Chereads / Nota Ular Danu / Chapter 3 - Semerah Delima

Chapter 3 - Semerah Delima

"Gabriel Akane." ujarnya dengan suara yang penuh yakin.

Dia masih lagi tersenyum kala mata merahnya itu melihat aku dengan sebuah pandangan yang tak dapat aku jelaskan, gambarkan. Aku bukannya tak suka tapi... kerana ia seperti sensual, aku cuba untuk mengelakkan bertemu mata dengannya lagi.

Jadi sepanjang 3 minit itu, aku hanya melihat kolar bajunya bersilih ganti dengan blazer yang berwarna merah gelap itu.

Semasa aku datang ke pejabat dua hari lepas untuk mengambil uniform dan pakaian khas sekolah, aku diberitahu bahawa di sini setiap pelajar mengenakan blazer dan seluar ataupun skirt dengan warna yang berbeza mengikut aliran subjek yang diambil.

Seperti, aku yang mengambil aliran satera harus memakai blazer putih bersama kemeja dan skirt putih. Adelaine pula yang merupakan pelajar sains (berfokuskan kepada subjek biologi) memakai blazer dan skirt hijau lumut bersama dengan kemeja putih.

Manakala lelaki ini, Gabriel memakai set merah gelap bersama dengan kemeja putih.

"Gabriel Akane dari Monsopiad dan juga pelajar aliran pengurusan." Gabriel sekali lagi mengulang namanya bersama dengan butiran diri yang lain.

Jadi, tak salah kalau aku katakan aku telah jatuhkan sebuah stereotaip ke atasnya kerana dia datang dari Monsopiad sebuah negeri kota pentadbiran, satu-satunya yang ada dalam negara moden ini. Perwatakannya agak...

Well, masih banyak butir terperinci yang ingin aku jelaskan tentang tempat dan sebagainya namun aku rasa lain kali sajalah.

Tanpa melengahkan masa dia terus bangun dan kembali pada tempat duduknya, anak mataku melirik mengikuti figura yang berkemungkinan setinggi 175cm dan keatas itu tidak melebihi 180cm.

Emmm, tidaklah tinggi sehingga aku tergamam tapi tinggi la juga berbanding aku yang berukuran 163cm.

Aku meneruskan lagi kerja aku sehinggalah pada pelajar yang terakhir, pelajar yang ke-13.

Jae Manoja. Seorang lelaki yang aku boleh perincikan dirinya dengan satu perkataan, hantu. Kulitnya cerah pucat ditambah lagi dengan mata dan rambutnya yang putih belaka. Sudahlah dia juga sering tersenyum!

Grrrr, aku terasa nyeri sehingga tulang belakang! Namun, nasiblah senyumannya terlihat baik dan ramah tidak seperti rakan meja sebelahnya, tak lain tak bukan iaitu Gabriel!

Velerie Frost, seorang gadis yang kelihatan garang dek kerana warna rambutnya merah.

Aravah dan Aravaa, sepasang kembar seiras yang merupakan pelajar aliran seni.

Kemudian aku bersemuka dengan...

Yuka Ruisard,

Bo Edae,

Mungagee Banujeyan,

Agus

dan Katsura Katasue.

Cukup 13 orang, kecuali pelajar yang nyenyak tidur itu. Bersumberkan Elodie selaku Presiden Kelas, dia memberi tahu aku namanya iaitu Nash Agureyev dan juga seorang lagi pelajar yang sentiasa hilang entah kemana.

Sesudah itu, kerana agak penat dan alang-alang sekarang ini adalah waktu subjek Matematik namun, guru subjek tidak dapat menghadiri kelas kerana masalah cirit-birit aku melentokkan kepala ku dia atas meja.

Pada awalnya wajahku menghadap dinding namun setelah seketika aku akhirnya berpaling ke arah kiri.

Fuck.

Sekali lagi mataku bertemu dengan mata yang semerah delima itu. Hah! Sejujurnya aku tak boleh melupakan matanya kerana agak jarang aku bertemu dan mengenali orang bermata merah. Mungkin..ada tapi tidak semerah ini

Matanya sepet dan tajam di bahagian sisi, seperti musang. Emmm, tak mustahil kerana nama akhir dia pun ialah Akane..mungkin dia ni adalah waris keturunan dari penduduk lama asia timur?

Lama juga aku bertentangan mata, tidak pula aku cuba untuk lari. Entah mengapa.

Sehinggalah..

"Fucking disgusting....a moron and a dumb newbie are catching feelings."

Apa? Mata aku terbeliak mendengar patah-patah perkataan yang tajam dan tak masuk akal itu.