Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Koleksi & Kompilasi Mini Cerpen Cinta Ala² Anime Jepun

🇲🇾MF_Omar92
--
chs / week
--
NOT RATINGS
11.9k
Views
Synopsis
Garapan ringkas karya-karya dalam satu senaraian... Hanya hiburan semata-mata... Tiada kena mengena yang hidup atau yang sudah meninggal dunia... Selamat membaca!!!
VIEW MORE

Chapter 1 - HoloLive Cinta Kita

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi aku untuk menjunjungi laman sesawang Virtual Streaming apabila aku kelapangan. Kebiasaan itu juga di kongsi oleh teman serumahku yang sama-sama bekerja di pinggir kotaraya. Virtual Streaming merupakan satu platform di mana para sosialista di ruang legar alam maya saling berhubung sesama mereka. Dengan menggunakan Animasi 3D yang di olah dengan sangat rapi, platform komunikasi siber serba canggih itu mendapat tempat di kalangan anak-anak muda pada masakini.

Aku yang tidak mahu ketinggalan turut serta bersama temanku itu walaupun kami berdua agak berumur untuk bersosial sebegitu rupa. Pada mulanya, aku agak kekok kerana aku tidak biasa dengan tatacara penggunaan. Begitu juga dengan teman serumahku. Lama-kelamaan, aku makin mahir, hasil perkongsian kenalan di platform itu. Itu mempermudahkan aku mengurus akaun dan karakter yang telah aku sendiri rekakan.

Setiap pengunjung dan streamer boleh berinteraksi sesama mereka di dalam satu siar langsung walau di mana mereka berada. Hanya berbekalkan telefon pintar dan anda bersedia untuk berkomentar, memberi tanda suka dan menjadi pengikut sesama sendiri. Bagi aku ini terlalu baru tetapi aku takkan jadikan alasan untuk menokah arus kemodenan semasa.

Teman serumahku memandang aku yang tersenyum sendirian sambil aku melayan para penonton yang sedang berborak denganku. "Wah, wah; wah. Bukan makin lebar senyuman kau, kawan; dah macam kambing gurun aku nengok..." Aku tersedar dan memandang semula temanku itu seraya berkata. "E-leh, kau pun apa kurang; Nichole. Dalam diam; terkekeh-kekeh dalam bilik. Takka saja..." Nichole terdiam. Dia senyum-senyum tawar bila aku kata begitu padanya.

Nichole yang berasal dari Selatan memang begitu orangnya. Walaupun suka menyakat, tapi dia baik. Kami dah kenal bertahun semenjak bekerja di tempat yang sama. Cuma aku di bahagian pejabat dan dia pula di bahagian penyelenggaraan. Syarikat yang di beri nama Agensi Hiburan Terkini selalu mengetengahkan segmen-segmen menarik di dalam portal majalah elektroniknya. Agensi ini yang di ikuti hampir berjuta orang juga telah menjana keuntungan bersih tahunan yang lumayan dengan meletakkan pelbagai lingkup pengiklanan tetap dan langganan istimewa pada kadar yang sangat berbaloi.

Walaupun begitu, gaji aku tidak sama seperti Nichole; kerana kepakarannya dalam selenggara jentera dan kemahiran peranti sungguh di pandang tinggi pihak pengurusan. Aku tak merasa iri malah aku amat berterima kasih kerana dia sudi tinggal bersama. Dia pun banyak menguruskan hal ehwal rumah dan aku hanya menambah apa yang kurang. Sebab tu aku selesa duduk bersama di rumah sewa ini.

"Sherina; kau mengelamun apa lagi tu? Kau kan kena siapkan artikel kau untuk di terbitkan sebelum tarikh mati pada Rabu ini???" A-ah la! Baru aku teringat, pihak penerbitan sudah meminta aku siapkan artikel itu secepat mungkin kerana penting. Dengan nada malas, aku membalas. "Kau ni Nichole; bagi la aku layan satu Hololive dulu. Bila habis nanti; aku janji, aku siapkan..."

"Janji???"

"Ya, aku janji..."

