Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 67 - Bab 55

Chapter 67 - Bab 55

Muka Aaisyah tidak menunjukkan sebarang riak gembira. Ini adalah kali pertama Ryan lupa hari jadi Aaisyah. Puan Dianne cuba menghubungi Ryan untuk kesekian kali, begitu juga dengan Encik Fernandez. Hari jadi Aaisyah disambut dengan mewah di Hotel La Maurice. Design bertemakan warna pastel blue menghiasi dewan dimana sambutan hari jadi Aaisyah di lakukan. Hadiah untuk Aaisyah semakin banyak di sebuah sudut khas untuk para tetamu tinggalkan hadiah untuk Aaisyah. Kali ini, Tan Sri Hamdi mengajak semua rakan rapatnya dalam bidang perniagaan. Puteri Tiara dan keluarga, begitu juga dengan Irfan dan keluarga turut hadir walaupun Tiara dan Irfan tidak bersama lagi. Keluarga Ryan juga semua hadir, kecuali Ryan seorang. " Kita mulakan saja... Aaisyah... Papa pun tak tahu Ryan dimana sekarang..." Aaisyah menganguk sahaja dan memberitahu pengerusi majlis untuk teruskan majlis.

" Babe.... " Shawafinaz memeluk Aaisyah dari belakang. Aaisyah senyum kelat. " Dia tak datang ke?" bisik Wafin ke telinga Aaisyah. Aaisyah menggeleng. Mawar juga turut memeluk Aaisyah. " Sabar Ecah... Mungkin Ryan lambat sikit kot.... Ecah ada bagitahu Ryan?" Aaisyah menganguk. Kerongkong Aaisyah rasa agak perit kerana menahan air mata yang sudah hampir keluar. Hari ini adalah hari yang sangat penting bagi Aaisyah, kerana setiap kali hari jadi Ryan, Aaisyah pula yang akan memberi kejutan buat Ryan. Apabila pengerusi majlis meminta Aaisyah naiknke atas pentas, Marwaddah dan juga Shawafinaz juga menemani Aaisyah. Semua hadirin bersorak dan menyanyikan lagu Happy Birthday. Namun dalam hati Aaisyah, hanya tuhan sahaja tahu betapa remuknya hati Aaisyah. ' Ryan... I am dissapointed in you... You promise world and I fell for it... You used to put me first and I adored it....' Selepas menyanyi Happy Birthday,  Aaisyah memotong cake tiga tingkat yang juga berwarna pastel blue. Lepas memotong cake, Aaisyah memberi ucapan ringkas.

" Good evening everyone and thank you for coming today, it is an honor to have you all friends and family as a guest of honor to celebrate my birthday. Unfortunately, my husband is not able to attend this eveninv, as he has to travel somewhere. Atuk...Elora... Mama... Papa... Papa Mark...Daddy Fernandez... Mommy Dianne.... Thank you for throwing this beautiful party. My best-friends.... Wafin... Mawar... Tiffany... I love you so much... I am glad to have lovely friends like you all. Have a good evening everyone and enjoy the dinner. Thank you..."  Semua hadirin bersorak dan Aaisyah turun dari pentas. Tiffany terus memeluk Aaisyah sebaik sahaja Aaisyah turun dari pentas, Tiffany juga turut rasa geram dengan Ryan kerana tidak hadir  majlis hari jadi Aaisyah. " I am sorry he did this to you Aaisyah... I promise he is going to get a two hour lecture from me..." Tiffany berbisik ke telinga Aaisyah. Aaisyah ketawa sahaja dengan apa yang dikatakan Tiffany kerana ayat Tiffany agak lucu. Sudah tentu Ryan akan panas telinga dengan bebelan Tiffany nanti.

Tepat pukul sebelas malam semua tetamu bersurai. Aaisyah meminta pekerja hotel membawa semua hadiah-hadiah ke biliknya. Malam ini Aaisyah dan Ryan patut tidur di hotel La Maurice namun Ryan lansung tidak datang untuk majlis Hari Jadi Aaisyah. " Ecah... I have good news, my mom and in law will take care of my kids... So Mawar can stay with you... But just till the morning...."  mata Aaisyah bersinar sebaik sahaja Mawar bersetuju untuk tidur dengan Aaisyah. Shawafinaz juga meminta izin dengan Khai untuk bermalam dengan Aaisyah. " Me too Ecah... I want to join... Just like the old days... Girls night...." Aaisyah gembira dengan pengorbanan dua sahabatnya. Sudah lama mereka tidak meluangkan masa bersama. Namun mereka tidak akan berparti seperti dahulu. Shawafinaz sudah memaklumkan dengan Aaisyah bahawa Khai mahu membawa Wafin ke rumah anak yatim. Aaisyah sudah dapat mengesyaki sesuatu tetapi tidak mahu menyuarakan apa yang difikirkannya, biarlah Wafin dan Khai sendiri bagitahu Aaisyah, Puan Khadeejah dan Marwaddah. Ketika Aaisyah, Wafin dan Mawar seronok bercerits dalam bilik sambil membuka hadiah, Aaisyah mendapat whatsapp dari Ryan, namun Aaisyah biar sahaja tanpa membalas.

Ryan: Sorry... Did'nt make it. Flight from Penang delayed. Happy birthday.

Seminggu kemudian

Setelah berfikir masak-masak, Wafin mengambil keputusan bahawa dia sudah bersedia untuk mengambil anak angkat. Di sebuah rumah anak yatim, Wafin dan Khai memilih untuk mengambil Aiman yang berumur lima tahun. Seorang anak yang baik, pendiam dan salah seorang penghuni yang rajin di rumah asuhan kanak-kanak. Tidak lama kemudian, Wafin dan Khai mengambil salah seorang bayi yang ditinggalkan di rumah anak yatim yang sama. Seorang bayi perempuan yang baru lahir selama seminggu yang lalu.  Shawafinaz memberi nama Khalida Shafiqa kepada bayi tersebut. " Aiman... Mari sini... Aiman ada adik baru tau... Nama dia baby Ida...." Khai berkata kepada Aiman yang sejak tadi pandang bayi yang didukung oleh Khai. " Ida? " tanya Aiman tanpa menunjukkan muka iri hati. " Ya sayang... Aiman mesti janji tau... Jadi abang yang baik... Jaga adik Ida elok-elok... Boleh kan sayang?" Tambah Wafin pula. " Boleh... " jawap Aiman sambil memeluk Wafin. Khai menyerahkan Khalida kepada Wafin dan Aiman mencium adiknya. " Abang sayang adik...." Aiman berkata dengan suara comel. Hajjah Khadeejah banyak membantu Wafin untuk menjaga Aiman dan Khalida.

Aaisyah membawa hadiah yang banyak untuk Aiman dan juga Khalida. Walaupun hati Aaisyah agak iri hati, melihat kebahagian terpancar di wajah Khai dan Wafin, Aaisyah tetap gembira untuk mereka. Khai dan Shawafinaz sama-sama memutuskan untuk mengambil anak angkat, dan enggan jumpa Doktor Pakar kerana tidak mahu mencari punca sebab mereka  tiada zuriat sehingga sekarang. Hal ini disebabkan mereka tidak mahu pekara tersebut mengganggu rumah tangga mereka, jadi mereka memutuskan untuk melupakan dan berbakti kepada anak yatim dan mengambil anak angkat, anak yang memerlukan kasih sayang. " Wafin... Do you think I should adopt?" Aaisyah tiba-tiba mendapat idea. Shawafinaz yang sedang mendodoikan Khalida memandang kearah Aaisyah. " Ermmm... Ecah kena yakin tau dengan keputusan Ecah... Anak ni... Bukan macam anak patung Ecah... Lagipun.. Kalau niat Ecah untuk ambil anak angkat sebab nak selamatkan rumah tangga Ecah... Niat tu salah... Sebab niat Ecah kena betul... Kalau niat Ecah untuk ada anak penyeri hidup Ecah... Wafin sokong seratus peratus... Tapi Ecah kena yakin dengan keputusan Ecah... And the most important thing... Ryan setuju dengan Aaisyah..." panjang Shawafinaz berikan nasihat kepada Aaisyah.

" Aku stresss lah... He is not the Ryan I knew before...." Aaisyah meluahkan segala isi hatinya. " Ecah... Sabar okey... He is just going through a rough phase... And Ecah pula... Just be there for him... Maybe dia belum ready untuk cerita masalahnya.. So Ecah kena banyak bersabar." Aaisyah sudah bosan mendengar perkataan sabar, sabar dan sabar dari Wafin dan juga Mawar, Aaisyah memang iri hati melihat kebahagiaan Mawar dan Wafin bersama suami masing-masing. Telefon bimbit Aaisyah berbunyi menandakan ada Whatapp masuk. " Wafin... Ecah datang petang esok tau... Ecah nak jumpa someone ni" Aaisyah cepat-cepat mengambil tas tangannya selepas membalas whatsapp tersebut. " Ryan?" tanya Wafin penuh mengharap. Aaisyah melepaskan keluhan dan menggeleng. Wafin juga turut hampa, kerana tidak sangka yang Ryan dan Aaisyah akan mengalami masalah seberat ini. " Drive safe... Ecah.... And take care okey... Love you..." Wafin berkata sambil menghantar Aaisyah ke pintu utama. Seperti biasa mereka akan berpelukkan sebelum  berpisah.

Irfan: Aaisyah... Are you free?

Aaisyah: knpa?

Irfan: Coffee

Aaisyah: Okey. Nti you send location.

Aaisyah menuju ke Coffee shop dimana Irfan mahu bertemu dengan Aaisyah. Pekara yang lepas Aaisyah mahu lupakan, kerana mereka semua sudah move on. Irfan dan Aaisyah bersetuju untuk menjadi kawan sahaja. Aaisyah mengambil tempat duduk berhadapan dengan Irfan. " Hi..  Aaisyah... You look pretty as always..." puji Irfan tanpa sengaja. Aaisyah senyum malu-malu, sudah lama Aaisyah tidak mendapat pujian seperti itu daripada seseorang lelaki. "I actually wanted to give this for your birthday... Tapi... I did'nt want Ryan to get the wrong message...." sebuah kotak berwarna biru diserahkan kepada Aaisyah. Aaisyah membuka kotak tersebut. Rantai emas yang sangat cantik, sehingga air mata Aaisyah hampir terkeluar. " Irfan...  You know I can't accept this... I mean it's beautiful... Thank you... But I... i can't..." Irfan memandang tepat kepada anak mata Aaisyah. " walaupun... Hadiah ini dari seorang sahabat?" Aaisyah serba salah. " Aaisyah... I know you are Ryan's wife... Tapi... I just want you to know... Kalau Ryan tidak sayang Aaisyah lagi... I still want you... Tapi... Kalau... You want to stay with Ryan .... Irfan faham... We can still be friends... Tapi... Just accept this please...." pujuk Irfan. Aaisyah menyimpan kotak yang diberikan Irfan. Irfan senyum kemenangan. ' This is my chance.   And I will get you Aaisyah...'  bisik Irfan dalam hati. Sekarang peluang Irfan cerah untuk dapatkan Aaisyah, tambah-tambah lagi Aaisyah dan Ryan sedang mengalami masalah rumah tangga.

Keesokkan harinya Mawar membawa Uzair dan Inara ke rumah Wafin untuk menjenguk anak buah baharu dan juga menjenguk Puan Khadeejah.  " Ecah... Apa yang Ecah buat ni?" Marwaddah dan Shawafinaz geram dengan Aaisyah kerana menerima pemberian Irfan. " What? Suami Ecah sekarang tak pedulikan Ecah...  so apa salah kalau ada lelaki lain nak berikan perhatian kepada Aaisyah... Ecah layan..." Kini giliran Wafin untuk menggeleng kepala. " Ecah... Please... Jangan buat macam ni... Sekurang-kurangnya selagi Ecah masih isteri Ryan... Jangan buat hal... Ecah... Cuba lah... Jangan mudah give up.... Maybe Ryan banyak problem dengan his business... Ecah focus saja dengan job Aaisyah... Family Aaisyah... And family Ryan. Family Ryan mesti support Aaisyah...Okey..." Aaisyah diam sedar bahawa dirinya salah keluar bersama Irfan semalam selepas pulang dari rumah Wafin.

" Mawar ada idea... Ecah buat favourite dessert Ryan... Mesti Ryan suka kan Wafin" Mawar rancak memberi idea. "Yes... Kalau tak Ecah masak something special for him... Then  Ecah boleh candle light dinner dengan Ryan... Mesti sweet...." Wafin menyokong idea Mawar. " Tapi... Ecah morning shift esok...." Aaisyah merungut dan memuncungkan bibir. " Lepas Ecah balik kerja lah... Anyway... Ecah... Ecah betul dah give up?" tanya Mawar.  " Entah lah Mawar ... Ecah memang dah rasa nak give up... Kalau dessert tak menjadi... Ecah serious.... I will leave.... " Marwaddah dan Shawafinaz sama-sama mengetap bibir, namun tidak berani untuk menyambunh topik perbualan mereka lagi. Mawar menghulurkan Inara kepada Aaisyah untuk mengalihkan perhatian Aaisyah daripada masalahnya sebesar alam semesta. Aiman dan Uzair pula seronok bermain bersama, Aiman senang sangat untuk bergaul dengan Uzair. " Mommy... Can I stay with abang Aiman..." tanya Uzair sambil menunjukkan muka polos dan comel. " Next time Zair okey... Mommy did'nt bring Zair's clothes... Later Abah... Will also want to play with Zair... Next week okey...." pujuk Mawar lagi.l " Okey mommy..." Jawap Uzair lembut.