♡Love After Met♡
Akif merenung mata Sara. Tanpa menjawab pertanyaan Akif, Sara cepat beredar dari situ dan terus pulang ke rumah kerana berasa malu dilihat oleh ramai pelajar yang berada di situ.
"Akif !, jom ah". Kawan rapat Akif, Aiden memanggil Akif.
"Ha iya aku datang".Akif pun turut pulang ke rumah bersama Aiden. Sara di rumahnya masih lagi memikirkan tentang kejadian yang berlaku antara dia dan Akif siang hari tadi.
"Haih, apa kau buat ni Sara, malu tau tak malu. Ish! ni semua salah lelaki tak guna tu".
Sara berasa geram terhadap apa yang berlaku tadi. Lain pula Akif, dia berasa tidak puas hati kerana belum mendapat jawapan untuk soalan yang dipertanyakan kepada Sara.
"Hmm, aku memang rasa yang aku pernah jumpa dia, tapi kat mana eh". Bisik hati Akif.
"Ehem, kau ok tak ni Kif, dari tadi aku perhati macam ada something yang kau tengah fikir".Aiden menegur Akif yang dari tadi tidak berhenti memikirkan tentang Sara.
"Ha, tak ada apa lah, aku cuma fikir pasal kita punya science project untuk minggu depan tu ha". Akif berpura-pura.
"Eh, science project tu kan dah lepas, kau demam ke apa ni. Ha aku tahu, kau mesti tengah fikir pasal Sara budak Kolej Citra tu kan ?". Aiden cuba mendapatkan kebenaran.
"Dahlah, aku nak tidur, esok nak tolong mak ngah kat kedai". Tanpa menjawab pertanyaan Aiden, Akif terus tidur dan Aiden masih lagi berasa aneh.
"Hm, ada orang tengah angau cinta, lari ". Aiden lari keluar dari bilik selepas berkata begitu pada Akif.
Keesokan harinya.....
"Ha Akif sampai pun kamu, ingatkan tak nak tolong mak ngah harini". Mak ngah Kiah menyapa Akif.
"Eh, tak adalah sampai macam tu ibu, tadi Akif hantar Aiden pergi mall jap". Akif memberi penjelasan.
"Ouh, ha cepat tolong ibu alihkan meja-meja tu,sekejap lagi ada orang datang nak tolong ibh juga. Boleh lah ibu kenalkan korang". Mak ngah Kiah memberitahu Akif bahawa akan ada orang yang mahu berkunjung ke kedai makan kepunyaannya. Akif tidak berkata apa -apa, akan tetapi dalam hatinya mengatakan sesuatu.
"Hm pelik, siapa pula nak datang tolong eh" . Dua puluh minit berlalu, kelihatan kelibat seorang perempuan berjalan keluar dari kereta Honda lalu menuju ke Restoran D'Selera Mak Ngah.
"Assalamualaikum". Orang tersebut memberi salam.
"Waalaikumsalam, sampai pun kamu Sara". Orang yang ditunggu itu rupanya Sara.
"Jalan sesaklah mak ngah, itu yang lambat sikit sampai".
"Ha, boleh geng la kamu dengan si Akif tu, sama je lambat.". Mak ngah menyamakan Sara dengan anak lelakinya, Akif. Sara pula dalam hati berkata.
"Akif ,tu bukan ke mamat poyo dari Kolej Angsana tu? ". Sara amat kenal dengan nama yang disebut oleh mak ngah Kiah itu. Akif pula yang baru keluar dari bilik air, dengan perlahan berjalan dengan perlahan menuju ke kaunter restoran. Sara berada di pintu masuk Restoran D'Selera Mak Ngah menyambut pelanggan yang datang untuk makan di situ.
"Hai, selamat datang". Suara lembut yang keluar dari mulut Sara menyapa pelanggan dengan sopan. "Ibu, tu ke orang yang ibu kata tu? ". Akif menanyakan soalan kepada mak ngah Kiah. "Iya, nama dia Sara". Mak ngah menjawab pertanyaan Akif.
Akif pula yang teringat dengan nama yang disebut mak ngah tadi. Akif meneruskan kerjanya tanpa menyoal mak ngah lagi. Keaadan yang amat sibuk & sesak kerana kunjungan pelanggan yang ramai di restoran tersebut membuatkan Akif ,Mak Ngah Kiah & Sara amat keletihan. Mana tidaknya, mereka bertiga tidak dapat duduk berehat dek kerana kehadiran pelanggan yang luar biasa pada hari ini.
Pukul 8 malam…
"Alhamdulillah, dah boleh rehat". Luahan Akif. Mereka bertiga mengemas dan membersihkan restoran sebelum menutupnya. Setelah habis mengemas, Mak Ngah Kiah memanggil Akif & Sara. "Akif, Sara, sini jap". Akif dan Sara terus datang ke Mak Ngah. "Iya mak ngah, ada apa?". Sara bertanya. "Mak ngah tak sempat nak kenalkan kamu berdua hari itu". Mak ngah Kiah mahu mengenalkan anak lelakinya pada Sara. Kedua-dua mereka masih lagi berasa aneh dan ingat-ingat lupa antara satu sama lain.
