Chereads / Nota Ular Danu / Chapter 4 - The Evil Spirit

Chapter 4 - The Evil Spirit

"Fucking disgusting."

Mata aku terbeliak luas, lantas aku mengangkat muka. Hatiku sedikit panas, mendengarkan kata-kata negatif yang keluar tanpa provokasi itu.

Belum sempat aku sendiri yang membalas kata, Gabriel telah bangun dan berjalan perlahan menuju suara yang datangnya hanya berjarak satu meja dihadapanku. Ah! Dihadapanku?

"Jaga mulut." bisik Gabriel pada lelaki itu. Intonasi perkataannya naik dan turun seperti mengugut pelajar yang memakai blazer ungu gelap.

Rambutnya pendek kuning pucat, kulitnya sawo matang menyerlahkan matanya yang berwarna seakan emas dan beranak mata tirus. Seperti...

Evil spirit!

"Pastu." ujar lelaki itu mengejek Gabriel walaupun riaksi lelaki bermata merah itu hanya satu iaitu tiada riaksi.

*

" Nanti meja depan kau, lelaki. Nama dia Keres, entah kemana dia sekarang. Ponteng lah kut."

Aku tiba tiba sahaja teringat kata-kata Elodie.

Ah! jadi dialah..

"Keres Onasis!" aku tanpa sedar telah membibitkan namanya luar dari monolog dalamanku.

"Kau apahal?" Suara lelaki itu meninggi apabila mendengar namanya di ucap kuat oleh aku.

Ahli kelas lain pula sudah mula berkumpul di sekeliling meja itu. Aku kaku, benar-benar tidak menjangkakan keadaan ini yang sudah kelihatan semakin tegang apabila Gabriel mula mencekak kolar kemeja lelaki bernama Keres itu.

Gabriel memandang tajam kedalam mata lelaki dihadapannya, serius dan tenang. Tidak seperti Keres yang dapat aku lihat dengan jelas tidak mengambil serius perkara tersebut. Malah dia senyum lebar!

"Fuck it lah Gabriel, pull yourself together." ujar suara kecil dari belakangku. Elodie kemudian dengan bersahaja ketengah kawasan dimana situasi tersebut masih lagi terjadi lalu menarik lengan Gabriel untuk melepaskan tangannya dari kolar kemeja Keres. Meleraikan situasi tegang itu buat sementara.

Semua rakan sekelasku kembali ke tempat meja mereka, ada yang keluar dari kelas entah kemana seperti pasangan kembar Aravah dan Arava.

Aku? hahaha. Aku seperti kertas, wajahnya sudah tidak berdarah akibat terlalu risau dengan kejadian tadi. Aku duduk segera walaupun perasaan janggal dan 'awkward' antara aku dan pelajar lain makin meninggi akibat aku terlibat dengan kejadian tadi.

Seterusnya, tanpa menunggu masa terus mencatat kejadian tadi kedalam buku istimewaku yang berwarna hijau. Juga digunakan untuk mengambil nama rakan sekelas.

Dia melihat aku menggerakkan silinder kecil berisi dakwat hitam cair itu menconteng kertas putih kekuningan. Matanya tidak beralih walau seinci.

Bukan lagi mata merah menyala yang merenung aku malah diganti dengan...

"Attention seeker."