Chereads / CIK PARI-PARI AGUNG : SI CANTIK / Chapter 2 - Jungmin sukakan Nayeon

Chapter 2 - Jungmin sukakan Nayeon

"Nayeon sayang!" panggil Seo Jun dengan gembira sambil melambai tangan ke arahnya.

Lantas Nayeon menoleh ke belakang dan melihat Seo Jun, Nayeon hanya melihatnya sekilas, sedikit api kebencian dipancarkan begitu juga dengan Sunny.

Apabila dia menyedari yang Seo Jun berada betul-betul di hadapannya dia berasa jijik.

Dan menilai Seo Jun seperti benda.

Nayeon terus memandangnya seperti biasa agar Seo Jun tidak terlalu perasan dengan perubahannya. Mereka berdua terus berlakon mengekalkan riak wajah yang tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku sungguh profesional !

"Ya, Seo Jun kenapa?" soal Nayeon dengan riak wajah yang berpura-pura ingin tahu.

Seo Jun berkerut sedikit tanda bingung.

Dia hairan sikap Nayeon sangat berbeza hari ini seperti bukan perempuan itu saja. Adakah perempuan ini bukan dia ataupun roh orang lain? Atau perempuan ini sengaja mahu mengambil perhatiannya tetapi dia rasa yang ekspresi wajah Nayeon mengatakan dia sangat serius.

"Kenapa dengan kamu ini, datang bulan kah ?" soal Seo Jun tanpa rasa malu.

"Tak" jawab Nayeon ringkas dan sedikit aura dingin di sebalik suaranya.

Nayeon terus memandang Sunny dan menggunakan isyarat mata kepadanya dan Sunny menangguk sedikit, tanda memahami maksudnya.

"Nayeon, macam mana dengan keadaan kau?, aku sangat risau dengan keadaan kau, tengok tu mata kamu bengkak sedikit, kamu menangis lagi?" soal Sunny, dia gembira yang lakonannya menjadi.

Mereka mahu membuatkan Seo Jun rasa bersalah.

"Apa!?Mengapa kamu menangis sayang ? Siapa yang berani mengganggu teman wanita saya, beritahu saya sayang!"

' Teman wanita?'

' Sayang ?'

Nayeon seperti mahu sahaja ketawa terbahak-bahak di situ tetapi dia menahannya, rupanya Seo Jun memang tidak tahu berlakon !

Dia merasa jijik dengan panggilan ' sayang ' itu.

Yang kononnya dulu dia sangat suka dengan panggilan manja ' sayang ' itu. Kini di mendengarnya semula, macam mahu mati saja dengan nama panggilan yang penuh kepura-puraan itu.

"Tiada apa-apa, saya lebih baik dari semalam, seseorang mengkhianati dan menipu saya. Macam mahu bunuh diri saja dibuatnya." kata Nayeon cuba berpura-pura menjelaskannya.

"Siapa yang khianiti kamu?" soal Seo Jun kini riak wajahnya bukanlah risau dengan Nayeon tapi mula curiga.

' Adakah Nayeon tahu aku curang ? '

"Tiada apa, cuma pertengkaran biasa saja tapi kalau saya tahu lagi, saya akan bunuh dia!"

Terbeliak biji mata Seo Jun ketakutan.

"Jomlah kita makan, saya dah lapar ni" Seo Jun terus cepat-cepat menukar topik perbualan.

Nayeon dan Sunny tersenyum sinis sambil memandang satu sama lain.

Mereka berjalan beriringan mahu menuju ke kantin.

Mereka bertiga bertembung dengan Bora secara tidak sengaja dengan arah yang berlawanan.

Nayeon tersentak seketika.

Seo Jun memandang Bora dengan kasih sayang

manakala Bora tersenyum malu-malu.

Nayeon menyedari semua itu hatinya seperti diremuk.

' Sakitkan mata sahaja! ' protes hatinya.

Nayeon berjalan di sekitar sekolah.

Seperti biasa dia akan diganggu oleh pelajar lelaki.

"Hai!Nayeon, mahu keluar dengan saya?" lelaki gemuk itu cuba mengusik Nayeon.

"Janganlah ganggu wanita saya"sambil lelaki tinngi itu mengusik Nayeon.

"Janganlah terlalu sombong, lambat laun nanti Seo Jun akan tinggalkan kau juga sayang." sambil mereka ketawa terbahak-bahak.

"Diamlah!" sambil Nayeon berkerut sedikit.

"Wuu Nayeon marah" kata mereka lagi.

"Tak puas hidup?" kata lelaki misteri di belakang mereka.

"Tak guna! Mahu tunjuk berani pula!"

Apabila sekumpulan lelaki itu menoleh ke belakang, mereka bergegar ketakutan. Mereka terus cabut lari.

Nayeon tersenyum mengejek.

Lelaki yang ganas itu terus berubah menjadi lelaki baik apabila melihat Nayeon.

"Jungmin?" panggil Nayeon.

"Ya, saya?" sahut Jungmin dengan nada menggoda.

Halus dan asyik di dengar. Membuatkan Nayeon terpukau seketika.

Lelaki yang berada di depannya bukan sahaja tampan tetapi dia adalah Tuan Muda kedua dari keluarga Park yang terkenal serta kaya-raya tapi dalam usia muda sebegitu dia sudah mewarisi kelab hiburan Indigo yan paling terkenal di Kota Royals Grand tetapi orang yang menguruskan seluruh empayar syarikat Serinne itu adalah Tuan Muda Sulung iaitu Park Juwoon yang berada di sebalik tabir, tidak hairanlah seluruh ahli keluarga mereka sangat berpengaruh besar!

"Mengapa kamu berjalan sendiri di taman ni?" dengan nada yang halus.

"Saya cuma fikirkan sesuatu" jawab Nayeon.

"Fikirkan sesuatu? Apa yang kamu fikir? Kalau saya boleh bantu, saya akan cuba."

Park Jungmin sudah lama menyimpan perasaan untuk Nayeon, tapi Nayeon saja yang jual mahal dengannya katanya mahu setia sampai mati dengan Seo Jun. Jungmin mencebik bibir apabila teringatkan Seo Jun.

"Abang?" panggil Nayeon.

"Ya apa sayang?" hati Jungmin berbunga-bunga mendengar Nayeon memanggilnya dengan panggilan abang.

Pada masa yang sama dia juga hairan mengapa pula Nayeon melayan dia dengan lemah-lembut.

Sekiranya pada hari-hari yang lain pasti barannya akan terkena pada Jungmin, tapi dia sangat bahagia sekarang jadi dia tidak terlalu fikirkan.

"Abang rasa, kalau seseorang mengkhianati kita terlebih dahulu, kita juga boleh khinati dia balikkan?" soal Nayeon dengan riak wajah sedang menanti jawapan.

Jungmin mengangguk manja dan menyambungnya semula. "Ya, sayang mengapa nak abang bantu kamu?".

"Tak perlu la sampai begitu sekali, ok la saya nak masuk semula ke kelas, jumpa lagi" sambil Nayeon melambai ke arah Jungmin.

Jungmin membalasnya dan tersenyum malu-malu.

"Mengapa dengan ini hari? Dah bosan dengan lelaki tak guna tu kah ?"

Perubahan sikap Nayeon tersangatlah menarik hatinya.

"Apa kau dah gilakah Nayeon, kau nak mempergunakan Jungmin dalam hal ni?" terbeliak biji mata Sunny mendengar rancangan Nayeon sambil dia mendepakan tangannya ke dahi Nayeon. Dia mahu memeriksa jika Nayeon sedang demam.

Nayeon menolak tangan Sunny dengan lemah.

"Janganlah risau, bukannya aku nak pergunakan dia lah, cuma aku nak sakitkan hati Seo Jun saja. Kau pun tahukan yang Jungmin memang tak suka dengan Seo Jun tu, apa salahnya kita berpakat dengan dia."

Penjelasan Nayeon membuatkan hati Sunny lega sedikit.

"Jadi apa rancangan kau?"

"Kau cakap lelaki akan tertarik kalau perempuan berdandan kan?"

"Ya sangat betul, jadi lepastu kau nak kita berdua berdandan dan beli produk kecantikan yang mahal?" soal Sunny dengan teruja, dia tidak sabar

kerana mereka akan berubh ke rah fizikal pula.

"Ya, sangat tepat aku rasa rambut kita dah lapuk dek zaman lah, dan kulit aku tegang sedikit."

"Jadi, kau yang akan belanja aku?"

"Mestilah, aku akan merayu dengan makcik aku untuk berikan balik kad kredit aku semula."

Sunny memeluk Nayeon dengan erat lalu berteriak.

"Sayang kamu tersangat-sangat."

Serentak semua menoleh ke arah mereka dengan perasaan agak janggal.

' Mereka LGBT ka ? '

Sunny tidak menghiraukan mereka, terus memeluk Nayeon dengan erat.

Nayeon hanya tersenyum sinis tak lama lagi dendamnya akan tercapai!