Mati.Perkara yang biasa kita dengar hampir setiap hari.Tapi apa itu mati?Mati merupakan satu ketika satu jasad berpisah dengan roh.Waktu ini,boleh dikatakan badan kita tidak lagi boleh berfungsi mahupun berfikir.Badan kita boleh dikatakan bagai satu periuk besar yang kosong.Kosong,badan yang tidak bernyawa.Itulah bagaimana hampir setiap manusia menggambarkan mati.
Tetapi adakah di situ sahaja kita berakhir?
Kita akan ke mana selepas mati?
Siapa yang akan kita jumpa ketika mati?
Apakah yang berlaku ketika ketika mati?
Semua itu ialah persoalan yang masih ditanya-tanyai oleh ramai penduduk dunia yang masih hidup.Pelbagai perkara boleh disimpulkan berdasarkan soalan-soalan tersebut.Antara perkara yang berlaku selepas mati yang ramai ketahui adalah seperti yang berikut.Berdasarkan agama Islam,apabila mati kita akan disoal di dalam alam lain dan akan dihidupkan semula pada satu hari yang dikenali sebagai hari kebangkitan di mana semua manusia akan di hidupkan semula.Manakala bagi agama Buddha pula manusia yang mati akan di hidupkan semula di dunia kita sebagai makhluk yang baharu contohnya,mereka boleh menjadi burung,pokok,haiwan belaan,haiwan liar dan mungkin juga menjadi sebagai manusia semula.Tetapi bagi mereka yang telah mencapai satu tahap kebaikan yang digelar nirvana akan berhenti dihidupkan semula.Itulah contoh-contoh perkara yang dipercayai akan berlaku selepas mati.
Ramai manusia yang akan takut apabila dibincangkan isu mati atau sebagainya.Namun,ada juga yang lansung tidak gentar dengannya.Walau bagaimanapun,hakikatnya semua orang takut akan maut yang akan tiba.Jadi disebabkan takut itulah,ramai manusia yang mengejar masa untuk memenuhi segala kehendak hidup yang mesti dilaksanakan sebelum ajalnya tiba.
Tetapi adakah manusia yang tidak sempat menyelesaikan urusan dunia mereka?
Adakah mereka akan merayau sebagai roh dan merasuk orang ramai supaya hasrat hidup mereka dapat dikabulkan?
Apakah yang akan berlaku pada hasrat tersebut?