Seharian mereka memulakan kembali sesi persekolahan,masing-masing mengeluh mendengar assignment terkini mereka. tugas-tugas wajip untuk semester ini. ramai yang memikirkan duduk dalam aliran seni mudah. walau mereka jarang bertemu buku namun tugasan mereka bukan mudah.
" mana nak dapat dan nak tengok senibina artistic..." rungut marya kembar kepada mary ann. dia menutup buku nota kecilnya. kepala diletakkan ke atas meja. masing-masing mengeluh.
" artistik...." jeda sandee. dia pun pening.
" tanya lah encik gloo..gloo.." saran mary ann. rasanya antara mereka,mary ann lah yang mempunyai otak proaktiv. yang lain semua sibuk dengan masalah sendiri. masalah cinta. otak tepu.
lisa yang sedari tadi mendiamkan diri di suatu sudut,sibuk dengan telefon bimbitnya. mengadu mengenai masalah pembelajaran dan assignment-nya kepada iskandar.
" lisa....ooooo...lisa..." laung gina kuat. seolah-olah cempaka itu jauh duduknya.
" ha...ha.....apa????" balas lisa juga, dalam nada melaung juga. rakan-rakannya itu tidak boleh melihat dia senang.
" sini... kita nak bincang pasal asignment ni.." ajak gina menarik kerusi untuk lisa duduk.
" sekejap.. "
iskandar melihat luar jendela kelasnya. satu persatu pesanan lisa dibaca. nombor telefon johari didail.
" joe.. tolong cari data yang saya berikan kepada kamu dalam masa 30 minit .." arah iskandar. kalau ayahnya dapat tahu dia pergunakan pembantu peribadinya untuk mengambil hati sang kekasih,pasti gawat. mahu ayahnya membebel sepanjang minggu.
" baik tuan is.." johari yang tidak tahu apa-apa mematikan talian dan memulakan pencariannya. 30 minit masa diberi. gila agaknya iskandar ni.
" dekat pulau 5 ni kan.. mana yer nak dapat tengok senibina artistik?" tanya johari kepada setiausaha sulit tuan ismeth. mimi.
" pulau 2.. dekat kota megah... kawasan itu terkenal dengan senibina moden dan artistik." seperti biasa,mimi yang terkenal sangat efisien dalam menjalankan tugasnya,tidak sampai 30 minit,johari sudah dapat jawapannya.
johari memetik jarinya. hatinya sudah melompat riang.
" terima kasih sis mimi..."
mimi tergeleng kepala melihat tingkah johari yang muda 20 tahun daripadanya.
" sis mimi...ermm.. macam mana sis mimi boleh tahu??" soal johari tiba-tiba. mana tahu iskandar tanya nanti,senang dia nak menjawap. harus beserta kenyataan yang kukuh.
" projek empire kan.."
johari menepuk dahi. bagaimana dia boleh terlupa berkenaan projek empire group.
johari dengan kesal melangkah ke mejanya untuk menghubungi iskandar.
lisa menuruni tangga satu persatu. dia dalam perjalanan ke kelas solekan dan dandanan.tangan kirinya menjinjit bekas alat mekap yang dihadiahkan oleh mary ann sewaktu ulang tahun kelahirannya tahun lepas.
" hello senior... nak saya bantu??" tegur pelajar lelaki daripada kelas pertukangan. lisa menggeleng,meneruskan langkahnya tanpa menoleh.
" apa tu..?" ucap lisa lebih kepada diri sendiri melihat ramai kaum gadis terintai-intai di balik tingkap kelas memanah. apa yang menariknya di situ. lisa pun turut serta mengintai.
" ada apa??" tanya lisa yang turut menyebok sekali.
" kami tengah tengok senior kelas sains dengan kelas kejuruteraan lawan memanah." dengan teruja seorang pelajar junior yang memakai baju kelas sains bercerita kepada lisa.
" owhhh... " lisa turut memanjangkan lehernya, terjongket-jongket,ingin melihat sendiri apa yang sangat mengujakan sekadar memanah. dia pun pandai memanah juga. arwah datuknya satu ketika dahulu meletak buah oren di atas kepala didi dan menyuruhnya untik membidik. lepas ok. didi nyaris-nyaris terkencing dalam seluar.
setelah hampir seminit menolak satu persatu orang,lisa akhirnya maju ke depan tingkap.
lisa melihat zackry sedang membidik busurnya ke papan mata.
" kiri sikit.." auto mulut lisa berkata.
semua mata memandang lisa. oppsss..
menyedari dirinya jadi tumpuan. lisa.menutup mulutnya. didi yang kebetulan menjadi penonton,mengerut dahi melihat adik bongsunya yang menyibuk di situ. iskandar juga ada.
zackry mengubah haluan bidikannya mengikut kata-kata lisa dan...
" yessss... sharp.." suara zackry mengubah suasana janggal. semua kembali menumpukan perhatian pada papan mata. tepat.
lisa mengambil kesempatan untuk berundur di sebalik kesesakan.
"mana nak lari.." tegur didi menarik jaket lisa dari arah belakang.
" arghhh.. ada kelas...lagi seminit nak start ni.." bohong lisa. padahal ada lagi 15 minit. teknik melarikan diri daripada didi.
" dah tu.. macam mana boleh singgah dekat sini?" soal didi lagi. risau kalai adiknya sengaja lari ponteng kelas.
" tengok orang ramai tadi singgahlah.. nak tahu.. kenapa.." betullah.
" hurmm.. " didi melepas jaket lisa.
" senior is.... " sapa satu suara lembut.
lisa yang ingin melangkah terhenti. dia dan didi menoleh melihat gerangan empunya suara.
" senior.. saya peminat senior.. saya belikan ini sewaktu bercuti di jepun." seorang gadis anggun berwajah ayu,menyerahkan bungkusan cantik berhias ribbon kepada iskandar.
iskandar serba salah pula ingin menyambut huluran itu. lisa pula memandangnya seperti ingin menelan.
"senior.." panggil gadis itu lagi.
lisa melihat iskandar dengan pandangan kau ambil aku mengamuk.
iskandar memusing tubuhnya untuk berlalu.
"senior..senior.." panggil damya. gadis ayu daripada kelas drama dan tarian.
" orang dah taknak tu jangan dipaksa..." sinis ucapan kata-kata terbit dariapda mulut lisa.
" jadi perempuan tu cuba bermaruah sikit. jangan terkejar-kejar lelaki.." sambung lisa lagi. marah dan cemburu bergabung. iskandar senyum dalam hati meneruskan langkahnya yang terhenti mendengar kata-kata lisa.
damya mengebam bibirnya. wajahnya sedih. salahkan dia memberi hadiah kepada senior kegemarannya. dia melihat lisa yang anggun berdiri di sisi didi.
lisa membalas pandangan damya.
" dah..dah.. jangan menyebok hal orang.." halau didi kepada lisa. risau pula dia melihat lisa yang tiba-tiba naik angin.
lisa berlalu.laju berlari mengejar waktu kelasnya.
didi mengambil bungkusan di tangan damya dan lantas berlalu tanpa pedulikan lagi pada damya.
damya yang ditinggalkan terasa ingin menangis. ramai pula yang sempat melihat iskandar tidak mengambil hadiahnya. arggghhh malunya.. jerit hati damya berlari menuju ke kelasnya.
' kalau i dapat tahu u ambil hadiah tu.. i suruh orang potong kaki budak tu'
iskandar membaca pesanan yang dihantar lisa dengan senyum.
' i tunggu i dekat pagar belakang after last class'
lisa senyum membaca balasan iskandar.