Chereads / Menusuk Khalbu / Chapter 4 - Jodoh

Chapter 4 - Jodoh

Semua orang ingin membina mahligai sendiri bukan?

Ada orang yang bercinta sampai 7 tahun tapi putus juga.

Ada orang yang kenal selama 2 bulan sahaja tapi terus naik ke jinjang pelamin.

betul tak?

Kawan tak usahla kau risau perihal jodohmu.

Kerana jodoh itu akan datang tepat pada waktunya.

Tidak cepat sesaat ataupun lambat sesaat.

Pasti dia akan hadir.

Ada orang umur 37 tahun tapi tak kahwin lagi.

Ada orang kahwin umur 19.

Ada orang kahwin pada umurnya 40.

Ya semua itu tak mustahil.

Kepada yang tidak berkahwin lagi janganlah kecewa mahupun sedih.

Mungkin tuhan ingin kau bahagiakan ibu dan bapamu terlebih dahulu.

Mungkin tuhan ingin engkau mengejar impian kau terlebih dahulu.

Atau mungkin tuhan ingin kau memperbaiki diri sebelum engkau menuju ke alam perkahwinan.

Jodoh pasti akan hadir tepat pada waktunya.

Ada orang yang tak pernah kenal tup tup dah naik ke pelamin.

Janganlah terlalu risau akan perihal jodoh.

Kalau ada yang baru putus cinta.

Sabar....

Mungkin dia bukan jodohmu ataupun mungkin dia jodohmu tapi waktu tidak mengizinkan lagi kamu berdua bersama.

Percaya dengan aturan tuhan.

Memang kita yang merancang tapi tuhan yang akan mengaturkankan jalan hidup kita.

Percaya dengan qada dan qadarNya okey?

Ingat bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor.