Terasa kepanasan meluap tetapi bercampur hawa kesederhanaan di sekitar kawasan.Kelihatan kawasan yang penuh dengan warna jingga dan kemerahan serta keluasan bagaikan di Istana.Barangan yang tersusun rapi bagai dijaga sepanjang waktu serta perhiasan yang indah dipandang.Terdapat barangan yang kecil dan besar.Lantai terukir corak yang indah apabila dilihat,begitu juga dengan dindingnya.Jika dilihat keatas,terdapat juga perhiasan seperti lampu dan ukiran yang terserkam serta tinggi menjangkau jauh daripada lantai.
Selain itu,tingkap-tingkap atau birai mempunyai pelbagai saiz,dari yang kecil hingga yang besar.Di sekeliling setiap tingkap terdapat ukiran corak yang menjalar.Pintunya besar jika ingin dibandingkan dengan pintu yang biasa,dan juga terdapat corak serta beberapa tulisan.
"Silakan duduk tetamuku"kata seseorang yang sedang duduk di kerusi bersama meja.
Rihisna melihatnya dan berjalan ke kerusi yang berada di sebelah kanan orang yang menjemputnya duduk,kemudian Rihisna terus duduk.
"Oh jemput minum"berkata sambil mengakat gelas kepunyaannya dan minum.
Rihisna juga mengambil gelas yang berisi air dan minum.
"Srupppp"bunyi daripada hirupan air yang diminum Rihisna.
"Mmmmmmm,wahhh sedapnya,sehigga tidak boleh terkata"kata Rihisna sambil tersenyum.
Demikian,Rihisna merasa matanya ingin tertutup dan terjatuh keatas meja.
DUMP! bunyi hentakan meja.
"Haaa,haaaa,haaaa,adakah air ini?"nafas Rihisna berasa sesak dan terus pengsan.
Mata terbuka sedikit demi sedikit.Melihat sekeliling dengan tatapan pudar.Terasa tubuh kepanasan yang hangat bercampur kesederhanaan yang menyamankan serta terasa lembut dan empuk di tubuh bahagian belakang.
"Aku dimana? tem..pat ni? macam Istana? YA! Tak salah lagi!"berbisik di hati.
"OH! sudah cukup tidur wahai anakanda tersayang?"suara kedengaran dari arah sisi kanan yang tidak beberapa jauh.
Terus melihat kearah suara yang terhasil dan terkejut bercampur kaku seluruh tubuh.
"Ha? Ayahanda?"nada suara perlahan bercampur pelbagai pertanyaan di dalam benak fikiran.
"YA! Anakanda sudah lama tidak berjumpa kan? apa khabar sihat?"bertanya dengan riak muka tersenyum sinis.
"Ma..cam ma..na saya boleh berada di sini Ayahanda? apa dah jadi dengan sumpahan?"bertanya dengan nada suara yang lembut bercampur dengan penuh pertanyaan serta memperlihatkanmuka yang lemah kepada ayahnya.
"Hahaha! anakanda jangan begitu? jawablah pertanyaan ayahanda dahulu"maklum balas dari ayahnya yang ingin anaknya menjawab pertanyaan ayahnya dahulu.
"Ha? OH,saya rasa sihat dan nyaman,terima kasih ayahanda"membalas dengan nada yang lembut kepada ayahnya dan bertanya khabar kepada ayahnya
"Ayahanda? apa khabar sihat? OH! dan ibuanda di mana?"riak wajah pada mulanya tenang kemudian memperlihatkan wajah yang serius.
"Tenang,anakanda tenang,ibuanda ada di Istana"kata ayahnya.
"Ibuanda berada di sini wahai anakanda"nada suara yang datang dari belakang ayahnya yang tidak berapa jauh.
