Di subuh hari yang disahut dengan kicauan burung-burung.Seorang lelaki bergegas mempersiapkan dirinya untuk pergi ke sekolahnya.
Nafis:Mak,Nafis nak pergi ke sekolah dah ni.
Puan Rafidah yang merupakan mak kepada Nafis pantas membuka langkah menuju ke arah anaknya.
Puan Rafidah:Baiklah,belajar elok-elok.
Hati-hati bawa Basikal.Nak
melintas jalan tengok kiri kanan.
Nafis:Baiklah mak,Nafis pergi sekolah dulu ya.
Nafis menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan maknya(Puan Rafidah)sebelum berangkat ke sekolah.Selepas siap bersalaman,Nafis segera mencapai basikalnya dan mengayuh basikalnya keluar dari taman peremuhannya.
Sambil mengayuh basikalnya Nafis seperti biasanya menilmati keindahan alam yang berada di sekitarnya sambil menyanyi. Nafis merupakan seorang pelajar yang berumur 15 tahun.Sejak kecil dia tidak pernah mempunyai sahabat.Di masa kecilnya dia sering dibuli.Tetapi sejak umurnya mencecah 13 tahun,Alhamdulillah dia telah mempunyai 2 orang kawan baik yang bernama Zaim dan Adnan.Nafis,Zaim dan Adnan selalu bersama walaupun kemana sahaja mereka berada.
Setiba sahaja di pintu pagar sekolah,Nafis turun dari basikalnya dan menuntun basikalnya menuju ke tempat parking motosikal.Nafis mengunci basikalnya di tepi tiang supaya tidak di curi.Nafis segera berjalan menuju ke tangga sekolah untuk naik ke kelasnya.