Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

My Sweet Daydream

🇲🇾Soulist_arte
--
chs / week
--
NOT RATINGS
2.9k
Views
Synopsis
Cassandra dia paling suka mengusik boss dia, Dato' Hardy Lee. Ada sahajalah plan dia nak mengusik mood bossnya itu. tak bergaduh dengan Amirah, memang tak sah! Dah diberi amaran, tetap dibuatnya lagi sehingga Dato' Hardy Lee pun dah muak dengan perangai pekerjanya yang satu ni. Tak tahulah nak buat apa dengan budak Cassandra tu. kalau dipecat, sayang pulak! Alahai! Pening! Cassandra ni nakal tahap dewa tau, lepas kena marah. dia usik lagi Dato'muda tu. sabar jelah Dato' Hardy Lee.
VIEW MORE

Chapter 1 - My Sweet Daydream 01

AHHHH!

Benggit telinga dengar dua orang perempuan ni menjerit.

"Weh! Apa yg kamu buat ni!"

Mat Reception mulai panik saat menyaksikan pergaduhan dua ekor kucing betina tersebut.

"Mat, ni hal perempuan. Kau jgn nak masuk campur!" bentak Amirah sambil menarik rambut Cassandra hingga terburai ikat rambutnya.

Cassandra menjerit kesakitan.

Macam mana ni! Dahlah dorang gaduh depan kaunter reception ni. Plus, kalau boss sampai dan nampak benda ni, memang habislah!

"Aku tahu! Tapi masalahnya kamu sedar tak kamu kat mana ni?!"

Cassandra dan Amirah serentak menoleh ke arahnya. Kemudian—

Ahrrr! Cassandra menarik rambut Amirah hingga mengadu kesakitan musuh ketatnya itu. Kau ambik ni perempuan! Siapa suruh kau tarik rambut aku! Jahanam kau!

"Weh, sabar" bentak Mat.

Akak Melia yang cuba menyabarkan mereka, terus ditepis. Jangan menyampuklah!

Akak Melia memegang bahunya, sakitnya!

Mat memerhati sekelilingnya. Habis! Guest pun dah mula tersenyum pada mereka. Malu! Weh! Malu!

"Ui! Dah la tu! Berhentilah, nanti bos nampak. Tak pasal² kena bantai lagi ni" Tegas Mat. Namun—

"KAU DIAM!!" serentak.

Mat tersentak. Terpaku!

Cassandra menjauhkan dirinya. Dada dah turun naik menahan amarah didada. Apa halnya! Pagi-pagi dah serang dia! Apa halnya!

"Apa masalah kau ni ar perempuan! Kau tak boleh nampak aku tenang seharian ke?!" tanya Cassandra pelik.

Rambut yang serabai dirapi.

"Memang aku tak boleh nampak kau tenang! Sebab kaulah aku dengan Alif putus" bentak Amirah. Ala! Pasal mamat buaya tu rupanya! Ingatkan apa tadi.

"Apasal aku pulak! Yang dia memang playboy, suka main perempuan. Memang sah-sah dia tinggalkan kau, bodoh!"

Amirah tergumam. Bodoh kau bilang aku?!

"Kau kurang ajar!"

Amirah menyerang rambut Cassandra lagi.

AHHHH!!!

Mereka saling tampar menampar. Geram pulak aku dengan kau ni perempuan! Kerana Alif si buaya darat tu, kau serang aku! Memang jahanamlah kau hari ni!

"Ui berhentilah!" Jerit Mat. Tetapi jeritannya tidak dipedulikan. Mereka terus bertumbuk tanpa henti.

Akak Melia yang berdiri di tepi kaunter tersentak apabila melihat ke arah parking, sebuah kereta Lamborghini SUV hitam dah siap parking kat situ.

"Mat, Mat, Mat boss"  lapor Akak Melia seraya mengusik bahu Mat.

Membuntang biji mata Mat.

BOSS!

"Weh, boss dah sampai! Berhentilah!" bisik Mat pada kedua ekor kucing betina tersebut. Sia-sia, mereka bukan dengar pun. Berbuih mulut bercakap, tiada yang akan berhenti dan menyerah kalah. Ni Cassandra dan Amirah, dua-dua keras kepala.

