong lepaskan saya!! Please!! Saya sakit Rayn!!" dengar rayuan aku... Dia terus hentakkan kepala aku ke almari.. Kalau sekali tak ape.. Ni berkali-kali!!!!

"Liya!!!! Kau okay tak?!!! Woi Rayn lepaskan Liya laa!! Eh korang tepi!! Bagi aku masuk!! Kawan aku boleh mati dalam tu tau tak!! Liya!!! Bertahan weyhh!! Aku gi cari cikgu!!" jerit Mimi yang tengah risaukan aku

"Mimi!! Jangan tinggalkan aku!!" malanhnya, aku hanya mampu berkata dalam hati kerana tenaga aku hampir habis. Aku penat! Sakit!

"Akhirnya!! Kau jadi milik aku!!" Rayn ketawa jahat. Tiba-tiba...

Bukk bukk

Rayn tertunduk lepas dibelah oleh seseorang. Aku tak dapat lihat muka dia Kerana tenaga aku sudah habis. Dia menepuk pipi aku supaya aku buka mata.. "Liya!! Bangun Liya!! Jangan tinggalkan aku!! Bertahan weiyh" yah suara tu.. Belum sempat aku berkata apa-apa. Pandangan aku berubah menjadi gelap.

End flashback