Chereads / TONGKAT CINTA / Chapter 1 - Bismillah

TONGKAT CINTA

🇲🇾nafil_naufal_baru
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 2.3k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Bismillah

5 JUN 2001 (Hospital Sabak Bernam)

Di keheningan pagi burung-burung sudah lama berkicauan, Langit biru mula kelihatan tanda. Siapa yang bergelar manusia mereka akan bangun dipagi hari. Semuanya sama sahaja. Haiwan dan manusia bangun di pagi hari dengan satu tujuan yang nyata. REZEKI. Rezeki perlu dicari namun rezeki tidak pernah salah alamat. "Hmmm maaf puan. Anak dalam kandungan puan dah lebih 9 bulan puan. Mengikut kebiasaan hospital, puan perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan anak puan." Doktor Aziz berbicara kepada seorang ibu yang sarat mengandung anak pertamanya. Aisyah tidak mahu kelahiran anaknya itu secara tidak normal. Jika dia dibedah maka kelahiran anak seterusnya perlulah dibedah juga dan tidak boleh melebihi tiga kali beranak. Aisyah muram, mukanya masam menghadap suaminya. " Dinda kenapa ni?" kata Alif sambil termengah-mengah kerana dia terlewat untuk melawat isterinya di hospital. Alif merupakan seorang peniaga biasa yang menjual pelbagai aneka apam balik di tepi jalan. Jualannya boleh dikatakan laku keras namun pada hari itu kehadiran pelanggan terlalu ramai disebabkan itu dia terlewat. Aisyah menjawab pertanyaan Alif suami kesayangannya, "lagi 3 hari lagi kanda." Alif keliru apakah yang dimaksudkan tiga hari itu. Mukanya seakan-akan berfikir tentang sebuah masalah besar yang melanda dunia. Aisyah melihat muka kandanya itu dan tergelak. Dia terus memeluk suaminya itu dan berkata "Doktor kata lagi 3 hari awak bergelar seorang ayah". Suaminya tersenyum lalu mengenggam tangan isterinya dengan erat "Dinda, dinda kena memanusiakan manusia. Jaga anak kita baik-baik yee". Air mata suaminya mengalir deras sehingga terkena pipi Aisyah. Aisyah membuka matanya. Fikirannya bercelaru kerana baru sahaja bangun dari tidur. Dia tertidur di atas katil wad kerana terlalu lama menunggu suaminya datang melawatanya. Tiba-tiba mata Aisyah tertumpu kearah sebuah television yang sedang memaparkan berita terkini. Aisyah melihat ada berita tentang insiden yang dasyat namun korbannya hanya seorang sahaja. Ketika pemberita ingin menyebut nama mangsa korban, alangakah terkejutnya ibu mertuanya datang sambil tersenyum manis. "Assalamualaikum Aisyah manis" ujar mama Latifah atau selalu dipanggil dengan gelaran mama Fah. Aishah membalas dengan senyuman dalam masa yang sama dia merasakan ada benda yang aneh. " Mama, ermmm mana Alif" pertanyaan Aisyah kepada mama Fah. Kelihatan mama Fah tersenyum tenang menjawab "sekejap lagi dia datang ye sayang, katanya dia sibuk sikit hari ni." Mama Fah cuba untuk mengalih perhatian Aisyah dengan bertanya " Aisyah sayang, meh makan. Mama masak makanan special untuk Aisyah tau. Ada tempe goreng ade ikan masak singgang. Meh mama suap yee". Mama Fah mengetap bibirnya seolah-olah mahu menangis. Aisyah perasan bahawa mama Fah sengaja menyorokkan sesuatu daripada Aisyah. Aisyah menatap muka mama Fah. "Mama, kenapa ni? Mama macam nak nangis je. Aisyah ada buat silap ke mama?". Keadaan mula menjadi sayu namun mama Fah dengan pantas menghulur sesudu nasi yang telah dicampurkan dengan ikan kembong masak singgang yang sangat mengiurkan. " Aisyah sayang, meh makan. Tu anak kamu dah terliur dah tu" mama Fah tetap dengan personalitinya tenang berhadapan dengan Aisyah. Aisyah membuka mulut, mengunyah apa yang telah disuap oleh mama Fah. Mama Fah tersenyum namun tiba-tiba air matanya berlinangan. Aisyah hairan. Mengapa mama Fah sedih hari ini. Aisyah tidak berpuas hati. Aisyah bertanya dan mendesak mama Fah. "Mama kenapa ini? Mama ada sesuatu yang mama sorok dari Aisyah ke? Mama bagitaulah Aisyah" Mama Fah diam seribu bahasa. "Mama, kenapa mama dia? Bukan tadi mama happy ke? Mama!" Aisyah mula mengenal pasti sah mama menyorokkan sesuatu. "Mama, mana kanda Alif?". Soalan itu terus mengubah muka mama Fah seakan-akan hiba dan sedih. Aisyah mendesak dimanakah kanda Alif. Mama Fah mengusap kepala Aisyah. Mata Aisyah mula berair seperti kilauan ketulan kristal. Mama Fah memulakan bicaranya dengan suara hiba. " Sebenarnya..." " Ahhhhhhhhh" Aishah mengerang kesakitan. Wajah sedih mama Fah berubah menjadi risau. Mama Fah segera memanggil doktor kerana kelihatan Aisyah ingin melahirkan anak. Doktor dan jururawat bergegas membawa Aisyah ke bilik persalinan. Mama Fah menangis kerana menahan suatu tragedi yang dia tidak sempat khabarkan kepada Aisyah. Hatinya berbicara " Dialah anak aku mengapa engkau pergi tinggalkan mama" mama Fah menangis dibucu dinding sambil memukul lembut dinding dengan tapak tangannya. Orang ramai hanya melihat tanpa menghiraukan tangisan mama Fah.