"Mata & tubuh aku penat tapi otak masih kuat memikirkan apa yg bakal terjadi lepas ini, berkecamuk perasaan bila macam-macam soalan yg bermain di benak fikiran.
Aku pun tak tau sudah berapa kali aku topup juice ke dalam tank vape... Yg pasti sudah berejam aku duduk dalam kegelapan di ruang tamu.
Kalau dapat aku gambarkan wap yg berhembus... Rasanya tak ubah mcm kepala keretapi zaman kolonial dah gayanya.
Perasaan aku yg tadinya bercampur baur dgn pelbagai rasa negatif mula "Cool Down".... Kisah-kisah lama menyapa & mengajak aku kembali pada memori silam.
"Fuuhhhh....banyak sgt kitab yg aku nak kena buka nie" bisik aku di dalam hati...
Tapi rasanya lagi ok aku ingat kenangan dulu daripada aku fikirkan masalah sekarang yg buat otak aku sempit sampai takde oksigen nak bernafas.
Pandemik, masalah periuk nasi & perbalahan yg berulang-ulang membuat hidup jadi haru biru, kekadang kaki tangan aku mcm laju je nak lepaskan ke objek kat sekeliling aku.... Berkali2 juga aku jeling pintu dalam rumah tapi terfikir pulak "Kalau pintu tu jadi mangsa jenuh plak nak ganti....hahahaha"
Aku jadi bingung bila fikirkan kerenah manusia dalam circle aku... Macam-macam perangai yg entahpapentah, harini faham besok tiba-tiba jadi org yg tak memahami... Nak luahkan pun tak tahu mcm mana,kesudahannya aku yg duduk termenung jadi ahli fikir.
Aku cuba untuk tidak mengeluh tabah menghadapi dugaan, sabar dengan setiap asakan yg mengoyak kan hati & perasaan.
Orang tak faham aku?? ALHAMDULILLAH....
Org guris hati aku?? ALHAMDULILLAH...
Org tak pandang aku?? ALHAMDULILAH....
Bukan semua org akan faham kita, suatu masa pasti terbuka hati mereka seluas-luasnya memahami apa yg kita rasa.
Banyak sgt dah aku tempuh perit perih dalam kehidupan.... MEREKA TAK FAHAMI
Asam garam kehidupan aku telan... TAK MUNGKIN MEREKA FAHAMKAN
Pancaroba perjalanan hidupku.... BUKAN MEREKA UTK MEMAHAMI
Andainya sudi hati mereka.... akan aku kisahkan satu persatu.
Setelah aku ceritakan segalanya mungkin mereka terfikir "Sukarnya menjadi diri AKU"
Aaaarrgghhh....!!
Baik aku hisap vape...jam pun dah pukul 4.45 pagi.
Aku kena paksa otak aku berhenti fikir sebelum merapu aku lebih panjang.
Apa pun aku kena steady.... Rasta'man mcm aku kena maintain positif!!!