Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

M.A.G.I.X [ MALAY ]

🇲🇾Ezakiel02
--
chs / week
--
NOT RATINGS
53.9k
Views
Synopsis
Sejarah ketamadunan manusia yang kita pelajari ada menceritakan tentang perang dunia yang berlaku kira-kira sedekad yang lalu yang bermula dengan perang dunia pertama. Dunia aman seketika sebelum perang dunia kedua pula meletus kira-kira 20 tahun kemudian yang melibatkan negara kita yang dikenal sebagai tanah Melayu pada masa itu. Suatu ketika dahulu, tanah Melayu terkenal dengan kegagahannya apabila rata-rata rakyatnya mampu mengawal unsur elemental. Ini adalah keistimewaan yang dianugerahkan kepada bangsa Melayu. Anugerah ini dicemburui oleh orang-orang barat. Mereka telah merencana satu pelan jahat. Mereka bersatu dan bersepakat menjajah negara-negara di Asia Tenggara. Sehingga suatu hari kesemua kuasa sakti tersebut lenyap. Demi mencapai keamanan dan kemerdekaan tanah Melayu, para pemimpin Melayu ketika itu telah membuat satu perjanjian dengan sang penjajah dengan syarat, "seluruh ilmu magis perlu dilenyapkan" kata sang penjajah tersenyum sinis. Tepat pada 31 Ogos 1957, jam 12.00 tengah malam. Suatu mantera terterai memisahkan kedua-dua dimensi. Akibat daripada itu, dunia magis telah dilupakan oleh alam manusia. Kegagahan bangsa Melayu mula pudar. Suatu malam, pertembungan dua dimensi berlaku. Seorang budak lelaki dari alam magis telah bertemu dengan seorang lagi dari alam manusia. Adakah ini petanda untuk bangsa Melayu bersatu dan bangkit semula? Di situ bermula segala pengembaraan dan misteri mula terungkai satu demi satu. Segala persoalan kian terjawab, sejarah yang sengaja disembunyikan bakal menggegar dunia semula.
VIEW MORE

Chapter 1 - PROLOG

Istana gergasi yang diperbuat daripada batu-bata berwarna putih berdiri megah. Lantai jubin yang dihiasi permata berkilau.

Seorang wanita dalam usia 30-an sedang duduk di atas singgahsana di tengah-tengah balairung istana megah itu.

Di dalam ruang balairung itu sekitar 6 orang pengawal istana sedang berkawal. Mereka mesti melindungi wanita itu selaku pemerintah kerajaan.

Sejak akhir-akhir ini, sekumpulan ahli sihir jahat telah muncul lalu mengancam kedudukan permaisuri juga seluruh kerajaan itu.

Tidak lama kemudian, pintu besar yang menjadi pintu masuk balairung itu dibuka.

Di sebalik pintu itu, seorang pengawal dengan wajah yang agak cemas bergerak laju menghadap permaisuri.Setibanya dia di hadapan permaisuri, dia segera melutut dan tunduk tanda menghormati pemerintah agung itu.

"Ampunkan patik tuanku" sambil menunduk sang pengawal bersuara.

"Ade khabar baru ke?"

Walaupun wanita tersebut merupakan seorang permaisuri, dia menggunakan bahasa bersahaja ketika berkomunikasi.

"Benar tuanku, patik ingin menyampaikan satu khabar sedih."

"Khabar sedih?" Wajah sang pemerintah itu mula berkerut.

Pengawal-pengawal yang berkawal di dalam balairung itu turut mencuri dengar perbualan antara permaisuri dan pengawal utusan tersebut.

"Kerajaan Alam telah tumpas, tuanku. Wira-wira MAGIX juga terkorban."

"Kerajaan Alam?!" Permaisuri itu terkejut, matanya membesar. Setahunya kerajaan alam merupakan kerajaan yang terkuat antara kesemua 14 kerajaan yang dipimpinnya.

Selain itu, pemerintah itu turut terkejut apabila mendapati Wira-Wira MAGIX turut tumpas. Sejauh mana kekuatan musuh?

" Nampaknya kita mesti perkukuhkan ketenteraan kita. Pengawal laporkan keadaan ini kepada semua pemimpin kerajaan. Musuh kita kali ini bukan calang-calang."

Wajah permaisuri itu sungguh serius dengan matanya yang tajam melihat jauh kehadapan.

"Baiklah Tuanku, Titah Tuanku akan patik junjung."

Dengar sekali, gaya percakapan sang pengawal tidak ubah seperti gaya percakapan di waktu zaman kesultanan melayu. Namun ini semua berlaku di dimensi lain.

14 Tahun Kemudian....

-bersambung-