Chereads / Benci tapi Suka? / Chapter 1 - Bab 1

Benci tapi Suka?

🇲🇾Rania_Iskandar
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 2.6k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Bab 1

Huh. Penat. Desis ku di dalam hati. Memang penat. Aku baru sahaja selesai mengemas rumah sewa baruku ini. Kata tuan rumah, rumah ini harus dibersihkan sebab lame dah tak dibersihkan. Katanya takda masa. Aku duduk dengan Erin. Kawan baik aku.

Sekarang pukul 6:50 petang. Aku pergi dapur, nak masak untuk kawan aku. Sedang aku memotong bawang, Erin menyergah aku dari belakang. Kan sudah terluka! Budak ni memang nak kena!

"Tak reti nak bagi salam ke weyh?!" nadaku sedikit tinggi.

"Aku bagi salam lah. Sampai nak tertanggal leher aku ni bagi salam tau," jawab Erin sedikit perlahan dari suaraku. Mungkin kesal agaknya.

"Lain kali jangan buat lagi," aku memang begitu, suka memaafkan orang.

"Yelah, sorry. Kau masak ape?" tanya Erin padaku.

"Ayam masak merah," jawabku.

Erin hanya mengangguk. "Aku naik atas kejap, nak mandi." Itulah rutin harian kami berdua.

"Hmm," jawabku.

Sekarang pukul 8:00 malam. Selesai sahaja solat Isyak, aku dan Erin menjamah makanan.

"Miera, hujung minggu ni kau ade bende nak buat tak?"

"Free kot. Kenape?" tanyaku.

"Aku nak ajak kau tengok live K_Clique." Minah ni memang suka dengan kumpulan rap tu. Aku pun hairan sebenarnya. Obses sangat.

"Kat mane?"

"Kat Pulau Pinang. Kalau kau nak, aku book hotel untuk 1 minggu," katanya sambil menunjukkan senyuman manis padaku. Menyampah juga barangkali.

"Kalau kau belanje aku on je," aku juga turut tersenyum memandang nya.

"Hehe," katanya padaku. Aku mengerling dan terus membawa pinggan yang aku pakai tadi. Kemudian, terus berlalu ke ruang tamu. Erin juga melakukan benda yang sama.

"Kau rindu Amir?" tiba-tiba dia menanyakan aku soalan itu.

Sememangnya aku merindukan Amir, desisku dalam hati.

"Kalau kau nak tanya aku soalan, please tanya soalan yang bermanfaat sikit. Aku tak suke kau tanya bende yang tak berfaedah ni," aku bingkas bangun dari sofa dan menuju ke bilikku.

Sampai saja di bilik, aku terus rebahkan badan aku di atas tilam...dan akhirnya aku terlelap...

bersambung...

📌p/s: CERITA INI SEKADAR REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI.