"Ishhh tak kena lagiiii...!!!"
"Kan aku dah kata jangan guna cara ni korang degil!!"
"Alaaa chill ah.. kita kan ada plan kedua"
"Huh..Lain kali tak payah dah guna cara lapok macam ni"
__________________________
Ketika Niel sedang mengemas lantai
bilik darjahnya, tiba-tiba muncul beberapa orang pelajar kelasnya yang melemparkan telur mentah kepadanya namun tidak semudah itu dengan cekap Niel menangkap biji telur mentah itu dan menggelak daripada terkena beberapa biji telur yang lain.
'Haiihhh apalah masalah budak-budak ni.. sabar Niel sabar~~' bisiknya di dalam hati.
Tidak cukup dengan itu beberapa orang pelajar tersebut turut mengambil beg Niel dan mengeluarkan beberapa buku latihan Niel untuk dikoyak-koyakkan akibat tidak berpuas hati kerana Niel berjaya menggelak daripada biji-biji telur tersebut.
Mereka menunjukkan buku-buku tersebut di hadapan Niel dengan harapan agar Niel cuba untuk mengambilnya semula namun mereka silap. Niel hanya berdiri tegak di tempatnya sambil memerhatikan tingkah mereka.
"Woi budak bisu..!!! Buku ni kau taknak ke??"
"Haahlah budak bisu.. kau tak takut ke kalau cikgu marah kau kejap lagi"
"Kau betul-betul tak nak ambil ke buku kau yang buruk ni?"
Tanpa sebarang amaran mereka terus mengoyakkan kertas-kertas di dalam buku tersebut apabila tiada sahutan dan tindak balas yang mereka mahukan daripada Niel.
Niel hanya memerhatikan mereka tanpa sebarang perasaan dan reaksi di wajah. Sungguh baginya tiada apa yang perlu dirisau kerana buku subjek itu bukanlah subjek yang ada dalam jadual untuk hari ini. Sengaja Niel membawa buku-buku yang tiada dalam jadual bersama kerana firasatnya kuat mengatakan benda buruk akan terjadi lagi. Dan sekurang-kurangnya sempat untuk dia baiki semula buku yang telah dikoyak tersebut sebelum keesokkan harinya.
"HAHAHAHAHAHAAH padan muka kau" kata seorang pelajar yang berambut perang.
"Huhhh.. puas hati aku" kata pelajar yang agak rendah diantara mereka semua pula.
"Tak sabar aku nak tengok kau kena denda lepas ni budak bisu" kata seorang pelajar yang berbadan agak gempal.
"HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAH" dengan senang hati mereka bertiga ketawa lalu pergi dari situ. Niel hanya melihat mereka pergi.
"apakah?" Niel bergerak ke arah bukunya yang baru sahaja dikoyakkan sebentar tadi. Perlahan dia tunduk untuk mengutip cebisan-cebisan kertas tersebut dan meletakkannya di dalam plastik yang dijumpainya lalu menyimpan cebisan kertas tersebut di dalam begnya.
Tanpa berlengah Niel terus mengemas semula kelas yang sudah kotor itu. Walaupun penat namun Niel tidak pernah mengeluh setiap kali dilayan sebegitu rupa namun dia bersyukur kerana masih ada yang sedar kewujudannya di muka bumi ini walaupun dengan cara dibuli.
Seorang demi seorang pelajar di dalam kelas Niel mula memenuhi tempat duduk yang kosong termasuk juga 3 orang pelajar itu tadi.
"Bangunnnn..!!! Selamat pagi Cikgu Lim"
"Selamat pagi.. semua boleh duduk" kata seorang guru yang sentiasa memakai sweatshirt bersama denim jacket sebagai lapisan di luarnya walaupun dalam kelas tiada aircond dan walaupun dia mengajar di tengah-tengah padang yang juga dikenali sebagai Cikgu Lim iaitu satu-satunya guru yang perwatakannya serta fashion baju lain dari yang lain. Ramai juga yang kata cikgu ni 'gila' tapi tak mungkinlah orang gila boleh mengajar kan..?
"Untuk harini saya benarkan kamu semua untuk buat kerja masing-masing tapi macam biasa jangan makan kalau bising saya boleh terima lagi. Saya ada kerja sikit nak kena buat.. faham?"
"fahammmmm" Dengan gembira para pelajar yang ada di dalam kelas tersebut menjawab.
Semua pelajar sibuk melakukan hal masing-masing, ada yang main game ada yang baca novel ada yang tengah cat kuku ada yang tengah main rambut kawan ada yang puji diri sendiri depan cermin kelas ada dah siap bentang selimut dengan bantal di atas lantai untuk sambung tidur ada yang menjerit apabila melihat pelajar lelaki yang sedang bermain bola di bawah ada juga yang tengah sibuk bermain permainan 'aku lempang kau dan kau lempang aku' namun semua itu hanyalah perkara biasa bagi guru yang bernama Lim. Akan tetapi, hanya seorang sahaja yang menarik perhatiannya sejak dari mula dia mengajar di kelas ini. Sejak itu juga dia selalu memerhatikan pelajar tersebut dalam diam.
Sepanjang waktu subjek tersebut, Niel hanya membaca sebuah buku yang bertajuk 'tiada tajuk' dan tahap kebisingan rakan-rakan sekelasnya juga tidak mampu untuk menganggu fokusnya yang masih membaca buku yang dijumpainya kelmarin. Telinganya seakan-akan kalis bunyi dan dirinya juga bagaikan berada di suatu ruangan kosong yang hanya berwarna putih dan dia berada di tengah-tengahnya.
Sedang dia fokus membaca buku tersebut datang sepasang tangan yang merampas buku tersebut dari tangan Niel. Dengan pantas warna anak matanya bertukar di sebalik kaca mata hitamnya. Ya, setiap kali Niel membaca buku yang menarik perhatiannya dia pasti akan mengenakan kaca mata hitamnya.
"Heh, buku apa yang best sangat kau baca ni haa budak bisu? Tak nak kongsi dengan aku ke? Hmm tajuk 'Tiada Tajuk'..? aikk.. kau baca apa dalam buku ni? apasal kosong je ni? Ouhh lupa untuk kau memang sesuailah buku kosong tak ada tulisan macam ni sebab kau tu pun kosong tak berguna sama macam buku ni dahlah tak reti nak bercakap suara tah ada tah tak ada. Hmm aku rasa buku ni tak ada function pun kau simpan jadi meh aku tolong buangkan" kata Azyrul iaitu seorang budak lelaki yang berambut biru kehijauan akibat diwarna dan berkulit gelap walaupun sudah habis 10 botol losyen pemutih dipakainya.
Sebaik sahaja buku tersebut dirampas oleh budak lelaki itu, Niel hanya melihat budak itu membebel tanpa mendengar apa yang dikatakan oleh Azyrul.. lama dia memerhatikan riak wajah Azyrul di hadapannya namun lamunannya terhenti apabila melihat Azyrul yang membuang bukunya di dalam tong sampah.
Dengan pantas Niel mengejar Azyrul yang sudah jauh darinya sebelum ada pelajar lain pula yang mengambil buku tersebut dan segalanya terhenti...
-To Be Continue