Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Amir Oh Amir......

Ammar_Zakwan_0058
--
chs / week
--
NOT RATINGS
4.7k
Views
Synopsis
Amir selalu ditolak dan kadang-kadang selalu berakhir dengan pengakhiran yang sedih apabila mencari 'girlfriend'. Tetapi datangnya seorang budak perempuan yang menarik perhatian dia. Adakah ini akan berakhir dengan lebih teruk?
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1: Kisah Dulu Menyakitkan Hati

Hai, aku Amir. Aku ialah pelajar universiti awam. Sebelum kita mendalami kisah aku. Lebih baik aku menceritakan kisah lama aku.

Aku sebenarnya ada masalah dengan 'alien'. Bukan yang dari filem, tapi perempuan. Mungkin sebab aku ni seorang yang 'skema'. Mungkin juga aku selalu dibuli oleh rakan sebaya aku. Atau disebabkan adik-beradik aku semuanya lelaki. Aku pun tidak tahu. Semasa aku tahun lima, ada seorang budak perempuan berbisik "Mir, ada orang kirim salam.". Disebabkan terlalu teruja, aku pun kata "Oh yeke? nanti kirim salam balik ye.". Tapi terus budak perempuan tu gelakkan aku sambil kata "Hahahaha. Mana ada orang nakkan kau. Hahahahaha." ejek budak perempuan itu. Aku bersabar sahajalah. Bila aku berada di tingkatan 2, ada seorang perempuan yang nak berkawan dengan ku. Aku ingatkan dia ihklas tapi, lupanya dia hanya nak aku jadi posmen surat cintanya. Masa tu aku anggap ianya cuma satu benda biasa tapi bila diingat kembali, sakit hati ku. Masa aku di tahun satu di universiti, Ada seorang lagi perempuan hendak berkawan dengan aku. Aku dan dia selalu bersama membuat kerja sekolah. Dan pada hujung semester tu, aku nak luahkan perasaan ku pada dia. Tapi aku kena reject atas sebab dia sudah berpunya. Aku terlalu frust hingga aku hilang tumpuan dalam kelas dan prestasi aku merosot. Nasib.....

Tapi, bila aku masuk tahun dua, aku lebih berani dan konfiden untuk berkawan dengan perempuan. Lebih gentleman katanya.