Chereads / Maisarah / Chapter 4 - BAB 3

Chapter 4 - BAB 3

"Aku dengar lah apa yang kau cakap"

Alamak dia dengar ke? haduh habislah aku. Dah lah mulut laki ni tajam semacam.

"A..aa baguslah kalau awak dengar tak payah dah saya nak jelaskan kat awak kan?" Relax Maisarah jangan tunjuk sangat yang kau gelabah.

Haz memandangku tajam. Hampir saja dia hendak mebuka mulut Aimy pun datang menyampuk. Fuh nasib Aimy datang.

"Korang borak apa tu?" Tanya Aimy.

"Tak de ape pun" jawab Haz dingin dan terus berlalu.

"Awat pulak dia tu tadi ramah semacam ni tiba tiba je jadi dingin? " kataku. Aimy hanya menjongketkan bahunya.

"Sara! Aimy! sini kejap" laung Puan Mariah iaitu mama kepada Maisarah.

Aku dan Aimy pun segera ke ruang tamu. Yelah kan kalau lambat kena bebel pula dengan mama naya je. Hehe.

"Ha sini duduk cepat, mama ada sesuatu nak bincang dengan Sara ni. Aimy duduk lah"

Aku terus duduk.

"Nak bincang pasal apa mama? macam penting aje"

"Sebenarnya mama ada satu permintaan kat Sara"

"Permintaan? Permintaan apa?"

"Mama nak kahwinkan kamu dengan Haz hujung tahun ni" kata Puan Zahirah.

"WHAT?!!!! KAHWIN?!" jeritku. Yela gila apa tak terkejut kahwin kot bukan main main.

"Sebenarnya mama terpaksa Sara sebab wasiat papa. "

"No! Sara tak setuju. Kenapa Sara yang kena kahwin dengan dia. Sara pun tak kenal dia" kataku tak tegas.

"Tapi Sara ini wasiat papa. Sara dah tak sayang dekat papa ke? sanggupke Sara abaikan wasiat dia?" soal mama.

Aku jadi buntu. Takkanlah aku nak kahwim dengan mamat yang aku baru je kenal dia harini. Tak masuk akallah.

"Mama bagi Sara masa boleh? Biar sarah fikirkan. Paling lama pun seminggu. Please mama"rayu ku.

"Okay mama bagi Sara masa but only one week. Kalau Sara tak bagi mama satu jawapan mama tetap dengan pendirian mama." kata Puan Mariah tegas.

Aku mengangguk lemah.

"Haz pula macam mana?" soal mama kepada Haz a.k.a Amirul Haziq yang akan menjadi suami aku nanti. Huh.

"Haz setuju je aunty" jawab Haz dengan selambanya.

Aku dan Aimy tercengang. Peh bagi kata putus tanpa berfikir panjang erk mamat ni. Dia ingat kahwin nie main main ke?

"Ha Sara tengok Haz tu setuju aje yang kamu ni siap buat sinetron lagi" perli mama.

Aku hanya merengus geram.

"Haz tak payah lah panggil aunty aunty panggil mama je. Hujung tahun ni dah nak jadi menatu dah" kata mama.

"Ok aun.. eh mama"kata Haz tersasul.

"Err mama, cik ijah Sara dengan Aimy balik dulu ye" aku meminta izin untuk balik.

"Hayelah drive tu elok elok ingat pesan mama tadi kalau tak beri kata putus mama akan kahwin kan kamu dengan Haz jugak. Paham?" kata mama tegas berbaur amaran.

"Yelah" jawabku mendatar sambil mencium tangan mama.

"Cik Ijah Sara balik dulu ye" kataku.

"Ha Sara tak payah lah panggil cik ijah panggil ibu je"

Aku hanya mengangguk sambil menarik tangan Aimy ke luar rumah.

"Jom balik Aimy kesian kau layan drama tv3 tadi"

"Ha jom tapi nak tak kita lepak tasik dulu? Mungkinlah kan boleh tenangkan hati kau yang panas tu." Ajak nya.

Aku hanya mengangguk setuju.