"Ha Akif,Sara, kamu berbuallah dulu. Mak ngah nak pergi dapur jap". Mak ngah meninggalkan mereka berdua di kaunter depan sementara mak ngah pula ke dapur untuk mengambil barang. Sara mula berasa segan, mana tidaknya, anak lelaki mak ngah Kiah yang nampak tampan itu betul-betul berada di hadapan Sara. "So....hai, saya Akif". Akif menyapa Sara sambil menghulurkan tangan. "Sorry, tak boleh sentuh. Nama saya Sara". "Ouh, nice to meet you ".
Akif tidak tahu apa yang dirinya mahu katakan. "Akif, bukalah face mask kamu tu, mana adab ni". Mak ngah Kiah menyuruh Akif membuka pelitup mukanya. Akif perlahan-lahan membuka pelitup mukanya. "Ehem". Akif bersuara perlahan memberi isyarat. "Awak rupanya! ". Sara dengan nada suara yang lantang menyergah Akif.
"Ha betullah... awak yang buat saya jatuh pastu sambut saya masa karnival kat kolej saya haritu kan? ". Sara dengan laju menanyakan soalan untuk kepastian. "Iya, saya lah tu". Akif menjawab pertanyaan Sara dengan nada suara yang perlahan. "Eee, macam mana lah saya boleh jumpa awak ni". Sara membebel panjang sementara Akif pula tersenyum memandang Sara. "Takdir rasanya". Akif menjawab. "Ha,takdir. Awak ingat ni drama cinta ke apa, terlanggar kat tangga, jatuh & awak tolong angkat, kita kenalkan diri semua tu". Sara membebel lagi.
Bosan mendengar Sara membebel. Akif cuba menukar topik. "Awak nak tahu tak? ".
"Tahu apa?" Sara menanya semula. "Saya ada tersuka seorang pelajar dari kolej awak tu". Akif mula meluahkan. "Dia rapat sangat dengan awak, mana-mana je awak pergi mesti dia ada". Akif memberi petunjuk. "Miera ke?" Bisik hati Sara. Akif masih lagi tersenyum manis sambil memandang Sara. "Sara, Akif. Jom balik". Mak ngah Kiah keluar dari dapur.
"Ok mak ngah". Sara menjawab. "Awak balik drive sendiri je ke malam-malam ni?" Akif bertanya. "Iyalah, kenapa? ". Sara mengajukan soalan kepada Akif semula. "Mak ngah rasa, lebih baik & selamat kalau Sara pulang dengan Akif. Sudah lewat ni, takutlah kalau jadi apa -apa nanti". Mak ngah Kiah risau jika Sara pulang sendiri. Sara pula berasa. "Sara balik dengan mak ngah la". Sara mengelak. "Kereta mak ngah penuh ,kalau Sara nak duduk kat tayar boleh je". Mak mengusik Sara.
Sara berasa amat segan kerana terpaksa pulang ke rumah dengan Akif. Nak mahupun tidak, tetap harus bagi Sara untuk pulang ke rumah bertemankan Akif. Suasana di dalan kereta Akif hanya kedengaran bunyi enjen dan penghawa dingin. Kedua-dua mereka senyap sahaja. "Hm Sara. Awak boleh tolong turn on radio untuk saya tak? ". Akif mulakan perbualan dengan meminta Sara menghidupkan radio. "Eh, dah kenapa, tangan awak dah patah ke?" Sara bertanya semula dengan sengaja mengajukan soalan begitu kepada Akif. "Hm, please..... ". Akif merayu. "Ish, yela"
Radio dihidupkan. Kedengaran lagu kegemaran Sara sedang dimainkan. Akif sekali lagi tersenyum melihat gelagat Sara menyanyikan lagu yang dimainkan di radio. "Awak suka lagu-lagu pop eh? " Akif bertanya. "Iya, bukan tu je, lagu balada & hip hop pun sama juga". Selepas berada di atas jalan raya selama 15 minit, kereta yang dipandu Akif sudah sampai di hadapan rumah Sara. "Awak tinggal kat rumah sorang-sorang ke? ". Akif bertanyakan soalan lagi dengan penuh rasa risau. "Seminggu ni saya sorang je sebab ibu ayah saya ada kat kampung melawat nenek saya". "Ouh. Awak tak takut ke sorang-sorang je. Nanti kalau ada apa-apa jadi macam mana.Contohnya,ada hantu. Ha macam mana? ". Akif terlalu risau tentang Sara dalam masa yang sama dia menakut-nakutkan Sara.
"Eleh, hantu mana berani nak kacau saya". Sara menjawab dengan bangga. "Iyela, pergi masuk cepat". Sara melangkah masuk melalui pagar rumahnya. "Eh, awak! ". Sara memanggil Akif. "Iya kenapa? ".
"Terima kasih sebab sudi hantar saya balik". Sara berterima kasih. "Iyela, sama-sama". Akif menjawab.
"Ha lagi satu. Siapa kawan saya yang awak suka tu? "
Sara menanyakan soalan kepada Akif tentang pelajar perempuan yang disebut oleh Akif semasa di restoran tadi. "Saya pernah terserempak dengan dia kat tangga kolej awak. Awak rasa siapa? ". Akif memberi petunjuk. "Saya ke? ". Sara bingung seketika.
Akif hanya mengangkat bahu dan terus beredar dari perkarangan rumah Sara dan Sara pun masuk ke dalam rumah. "Siapa agaknya, kenapa aku rasa macam dia syok kat aku eh? "
BERSAMBUNG
♡Love After Met♡