"Ha?! Ibuanda! Ibuanda!"Noriala terus berlari sambil memanggil ibunya dan terus kearah ibunya serta memeluknya dengan erat.Begitu juga dengan ibunya,menyambut pelukan anaknya dengan penuh rasa hiba dan kerinduan bercampur baur di dalam hati.
"Ibuanda,anakanda rindu ibuanda"berkata sambil air mata mengalir dengan secara tiba-tiba dan bunyi suara teresak-esak kedengaran.
"Hmmmm,anakanda,kamu jangan berkata begitu,ibuanda berada disini"sambil mengusap kepala anaknya.
"Ibuanda pun merindui anakanda"berkata sambil mengalirkan air mata sedikit di pipinya.
"WAH! sungguh dramatik sekali!"kata bapanya sambil menepuk tangan.
"Isteri dan anak ku! berkasih sayang tanpa aku,hahaha"dengan nada suara kuat tetapi sederhana berkata serta menunjukkan riak muka kegembiraan.
"Baiklah! wahai anankanda ku,sudahkah kau berjaya mencapainya? apa seperti ayahanda mahukan? wahai anak gadisku yang manis"berkata dengan penuh pertanyaan kepada anaknya.
"Haaa? Apa? Men..capai? berjaya?"anaknya membalas dengan riak muka penuh dengan pertanyaan.
"Hahaha! sudah lupa ke? wahai anakanda" bapanya membalas pertanyaan anaknya sambil ketawa perlahan.
"Tunjukkan kepada ayahanda! iktas unsur api tahap tertinggi sekarang!"nada suara berubah dengan kuat.
Shusssususussuhhh!
Bunyi daripada iktas ayahnya yang menerbangkan diri dan terus duduk di kerusinya,dengan erti kata lain singgahsananya.
Secara tiba-tiba emaknya berkata
"Apa ni awak! anak kita baru je pulang,bagi dia masa sedikit untuk berehat!"dengan nada suara kuat tetapi lemah lembut.
"Apa awak kata rehat? Hahaha! dah takde masa dah ni,aku dah bagi kerehatan yang secukupnya semasa dia masih mentah,dah tak de masa untuk bermain-main lagi!"nada suara yang tinggi terhasil dan memperlihatkan riak muka yang berkerut menandakan ketegasan yang tinggi.
Suasana persekitaran menjadi senyap sepi seketika,setelah suara yang lantang daripada Sang Raja Kerajaan Ipa.Demikian,kesedihan dan pertengkaran sebentar tadi,adalah datang daripada keturunan diraja atau erti kata lain keluarga diraja.Ayahandanya adalah raja kepada Kerajaan Ipa dan ibuandanya Permaisuri Kerajaan Ipa bernama Noria serta anakandanya Puteri Kerajaan Ipa bernama Noriala.Kerajaan Ipa adalah kerajaan yang berunsurkan tenaga api.Tetapi hawa persekitaran,tidak sepanas api.Ini kerana,Kerajaan Ipa sudah mencapai tahap tertinggi,dengan erti kata lain Iktas yang berunsur api tahap yang tertinggi daripada kerajaan lain.
Selain itu,Kerajaan Ipa juga menguasai barangan galian seperti perak,gangsa dan termasuk Nailber.Dengan erti kata lain,Kerajaan Ipa adalah tempat sebuah kerajaan yang mengeksport barangan galian untuk kerajaan luar.Segala hasil kekayaan dibahagi sama rata di Kerajaan Ipa.Di kerajaan ini,tidak seorang pun yang tidak memiliki harta untuk hidup.Ini kerana,Kerajaan Ipa tidak mempunyai keindahan atau disebut alam sekitar yang indah untuk digunakan.Mereka terpaksa mengimport makanan dan tumbuhan daripada kerajaan luar untuk mendapatkan keperluan bekalan makanan.
"HEI!...KAU TIDAK DIBENARKAN MASUK KE SINI!...PERGI!"
"HAAAARGH!!!"kedengaran bunyi daripada luar pintu ruang utama Istana,yang dimana mereka bertiga berkumpul.Bunyi suara askar penjaga memecahkan kesunyian setelah berlaku pertengkaran antara ahli keluarga.
TREEEKKK! TUPM! bunyi daripada hentaman pintu apabila dibuka dengan agak kasar.
"Haaa fuhhh dapat pun masuk,susah betul"suara daripada sang pengembara iaitu Rihisna sambil menggosok-gosok baju untuk menghilangkan debu.
"OH! kau rupanya?"kata Raja Kerajaan Ipa dengan riak wajah tersenyum sinis.
Rihisna terus melihat kearah Sang Raja dan tersenyum seraya berkata..
"Maafkan saya wahai Sang Raja yang mulia kerana telah membuat keributan di Istana Tuanku"balas Rihisna sambil menundukkan kepala.
Secara tiba-tiba Noriala terus pergi kearah Rihisna dan melihat seluruh tubuhnya dari kaki hingga ke hujung rambut.
"OH! kau rupanya! yang mengacau aku dalam mimpi! .aku melihat kau sedang bertarung dengan aku!"reaksi wajah yang terkejut diperlihatkan oleh Noriala kepada Rihisna.
"Eik? mimpi bertarung? hmmmmmmm?"Rihisna membalas percakapan Noriala dengan kebingungan.
"Setahu aku,aku jumpa kau dekat bahagian Utara Kerajaan Tupmur"berkata dengan nada sederhana kuat kepada Noriala.
Setelah seketika,keduanya kebingungan didalam benak kepala yang mempunyai beribu pertanyaan untuk dijawab.Kedua orang yang telah dipertemukan tanpa tidak disengaja ingin mencari jawapan,apa?,kenapa? dan bagaimana ianya boleh berlaku serta siapa?
Demikian,Noriala melangkah ke belakang dengan kaki kanan beberapa inci daripada tapak asal dan..
SHUUSUSUSUSUHHHH! bunyi daripada iktas berunsur api yang berada di tangan kanan Noriala
ZUSSSSSS! FSSSSZZZZZ!....Noriala terus menghalakan api di tangan kanannya ke arah Rihisna dan terus menembaknya.
"Apa hal nye niii!?"Rihisna sempat mengelak dan berkata dengan nada suara yang lantang bercampur pertanyaan.
"Kau adalah musuh yang berada dalam mimpi aku! jadi kau juga adalah musuh di dunia nyata!"Noriala menjawab pertanyaan Rihisna dengan cepat dan lantang suaranya serta memperlihatkan wajah yang serius ingin bertarung.
"OHHH! kalau begitu,mari! aku akan bertarung!"Rihisna memenuhi permintaan Noriala dan terus menyahut cabaran.
"MANTRALANA!"tamparan sisi kiri!"Rihisna mengucapkan kata iktas dengan reaksi wajah serius dan terus menuju ke arah Noriala dengan pantas.Rihisna mengangkat tangan kiri ke paras bahu.
BTOOOOOMMMMMM! tamparan kena tepat pada tangan kanan Noriala yang sedang menahan.
ZZZSSZZSSZSZSZSZSZZSZS.....bunyi yang berdesing terhasil daripada pertembungan kedua iktas serta terhasil gegaran di sekitar ruang utama Istana.
"Hmmmmm,boleh tahan"kata Rihisna sambil menunjukkan senyuman sinis kepada Noriala.
Noriala menepis serangan Rihisna dengan tangan kanannya menuju kearah sisi kanan dengan tangkas.
ZSUFFFFHHHFHF! bunyi efek api di tangan kanan Noriala yang berhamburan.
Rihisna terus melompat mengundur ke belakang sambil mengapungkan diri.
Berlawanan itu disaksikan oleh Sang Raja dan Permaisuri Kerajaan Ipa di depan mata secara terang-terangan.Bunyi bising dari iktas kedua belah pihak dapat dirasai dengan jelas dan kuat.Sang Raja hanya berdiam menyaksikan dengan tenang bercampur kegembiraan.Begitu juga dengan Permaisuri tetapi sedikit berbeza, kerana melihat anaknya gadisnya pandai bertarung.Dia merasa tidak sangka yang anaknya mahir bertarung.Sang Raja berdiri dan turun dari singgahsana.Terus menuju kearah isterinya Noria.
"Baiklah sudah sampai masanya untuk kamu menunjukkan iktas tahap tertinggi..wahai anakanada ku"kata ayahnya kepada anaknya dengan muka yang berkeyakinan.
"Tapi!"Ibunya berkata dengan wajah terkejut dan secara tiba-tiba dipotong oleh anaknya.
"Baiklah! saya akan lakukan wahai ayahanda"Noriala berkata dengan nada suara yang sedikit kuat serta menunjukkan wajah yang serius dan berkeyakinan.
"Hmmmmm,iktas tahap tertinggi?".Rihisna berbisik di dalam hati seketika.
"Haaaaaa,Fuhhhhhh"Noriala menarik nafas dan menghembusnya keluar sambil diperhatikan oleh Rihisna.
Demikian,gegaran sederhana terasa di ruang utama Istana
Trkrkrkrkrkrkrr.....bunyi gegaran yang terhasil daripada tenaga yang dikumpulkan oleh Noriala
Zuzzzzuzzsszsszs....Fsszzsszsshh....aura api keluar di sekeliling tubuh Noriala membentuk sfera bergaris di depan dan belakang.Hawa kepanasan dapat dirasai di sekitar ruang.Tenaga semakin mengumpul dan mengumpul
TUFFFFF!...zzzaszszsszszszs.....aura di sekeliling tubuh Noriala bertukar menjadi api yang marak berbentuk sfera berwarna jingga bercampur kuning.
"Hahaha! bagus sudah mengeluarkan aura tahap pertama,seterusnya masukkan aura anakanda ke dalam tubuh"secara tiba-tiba ayahnya berkata dengan anaknya dan serta merta memerintah anaknya.
Rihisna sedang asyik memerhatikan Noriala yang sedang menghasilkan iktas tahap tertinggi.Sebelum ini dia tidak pernah melihat yang bahawa iktas boleh dimasukkan kedalam tubuh.
"Nampaknya aku harus membiarkan dia sebentar sehingga dia bertukar atau semacamnya"
Rihisna berbisik di dalam hati dengan perasaan membara yang kuat ingin mengetahui apa yang akan terjadi.
ZSSZSZSZSSZZSZZSZZZSZ...FSZSZFZZFSZSz....tenaga yang semakin kuat dapat dirasai.Kuat dan terus kuat.
DIIIING! bunyi berdesik dapat didengari dan cahaya keluar daripada tubuh Noriala serta tenaga yang kuat terasa di sekeliling ruang ,gegaran kuat juga dapat dirasai.
BOOOOOOMMMMMM!....TUFFFFFFFF!...letupan terhasil dan api berhamburan merata tempat bagaikan percikan air tetapi berunsur api.Jika dlihat api di ruang tersangat marak membakar seluruh tempat.Rihisna terus melihat kearah Noriala.Tetapi tiada apa-apa perubahan yang berlaku.
"HMMMMMM! aku kecewa dengan mu wahai anakanda"kata-kata yang keluar daripada mulut ayahnya dengan nada suara yang kuat bergema.
TEZUSSSSSSSSSSSSS! sedutan yang menyerap keseluruhan api di ruang utama Istana terpadam serta merta.Resapan itu dilakukan oleh ayahnya dengan hanya menggunakan satu jari sahaja.
"Anakanda!....anakanda!"suara teriakan dari ibunya sambil berlari menuju kearah anaknya yang tersungkur duduk.