Nichole mengela nafas panjang. Lalu memberikan senyuman nipis kepada aku. "Nanti aku akan periksa artikel kau bila kau mula mengarang nanti..." Dia berlalu pergi ke ruang makan, meninggalkan aku di ruang tamu dengan kaca televisi di tutup segera.

---

Hololive itu bahasa mudah untuk aku ringkaskan apa itu fungsi laman Virtual Streaming. Jika dulu, aku hanya mampu bermimpi jika aku pun dapat membuat siar langsung dengan gaya begitu. Laman Virtual Streaming telah memudahkan aku untuk itu dan aku semakin seronok menggunakannya.

Hari ini, aku memulakan siaranku pada kadar durasi setengah jam selepas avatar karakterku di gubah cantik-cantik seperti yang aku mahu. Dengan pakaian sekolah serba hitam, sepasang mata bundar seputih salju dan rambut panjang menggerbang berwarna merah terang, aku namakan karakterku Iena Eryana yang berwatak seakan budak-budak.

Aku yang lebih selesa berborak di ruang komentar dan menayang tontonan video berkala sambil menutup fungsi mikrofon kerana tidak mahu merasa terganggu. Walaupun tidak di pinta untuk berkata-kata di sepanjang siar langsung aku itu; rata-rata penonton sangat memahami privasiku. Itu menyenangkan hatiku sebenarnya. Hingga seorang dengan nama Sam Tagaya menegurku.

"Aduh, comel sungguh Iena ni. Nak culik; boleh???"

Erk, seram sejuk aku nak membalas. "Dah la comel; peramah lak tu. Nak berkenal..."

Aku hanya mengalih perhatian hatiku kepada orang lain dan itu membuat Sam agak terkilan. "Takpala Iena tak mau layan Sam. Iena sombong..."

Dia terus hilang dari senarai penonton dan itu agak melegakan hatiku untuk seketika waktu. Aku detak dalam hati. Gila mana pula yang datang tiba-tiba ganggu aku ni??? Dah la tak kenal, kata aku sombong kot atas. Masalah; masalah.

---

Selang tiga hari ke hari Selesa, aku sudah siapkan artikel yang di pinta dan Nichole sangat berpuas hati dengan hasil akhirnya. Tak perlu di sunting dan di kurangi apa-apa lagi. Pihak penerbitan dan pengurusan dengan senang hati memberikan aku pelepasan untuk berehat awal dek kerana itu. Tanpa penangguhan, aku segera memanfaatkan kesempatan yang ada.

Laman sesawang Virtual Streaming aku kunjungi dari tab dan aku terus berHololive dengan kadar segera. Kali ini aku tetapkan durasi kepada 1 jam dan sudah ramai penonton dan kenalan menyertai siaranku. Aku mula berkomunikasi seperti biasa, sehingga dia muncul; ya, dia...

"Hai Iena, Sam di sini. Dah lama tunggu Iena nak streaming..."

Detik ini, aku tidak mendiamkan diri. Aku membalas semula mesejnya dengan emosi yang kurang senang. "Awak ni kenapa? Tak ada orang lain nak ganggu? Apa yang awak nak dari saya; hah?!"

Sam dan para pengunjung siar langsungku agak terkejut bila aku menghemburkan kata-kata itu secara terbuka. Rating aku mula jatuh dan tontonan siarku berkurangan sedikit demi sedikit. Mereka semua tidak menyangka yang aku berubah mendadak seperti itu sekali.

Aku tanpa banyak bicara, aku terus menamatkan streaming aku itu dan ramai kenal aku menghujani aku di ruang mesej peribadi dengan pelbagai pertanyaan. Tak terlepas dari ramai-ramai, dia lagi; Si Sam tu. "Tak cukup ganggu saya lagi?!".

Sam membalas ringkas. "Sam mintak maap..."

Dia menyambung. "Sam sebenarnya masih baru di sini dan Sam seorang loner. Tujuan Sam di sini untuk memberanikan diri mencari teman untuk berkenalan dan bersembang-sembang..."

