Aku maisarah, aku dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana dan aku bersyukur pada tuhan kerana telah menghadirkan aku dalam keluarga ini. Tahun ini aku sudah berumur 23 tahun dan bersambung pelajaran di universiti kuala lumpur, aku belajar dengan gigih untuk membanggakan kedua-dua ibu bapa ku. Namun perkara itu tidak bertahan lama setelah aku diuji oleh yang maha kuasa dengan kehadiran seseorang yang akan merubahkan semua sikap aku dan kepercayaan aku kepada allah, begitu juga harapan ibu bapa aku. Disinilah semuanya bermula.
" Mai, cepatlah nanti kita lambat pergi ke kelas ni nanti, tak pasal-pasal kang kita kena marah dengan pensyarah kang" rungut alisa, ini alisa kawan aku waktu sekolah menengah lagi dia ni kalau lambat seminit jje pasti dia akan membebel bagai. "Ye aku dah nak siaplahh ni" mengurus tudung, kemudian akupun keluar dan aku melihat ke arah alisa yang sudah membuat muka cemberut di luar pintu bilik kami berdua. "alah, janganlah marah kan aku dah siap ni jom kite pigi kelas sekarang kau cakap nak cepatkan" pujuk aku dan alisa tersenyum lalu kami pun pergi sambil menaiki kereta kepunyaan alisa yang baru sahaja dihadiahkan oleh abangnya yang bekerja sebagai CEO di syarikat ternama.
Sesampainya aku dan alisa di universiti aku mengucapkan rasa syukur pada allah kerana masih memberikan aku peluang untuk menambah ilmu dan berbakti kepada ibu bapa begitu juga memberi nafas kepada aku dan sahabat-sahabatku. "Nasiblah kita sempat sampai kakau tak naya kita kena marah dengan pensyarah belly tu" kata alisa sambil menghela nafas lega, aku memandangnya lalu berkata "kau harus bersyukur kepada Allah sebab dia masih memberi kau peluang untuk belajar kena ingat tu" lalu alisa pun ucap syukur atas Allah, aku hanya tersenyum dengan gelagat sahabatku yang satu ini, dan setelah pensyarah memasuki kelas pelajaran pun dimulai dengan bacaan bismillah di dalam hati aku dengan berharap agar aku dan sahabat-sahabatku lulus dengan cemerlang.
Ketika waktu rehat, alisa memegang tangan aku dan "mai, jum pigi makan di kafeteria asyik aku seorang je" aku mencuba untuk menolak namun aku juga berasa kasihan terhadap alisa lalu aku menemaninya ke kafeteria. "lisa, lepas kelas ni atau balik nanti temankan aku pergi bank aku nak transfer duit pada keluarga aku di kampung" alisa anggukkan kepala tanda setuju. selesai makan, "kau nak pergi mana tu, mai? " tanya alisa "aku nak pergi bayar makananlah nak pergi mana lagi" lalu alisa menghalang aku "tak payah biar aku yang bayarkan untuk kau" kata alisa "eh, tak payahlah aku taknak susahkan kau lagipun kau pun tahu yang aku ni bekerja kat kedai bakery di hujung sana tu" balas aku namun alisa tetap mahu membayarkan makanan yang aku telah makanan kerana alisa begitu keras kepala aku hanya membiarkan sahaja dia membayarkan makanan aku.