"Macam mana ni Mat" bisik Akak Melia.

Dato Hardy mengeluh berat dan berjalan mendekati bahagian reception. Bergaduh lagi dua ekor manusia ni. Balik-balik kena hadap mereka berdua. Leceh betul!

"Diam je lah" bisik Mat.

Akak Melia mengangguk setuju. Nasib doranglah.

Dato Hardy Lee menarik kerusi dan duduk seraya menyaksikan match tersebut. Malas nak bertekak, baik tunggu dorang selesai, baru aku bercakap. Senang!

Staff lain dah senyap. Kenapa? Boss kat depan kut.

"Hey perempuan kau!"

Amirah menarik rambut Cassandra lagi. Biar kau, aku kasi botak kepala kau pagi ni! Cassandra melawan dan menarik rambut ke sebelah kiri.

Mode fight auto off!

Boss?!

Tak sedarkan? Apa tak sedar, asyik nak bertarik rambut sesama sendiri. Lantas itu mereka segera berdiri tegak dan merapikan diri yg serabai. Senyuman dipamerkan.

"Bos!" senyum Cassandra.

"Pagi boss" tegur Amirah tersenggih.

Dato Hardy mengambil sun glassnya yang terselit pada poket lalu digosoknya kat kain baju kamejanya. Tak yah nak cakap banyak kan.

Cassandra dan Amirah menelan air liur. Hampuslah! Surat amaran atau kena pecat ni?

"Rasanya tak yah nak cakap banyak kan? Sebab tengok gaya kamu berdua pun, bukan macam lagi, tapi memang tiada rasa malu nak bergaduh depan guest. Kan?"

Mereka berdua senyap. Kami ada maruahlah, bos. Sedih pula dengar.

Sun glass kembali diselitkan dalam poket. Aku dah ambil keputusan, untuk——

"Gantung kerja kamu, seminggu. Sekarang berambus!"

Amirah tersentak! Gantung kerja?! Seminggu?! Biar betul!

Cassandra mengigit bibir bawahnya. Kena gantung?!

Dato Hardy bingkas bangun dan berlalu pergi. Harap bertaubatlah!

"Ni semua kau punya pasal" bentak Amirah menyalahkan sahabatnya itu sebaik sahaja Dato Hardy pergi.

"Kau ar"

Mat menyampah melihat situasi itu. Apa ni? Sesi tuduh menuduh?!

"Ui, tak yah nak saling tuduh menuduh. Ni semua salah kamu berdua, sekarang hadaplah"

Ish!

Cassandra meninggalkan Amirah. Ni semua salah Amirah. Kalau bukan dia cari pasal, aku tak adanya kena gantung!

Tengok! salahkan orang lain lagi. Kalau dia tak layan Amirah, benda ni tak jadi. Betul tak??

Kejap! Asal pulak aku yang dipersalahkan?! Lagipun bukan aku yang mula fight. Si minah trip cantik tu yang mula. Eh! Aku kena mempertahankan maruah aku!

Cassandra berbalik dan bergegas masuk pejabat Dato Hardy Lee.

"Weh! Kau—"

"Sia-sia. Dia dah masuk" bilang Akak Melia. Aku kenal Cassandra tu. Walaupun trouble maker, tapi boss tetap sayang dia, sebab Cassandra rajin berkerja. Top Staff! Oh lupa, dia tu jenis yang suka langgar peraturan, antaranya ni lah. Suka masuk bilik bos tanpa kebenaran.

Mat mengeluh. Aduh, budak tu.

"Boss!"

Dato Hardy tersentak. Baru je nak buka laptop, dah muncul beruk ni. Teruk sangat ke wajah Cassandra tu sampai kau nak levelkan dia beruk?!

"Kau nak apa?"

"Boss, rasa tak adil"

Dato Hardy mengerutkan dahinya. Apa lagi ni yang dia tak puas hati. Dahlah suka buat kecoh, pastu suka membantah dan menyakitkan hati.

"Apa yang tak adil. Cuti tu? Kalau nak tambah, boleh terus berhenti"

Cassandra terdiam.

"Tak, saya rasa tak adil. Sebab yang mulakan pergaduhan itu adalah Amirah. Dia ajak saya gaduh, Boss"

"Jadi kau layan tak?"

