Kisah perkenalan Nur dan Hazri pada tahun 2009.

Nur_Hidayah_Noniey
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 2.3k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Pengenalan

Di kawasan letak kereta berhampiran bangunan Mahkamah Kota Bharu, kelihatan sebuah kereta Perodua Kenari berwarna merah. Didalamnya kelihtan sepasang kekasih yang sedang melayan perasaan hati masing-masing. Mata perempuan itu kelihatan basah kerana menangis. Yang lelaki pula turut menangis.

"Abang, ayang minta maaf banyak-banyak. Ayang tak boleh teruskan lagi hubungan ni. Cukuplah setakat ini. Ayang dah frust sangat dengan abang." kata si perempuan.

"Tolonglah bagi abang peluang. Abang terlalu sayangkan ayang. Abang dah bagitau kan, perempuan tu cuma client dan kawan abang. Tak lebih dari tu. " jelas lelaki itu.

"Takpelah abang. Tak perlu jelaskan lagi. Ayang dah kecil hati sangat dengan abang. Setakat ni jer hubungan kita Rino. Awak hidup lah dengan cara awak. Saya dengan cara saya." rintih perempuan yang bernama Nur itu. Nur dah cukup terseksa dengan janji palsu dan penipuan seorang lelaki. Nur pasrah dan redha mungkin tiada jodoh antara mereka lagi.

Bermula dari hari itu, berakhirlah sebuah hubungan yang telah dibina selama 3 tahun. Nur kembali single dan meneruskan hidupnya dalam kenangan manis bersama Rino. Begitu susah untuk Nur melupakan Rino.

Setelah beberapa bulan, Nur mula mencari sesuatu yang boleh membuatkan dia gembira dan melupakan bekas kekasihnya itu. Sekitar tahun 2009, ada satu laman web untuk wanita dan lelaki berkenalan. Tagged.com adalah laman web yang banyak membuatkan Nur gembira kembali. Ramai orang yang Nur kenal melalui Tagged.Com ini termasuklah seseorang yang Nur tidak menyangka akan menjadi istimewa dalam hidup Nur.

Di suatu petang hujung minggu, Nur tidak keluar ke mana- mana. Lalu Nur melayan Tagged.Com untuk menghilangkan rasa bosannya. Tetiba dia menerima satu love dekat gambarnya. Beserta dengan komen "Cantiknya mata dia"...Nama profil yang komen gambar dia adalah Jack Crue. Nur terus ke profil Jack Crue dan terus meneliti maklumat pemilik akaun tersebut.