"Koch...koch...kock"Noriala terbatuk-batuk
"Haaa....haaa...haaa..."Noriala menarik nafas terus dan terus
"Anakanda kamu tidak apa-apa"kata ibunya dan terus memeluk tubuh anaknya dan menatap wajah anaknya yang kelihatan pucat kepenatan sambil mengusap kepala anaknya.
Demikian,Rihisna pergi menghampiri ke tempat Noriala dan ibunya.Justeru melihat kearah Noriala dan menghulurkan tangan kanannya ke tubuh Noriala.
"MANTRALANA!...Penyembuhan tubuh!"kata kalimat ucapan yang disebut oleh Rihisna dengan lantang.Kelihatan cahaya berwarna hijau wujud di tangan kanan Rihisna dan menyinari tubuh Noriala.
"OH! Kau mempunyai iktas penyembuhan"kata-kata yang keluar daripada arah belakang Rihisna iaitu Ayah Noriala.
"Fuhhhh"hembusan nafas daripada Noriala serta muka kelihatan semakin baik.
"Oh...Syukur anakanda sudah sembuh"ibunya mengucapkan kata syukur dan terus memeluk anaknya.
Noriala melihat ke arah Rihisna dengan reaksi wajah kebingungan dan berkata..
"Kenapa kau selamatkan aku haaa?"
"OH!...aku pun tak tahu kenapa?"Rihisna membalas dengan riak muka tenang sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya.
"Erm..pelik?..tapi....Te..ri..ma..Ka..Kasih"Noriala berkata dengan nada perlahan bercampur tergagap-gagap.
Rihisna tersenyum dan berkata"Sama-sama...hehehe"
Noriala terkejut melihat reaksi Rihisna,seolah-olah tiada apa yang berlaku dan dendam.Sedangkan dia dan Rihisna sudah bertarung seketika.
"Baiklah! nampaknya kau masih tidak melepasi tahap tu lagi,apa boleh buat benda dah jadi"kata ayah Rihisna sambil menunjukkan reaksi muka pasrah dan terserah.
"Tetapi! kau harus dihukum"secara tiba-tiba nada suara ayahnya meninggi.
"Hukumannya ialah kau tidak boleh keluar daripada Istana sehingga kau mencapai tahap tertinggi!"nada suara ayahnya yang kuat boleh didengari seluruh ruang utama Istana.
"Apa!"kata Noriala terkejut bercampur kecewa.
Justeru ibunya menunjukkan reaksi penyesalan dan kecewa serta berkata kepada Sang Raja Kerajaan Ipa...
"Awak tidak boleh buat macam ni! dulunya awak menyumpah anak kita! sekarang awak nak mengurung dia pula!"nada suara yang lantang dapat didengari.
"HAHAHAHA!....jika anakanda kita melepasi tahap tertinggi semua ni tak kan berlaku kan?"
"Jadi! ni salah siapa?"ayahnya tertawa dengan lantang dan mengucapkan kata pertanyaan kepada anaknya dan isterinya.
Keadaan sunyi seketika,yang hanya kedengaran bunyi iktas milik Rihisna iaitu iktas apungan.Secara tiba-tiba Rihisna bertanya kepada Sang Raja.
"Wahai Sang Raja Kerajaan Ipa! adakah cara lain atau syarat yang lain untuk Putri Tuanku"
Rihisna mengeluarkan kata-kata memuji dan bertanya kepada Sang Raja.
"Hrmmmmm,ada sebenarnya"kata Sang Raja sambil memperlihatkan wajah berfikir.
"Apakah dia? wahai Sang Raja"Rihisna membalas dengan nada pertanyaan ingin tahu.
"Baiklah...syaratnya ialah..."
"Putri aku harus mempunyai teman yang sentiasa berada disampingnya"kata Sang Raja kepada pengembara iaitu Rihisna.
"OH! begitu"kata Rihisna dengan nada suara tenang dan wajah yang memahami.