Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

MR. HEADBOY, I LOVE YOU!

Toge_Inumaki_6130
--
chs / week
--
NOT RATINGS
3.2k
Views
Synopsis
Dia memang kaki control, tapi aku cinta padanya. Pertemuan antara Nurul Yasmin dengan Tengku Ashraff telah membibitkan rasa cinta dalam hati mereka. Namun masing masing enggan meluahkan. Ashraff ego untuk berterus terang dan dia takut cintanya ditolak. Yasmin pula terlampau segan sampai pijak semut pun tak mati. "...latih tubi matematik yang aku bagi tadi... aku nak kau siapkan. Pagi pagi esok, aku nak buku ni dah ada atas meja aku. Awas kau kalau jawab salah!" -Tengku Ashraff "Hesy! Suka hati dia je suruh aku buat semua ni! Apa?! Muka aku ada nampak macam robot buat kerja sekolah ke?!" -Nurul Yasmin. Hadirnya Danisha, gadis kacukan Perancis telah mengubah segalanya. Dalam diam, rancangan diaturkan. Ashraff perlu menjadi miliknya! Terjadi pula salah faham, Yasmin disangkakan teman istimewa Haz. Semuanya menjadi kacau. Lalu mampukah Yasmin menghadapi semua ini? __

Table of contents

Latest Update1
BAB 13 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - BAB 1

"APA?! Kakak kena pindah sekolah?!"

Mama terus menyiku lenganku apabila aku menjerit di meja makan. Habis terhenti suapa kami berempat. Semuanya gara gara aku yang berteriak tak tentu pasal. Eh, mana ada! Aku menjerit sebab ada sebablah! Papalah ni, tiba tiba cakap yang aku kena pindah sekolah. Manalah aku tak terkejut! Nasib baik tak tertelan sudu.

Aku tenung papa, macam tengah menunggu penjelasan daripadanya.

"...ya, kakak kena pindah sekolah. Minggu depan, papa dah kena masuk kerja kat syarikat baru. Takkanlah papa nak tinggalkan kakak sorang sorang kat sini?" papa aku, Encik Azfar membalas tanpa memandang aku. Dia kelihatan begitu berselera menikmati sarapan pada pagi itu.

Aku melepaskan sudu. Hilang mood aku nak tambah mi goreng sebanyak dua pinggan.

"...tapi papa, kakak taknak. Lagipun, ini tahun last kakak sekolah. Takkan nak main pindah pindah pulak?" aku menyuarakan ketidakpuasan hatiku. Betul apa yang aku cakap. Tahun ini aku ada SPM, kalau pindah sekolah, mesti mood aku hancur teruk. Haa, macam mana nak hadap SPM?! Kalau gagal, macam mana?

Mama aku, Puan Saleha menggeleng geleng.

"Kakak ni mengada ngada jelah. Adik pun kena pindah sekolah jugak, tapi takde pun dia nak bising bising?" tukas puan Salaha.

Aku pandang satu satunya adik yang aku ada. Hisy, Haqiem ni memang tak pandai nak tolong aku langsung. Aku tahulah dia tu jenis yang tak kisah! Aku yang tengah panas ni dia boleh buat tak tahu? Kurang asam punya adik!

Aku menyentuh lengan mama.

"Mama... Adik lain, kakak lain!" aku menjuihkan bibir. Puan Saleha pandang aku, mesti dah naik geram dengan perangai aku. Memang aku manja pun, sebab itilah aku selalu nak bantah bila ada benda yang aku tak suka dan tak setuju!

"Apa yang lainnya? Papa tengok sama je?" tempelak papa pula.

"Mana ada samalah, papa. Adik tu senang mesra dengan orang tapi kakak tak macam adik. Kakak susah nak bergaul dengan orang. Kalau orang tegur, barulah kakak bercakap." Aku memberi alasan yang paling dirasakan tepat. Tak, memang aku yakin tepat.

"Ah, alasan semuanya..." celah papa yang menolak alasanku mentah mentah. Naik geram pula aku jadinya. Hisy, memang betullah apa yang aku cakapkan itu. Ingat aku reka cerita agaknya!

Aku pandang Haqiem yang hanya selamba menyuapkan mi goreng ke dalam mulut. Argh, sampai hati betul taknak tolong aku. Memang menyebalkan. Kau bolehlah, Haqiem oi! Cuba kau jadi aku, aku rasa kau mesti meroyan sebab nak pujuk papa.

Aku sepak kaki Haqiem di bawah meja. Tak sangka pula kaki yang aku sepak itu adalah kaki papa. Papa pandang aku bila kakinya disepak.

"...hah! Yang pergi tendang tendang kaki orang ni apahal? Dah rasa nak jadi pemain bola sepak negara ke?" soal papa sambil pandang aku macam nak ditelannya hidup hidup.

Aku sengih.

"Err, sorry..." ucapku, manja. Papa menggeleng geleng, ada ada ajelah!

"Bila kita akan pindah? Haqiem dah tak sabar, papa." Terbuntang mataku mendengarnya. Argh, Haqiem memang dah melampau! Sengajalah tu nak sakitkan hati aku.

"...hah, tengok... Adik tak sabar sabar, kakak pulak?" celah mama.

Aku mencebik.

"Dia tu memang!"

"Alah, kak... Pindah sekolah, doesn't mean everything is over. Pindah sekolah je kut, takkan matilah. Lainlah kalau papa paksa kakak kahwin. Chillah..." selamba Haqiem berkata kata, siap berpeluk tubuh lagi.

Aku pandang mama.

"...ma, please. Kakak taknak pindah sekolah." Aku merengek. Mama buat tak layan. Terus aku pandang Haqiem balik, harap haraplah dia akan sokong aku walaupun aku rasa mustahil sangat.

Aku pandang papa pula.

"...papa..."

"No objection!" putus papa.

Bila tiga lawan satu, confirm aku yang kalah.

"...fine!"

LUSANYA, papa temankan aku pergi buat surat tukar sekolah. Huhu, memang sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan kawan. Dah empat tahun kami belajar bersama. Yang dari sekolah rendah pun ada. Tapi sekarang dah nak berpisah.

Ah, sedihnya!

Nasib baiklah hari aku uruskan hal pemindahan ini, pada hari Sabtu. Takdelah aku susah susah menghadap kawan kawan. Tak kuasa aku nak jawab satu persatu soalan daripada mereka. Kalau diorang cakap benda yang sedih sedih, macam mana? Aku tak sanggup nak buat drama pertumpahan air mata tak bergaji!

Tapi... aku pun tak sanggup nak pergi tanpa berkata walaupun sepatah. Lalu dengan berat hati, aku taip pesanan di telefon. Aku tulis, 'aku dah nak tukar sekolah. Buka sekolah hari Isnin ni, korang tak payahlah cari aku sebab aku memang dah takde kat sekolah kita. Jaga diri semua.'

Aku baca balik apa yang aku tulis. Hmm, okeylah tu. Takdelah dramatis sangat rasanya. Terus aku tekan butang send dalam grup whatsapp kelas aku.

Tanpa menunggu lama, terus aku simpan telefon dalam beg silang. Malaslah aku nak buka whatsapo, mesti banyak balasan yang masuk daripada kawan aku. Nanti bila balik rumah dan aku senang, aku buka dan jawablah balasan diorang.

Sekarang ni, mana papa aku pergi?! Rasanya aku suruh dia tunggu aku dekat wakaf sekolah sementara aku masuk ke dalam kelas untuk mengambil buku yang aku tinggal di bawah meja. Tapi sekarang mana dia? Kereta pun tak nampak.

Nak taknak, terpaksalah aku tunggu dekat wakaf tu sorang sorang. Aku pandang jam tangan, pukul 10.20 pagi. Entah entah papa dah balik sebab ingatkan aku dah balik dulu? Ah, takkanlah. Aku nak balik naik apa, tambang bas? Mungkin papa keluar jalan jalan kejap kut, aku buat andaian sendiri.

Tengah tengah menunggu sambil pandang kasut, tiba tiba aku rasa macam ada orang duduk di sebelah aku. Aku menoleh ke sebelah. Eh, Adrian?

"K... Kau buat apa kat sini?" tanyaku sambil pandang ke kanan dan ke kiri. Adrian diam dan hanya memandang aku lama, buatkan aku rasa tak selesa pun ada. Aku jarakkan diri antara kami. Adrian tersenyum tipis.

"Tak payah takutlah... Aku datang sebab nak jumpa kau saja." Beritahu Adrian, perlahan. Aku disapa rasa hairan. Apahal pula dia mak jumpa aku tiba tiba ni?

"...er, nak jumpa aku? Kenapa?" soal aku, pelik.

"I need your explaination..." Balasnya laju.

Aku pandang dia. Explain apa pulak ni? Cara dia cakap, macam aku dah buat kesalahan dosa besar pulak. Oh, entah entah sebab pesanan yang aku hantar dalam grup kelas tadi? Sebab aku tak jelaskan dengan baik tentang kenapa aku nak pindah, jadi sebab itu dia datang nak minta penjelasan. Macam tu?

"Kau tak reply whatsapp aku..." ujarnya.

Aku buat buat garu pipi.

"Sorrylah, aku tak sempat nak buka. Nanti aku balas." Dan tiba tiba dia mencelah.

"...sekarang pun boleh, Yasmin." Aku pandang dia. Entah kenapa aku rasa berat nak jelaskan kepadanya. Antara kami, macam ada jurang yang membuatkan aku agak kekok bila berhadapan dengan dia. Semuanya sebab peristiwa satu bulan yang lepas di mana Adrian telah meluahkan perasaannya terhadap aku.

Aku menarik nafas panjang.

"Yalah, kau nak tahu apa?" tanyaku.

"...semuanya?"

Aku diam seketika.

"Papa aku terpaksa kerja kat kawasan lain. Nak taknak, aku kena tukar sekolah sebab kitorang pindah rumah lain." Bagitahu aku, laju.

"Tak boleh ke kalau kau tak ikut diorang?" soal Adrian pula.

Aku menggeleng laju. Dia ni agak agaklah! Aku nak tinggal kat mana kalau tak ikut diorang? Nak duduk sorang sorang kat rumah kami? Urgh, tak sanggup aku! Nak duduk dengan nenek? Tu, kat Perak sana.

"Senang senang, kau mohon tinggal kat asramalah..." cadangnya.

"Erh, kau sajalah yang duduk asrama. Taknaklah aku!" tolak aku.

Adrian mengeluh berat. Dia pandang aku dengan tatapan mata yang tak berapa nak redup mana. Ah, aku tak bolehlah tengok dia buat mata macam tu. Rasa nak terberak jadinya!

"Tapi, Yasmin... Aku taknak jauh dengan kau." Beritahunya.

Aku terdiam. Lambat lambat aku ketawa. Ketawa yang dibuat buat bagi menutupi rasa canggungku.

"Kau merepeklah, Ad. Mana ada jauh. Aku bukan pergi Scotland pun."

Adrian menunduk dan mengeluh berat.

"Yasmin, kau masih ingat ke tak yang aku pernah cakap yang aku sukakan kau?" soalanya buatkan aku tertelan tawa.

Lambat lambat aku mengangguk.

"Ingat."

"Jadi, kau tak fikirkan aku ke? Aku tak sanggup hilang kau, Yasmin." Beritahunya lagi.

Kini giliran aku pula yang menunduk. Hisy, aku tak sukalah topik ini. Baik aku blah cepat cepat sebelum ianya makin melarat. Namun Adrian macam dah tahu tahu. Dia halang hajat aku.

"...aku sukakan kau. Tak boleh ke kau terima aku?" soalnya, straight to the point. Buatkan aku terkelu lidah dan terbeku otak dan tersumbat habis.

Aku pandang Adrian dan lambat lambat menggeleng.

"Sorry, Adrian. But I can't." Balas aku perlahan.

Adrian tertunduk kecewa.

"Bagi aku tiga sebab, kenapa kau tak boleh terima aku?" soalnya selepas itu.

Aku pandang dia dan tarik nafas dalam dalam.

"Tiga sebab aku tak boleh terima kau. First, aku pernah anggap kau kawan baik aku. Second, Aliya sukakan kau. And third, aku tak cintakan kau." Beritahu aku sambil memandang wajah kecewanya. Aku tahu aku agak kejam tapi... dia yang suruh aku bagi sebab. Aku bagilah...

"Kau memang tak boleh terima aku?" soalnya lagi.

Aku menggeleng. Adrian tertunduk lemah. Bersalah jugak sebab dah tolak dia sebanyak dua kali tapi... apa boleh buat, kan? Aku jujur saja.