Cassandra tersenyum bangga.

"Mestilah, bos. Pantang menyerah, kecuali operasi"

"Kau pendatang?"

Cassandra tersentak.

"Tak, itu slogan Zero"

Dato Hardy menggelengkan kepalanya. Entah apa-apalah budak ni.

"pantang menyerah?"

Dato Hardy mengangkat mukanya. Cassandra mengangguk dengan senyuman.

"Jadi terima je lah kenyataan"

"Boss! Okay, saya sanggup buat apa sahaja demi boss. Cuci tandas, cuci baju, cuci kereta, cuci apa² sahaja kecuali mandikan boss dan cuci taik boss. Saya sanggup boss, please"

Dato Hardy sebenarnya tersentak bila Cassandra cakap mandikan dia. Ke bodohnya si Cassandra ni. Boleh² dia cakap macam tu, ingat dia bayi?!

"Boss, saya merayu. Bapa saya dah tiada, saya hanya hidup berdua dengan ibu saya. Kalau saya tak bekerja, apa yang kami makan boss?"

"Batu"

"Boss! Kejam noh!"

"Siapa suruh buat hal"

"Boss, saya boleh masak. Saya masakan boss nasi lemak rendang acar. Macam mana?"

Dato Hardy menelan air liur. Rendang, Nasi lemak dan acar? Shit! Favorite aku tu. Kejap! Ni dia nak try aku ni. Jangan tergoda!

"Aku tak berminat"

Cassandra tersenyum sinis. Nak mengelak kunun, padahal favorite dia. Ingat aku tak tahu, setiap pagi dia order makanan tu kat kafeteria. Ingat aku tak tahu ke?!

"Ye ke, bos. Saya tahu, boss suka makan Nasi lemak rendang acar. Tak yah nak menipu yer boss. Saya ni staff boss, saya tahulah rutin harian boss"

Dato Hardy terdiam. Dia tahu rutin aku?

"Stalker"

"Bos, sekejap lagi. Akak Lina datang, bawa Nasi lemak rendang acar kan?"

Dato Hardy memandang Cassandra. Psiko betul budak ni!

Yes! Seperti yang Cassandra bilang, Akak Lina datang bawa makanan Favorite bosnya. Cassandra di depannya hanya tersenggih. Kan betul!

"Kan! So, Boss dah giveup"

Nasi lemak rendang acar ditenung. Macam menyesal pulak order tadi pagi. Terus tiada selera nak makan.

Dato Hardy mengeluh lemah. Ingat aku boleh termakan godaan kau.

"Tak ada, kau cuti seminggu. Sekarang keluar!"

Cassandra muram! Ish! Payahlah nak bodek boss ni. Tak chill langsung. Tak apa, kita tengok minggu depan.

Cassandra berjalan lemah keluar dari bilik Dato Hardy. Amirah tersenyum menang. Memang tak dapat bodek boss ni, itu sebab muka murung je ni. Hahaha!

"Macam mana? Dapat?"

"Babi kau"

"Kira okay tahu seminggu. Kalau kena pecat macam mana?"

Cassandra meletakkan dagunya di kaunter reception. Sedihnya, baru nak membodek. Dah gagal.

"Kau ni memang beranilah, Sandra. Boss tu bukan jenis orang yang senang dibodek. Kau ni, siap tawarkan jadi tukang masak dia lagi"

Akak Lina menggelengkan kepalanya. Budak ni.

"Biarlah, nak cuba nasib je"

"So, sia² lah lakonan aku tadi tu? Tak berbayar?"

Cassandra menyaluk poketnya, duit Rm200 diberi pada Amirah. Memang plan hancur! Amirah tersenyum.

"Baru rasa dihargai"

"Okaylah, jom Mir. Dah kena bagi cuti ni, jom balik"

Mat Reception menggelengkan kepala. Senangnya ambil cuti, kalau boss tahu ni. Tak masak kami semua, bukan staff kat sini je yang kena, dengan sekuriti kat bawah tu pun kena. Aduh! Nasib bos percaya. Tapi seram juga tengok muka boss tadi. Haha!

"Bye, guys. Jumpa next week"

Cassandra dan Amirah berjalan bersama. Sedih mengenang nasib yang luka lara kena gantung kerja. Sia-sia!