Aku terkeda bila Sam memberi ujaran itu. Sama seperti aku di masa lalu dan aku rasa sendu untuk membalas kembali. "Maap kalau Sam selalu ganggu Iena. Lepas ni, Sam akan deaktif Virtual Streaming Sam..."

N-nanti!!!

"Iena???"

Aku melafazkan kejujuranku kepadanya. Nafasku tarik dalam-dalam. "Kalau Sam jujur dari awal pada Iena; sudah pasti Iena takkan salah sangka pada Sam. Iena mintak maap..." Sam terdiam untuk seketika dan itu menambah kesal aku terhadapnya. "Baiklah kalau begitu. Sam paham. Sam maapkan Iena..."

Aku rasa tenang kembali setelah Sam menerima permohonan maaf dariku. "Salam kenal, saya Sam; Samuel Tagaya..."

"Iena, Sherina Leesyana. Salam kenal juga..."

---

Semenjak hari itu, aku lebih mengenali siapakah gerangan Sam Tagaya ini. Dia menceritakan yang dia anak yang tengah dari lima beradik. Berdarah kacukan Eropah-Jepun, dia lebih selesa mengguna bahasa Melayu untuk berbicara. Katanya, dia membesar di Timur negara dan sudah biasa berbicara dalam bahasa tempatan.

Lanjut dia lagi, kerana dia yang tengah; Sam tidak di letakkan sebarang harapan atau tanggungan. Dia boleh memilih apa yang dia mahu dan apa yang dia ingin. Keluarga sangat menjaga dirinya dan itu menyebabkan ruang sosialnya dengan dunia luar sangat terhad.

Sehinggalah dia bertemu laman Virtual Streaming. Dari situ dia mula untuk mengurangkan had yang bebaninya. Aku sangat bersimpati dan hatiku terdetik sesuatu. Aku tidak tahu apakah itu. Kenapa perasaan aku jadi tak menentu? "Iena..."

"Ya Sam, ada apa???"

"Suah lama Sam simpan perkara ini. Tapi tidak untuk satu jangka masa lagi..."

Hatiku berdebar. "Apa maksud Sam???"

"Sudikah Iena menjadi kekasih Sam???"

"A-apa?!" Terkejut aku bukan alang kepalang. Dalam rasa terkejut yang belum surut, aku lurut-lurut dadaku untuk kembali bertenang. "Sam tak main-main kan???" Akhirnya Sam mengongsi beberapa keping gambar peribadinya kepadaku.

Rupa-rupanya, dia seorang anak ternama. Punya rupa paras yang bagus dan berpendidikan tinggi. Ya Tuhan, aku terkelu tanpa kata bila dia sebegitu berani untuk menjadikan aku kekasihnya.

"Sam sudah bersedia demi perhubungan kita. Iena pula???"

Aku pantas membalas. "B-beri Iena sedikit masa ya..."

---

Seharian aku terperuk di dalam bilik, kejanggalan itu di rasai Nichole dan teman serumahku itu pinta izin untuk bertemu. "Kau tak seperti selalu aku nengok, Sherina. Kenapa???"

Aku tunjukkan mesej peribadi antara aku dan Sam. Nichole terperanjat besar dengan apa yang dia baca dan dia lihat. "Kau biar betul?!"

"Kenapa???"

"Samuel Tagaya, anak ketiga dari pasangan konglomerat komunikasi dan multimedia terkenal di Jepun dan Eropah. Nilai aset kekayaan keluarganya berjumlah kira-kira 500 juta Euro! Sherina, kau sangat bertuah!!!"

A-apa?! Keluarga Sam sebegitu kaya?! Aku terkedu dan segera mencapai telefon pintarku. Laman sesawang Virtual Streaming aku kunjungi dan ternyata Sam sudah lama menantiku. Aku di biarkan Nichole sendiri dan aku mula berinteraksi secara privasi dengannya.

"Sam, Iena terima Sam bukan kerana paras rupa; harta atau kebijaksanaan Sam. Tetapi kerana Sam ikhlas dan jujur pada Iena..."

"I-Iena..."

"Mulai hari ini, janji pada Iena; panggil Iena, sayang. Ya; abang???"

"Baik, sayang..."

-Tamat-