Aku pandang wajah Adrian. Kulitnya putih. Rambutnya disikat kemas. Bibirnya agak merah. Di dagunya ada satu tahi lalat kecil yang membuatkan wajahnya tampak lebih manis. Adrian memang boleh tahan kacak. Di sekolah dia berada dalam kalangan lelaki popular. Kadang kadang bila aku dan dia berjalan bersama, mesti ada aje yang cakap pandang pandang. Tak puas hati barangkali. Wei, kitorang kawan sajalah. Tapi mungkin tidak bagi Adrian.

Dulu, aku dan dia pernah jadi kawab baik. Memang aky anggap dia kawan baik saja, jadi memang aku selesa gila bila dengan dia. Tapi tak sangka pula dia ada hati kat aku. Hubungan kitorang pun mula renggang lepas dia luahkan perasaan dia kat aku sebulan yang lepas. Aku tak boleh bersikap selamba lagi di depan dia bila dah tahu perasaan dia. Dalam masa yang sama, aku rasa bersalah dan kasihan pula. Jadi ada baiknya jugak aku kena pindah sekolah, biar dia dapat lupakan aku.

"Maaflah, Adrian... Tapi aku memang betul betul tak boleh. Lagipun, tahun ni kita ada exam besar. Tak payahlah fikir pasal benda remeh temeh macam ni. Atau kalau kau nak bercinta sangat, Aliya kau kan ada?" Aku tunduk, entah macam mana riaksi Adrian aku tak tahu.

"...tapi aku tak cintakan Aliya..."

"...dan aku pun tak cintakan kau..." sambungku.

Adrian mengeluh lagi. Entah kali berapa dia mengeluh pun aku tak tahu. Kejam sangat ke aku berterus terang? Well, aku rasa itulah jalan terbaik buat kami berdua.

"Tak apalah kalau macam tu, aku faham..." ujarnya.

Aku tersenyum. Ha, baguslah macam tu. Takdelah otak aku berserabut memikirkan masalah remeh temeh ini. Bolehlah aku tinggalkan dia tanpa rasa bersalah lagi. Senang hati aku!

"...tapi! Jangan ingat aku faham kau, bermakna aku boleh lupakan kau. Tak, Yasmin... Aku harap lepas ni, hubungan antara kita takkan pernah putus. Kau mungkin boleh lupakan aku, tapi bukan aku." Sambung Adrian selepas itu.

Aku diam saja, malas nak komen apa apa. Aku pandang jam tangan. Dah pukul 10.35 pagi. Hisy, lambatnya papa! Betul agaknya yang papa aku dah balik!

Tiba tiba Adrian menghulurkan coklat kepada aku. Lambat lambat aku mengambilnya sambil mengucapkan terima kasih. Adrian memang tahu yang aku sukakan coklat. Dia tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Aku buka coklat itu masa tu jugak, malas nak makan kat rumah sebab nanti kalau papa nampak, papa nak jugak.

Aku gigit coklat yang panjangnya adalah dalam 10 cm itu. Aku pandang Adrian yang tampak leka memerhati aku makan. Cis, gaya dia macam tengah shoot filem mamat tengah jatuh cinta pulak.

"...nak rasa?" aku bertanya sambil menghulurkan coklat kepadanya.

Adrian menggeleng cuma. Aku angkat bahu sendiri dan terus menyambung makan. Dah kalau taknak, janganlah tengok aku makan. Segan aku jadinya kalau dia nampak mulut aku comot ke apa.

"Suka?" soalnya sambil tersenyum.

Aku mengangguk laju. Memang aku sukakan coklat pun. Malah kalau diberi pilihan antara coklat dengan Starbucks, mesti tangan aku akan capai coklat dahulu.

Lepas tu aku nampak kereta papa berhenti di seberang jalan. Dengan tergesa gesa, aku bangun. Nasib baik aku sempat mengambil beg silang aku.

"Eh, aku balik dululah, Ad. Assalamualaikum!" ucapku lalu memlambai ke arahnya sambil berjalan ke arah kereta. Adrian turut melambai dengan hati yang berat. Aku masuk dan papa terus memandu. Adrian pula terus melepaskan satu keluhan berat.

"...Yasmin..."

___