Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

DUCK KING : Playboy Prince

πŸ‡²πŸ‡Ύryu_7ani
--
chs / week
--
NOT RATINGS
3.9k
Views
Synopsis
Kim JunHui melarikan diri dari pembunuh upahan yang ingin membunuhnya kerana upah dari seseorang yang cuba memusnahkan dirinya dan kariernya.Dalam melarikan diri dia mengambil pilihan menjatuhkan diri dalam telaga yang disangka tiada air namun dirinya tenggelam menuju ke zaman silam. Di zaman silam itu,membuatkan dirinya pening serta kelam dengan perkara terjadi padanya.Mampukah dirinya mengharungi zaman silam atau dipanggil Joseon Era itu?

Table of contents

Latest Update1
PROLOG3 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - PROLOG

Sepatu yang kotor aku pandang lama lalu aku mengeluh perlahan.Fikiran aku berserabut bila memikirkan tentang keadaan sekarang.Mengenangkan sekarang musim covid-19 membuatkan aku serta orang ramai hilang pekerjaan.

"Ottoke?Duit makin nipis dan kereta pun dah kena gadai..."Lalu mengeluh sambil memandang langit.

Kalau dulu pekerjaan aku amatlah menyenangkan dan mampu memuaskan diriku.Dulu perempuan keliling pinggang sekarang?Helai rambut pun tak de.

"Kalaulah dulu aku tak bazirkan duit aku..Mesti sekarang aku tak susahkan?Ommaaaaa...."Air mata aku mula mengalir.

Macam mana aku tak menangis hidup aku sekarang macam anak pelarian dah tak cukup makan.

Sedang merenung nasib seorang diri dekat bus stop seseorang datang menghulurkan payung.Aku memandang ke arahnya dengan pelik.'Payung?Buat apa?'Tanyaku dalam hati dan dia kemudian menunjukkan langit yang mendung serta hujan mula gerimis perlahan-perlahan.

"Hah...Gomawo.." Kataku padanya tapi tidak dibalas malah dia membuka payungnya satu lagi lalu meninggalkan aku seorang diri di bus stop yang usang ini.Disini bus takkan berhenti sebab memang sudah usang dan tempat perhentian ada satu lagi didepan sana membuatkan bus akan berhenti disitu saja.

Aku memandang payung milik orang tadi.Macam mana aku nak kenal diri dia kalau jumpa nanti?Dia menutupi wajahnya dengan baik sekali sehingga tidak menampakkan kulit wajah.Berhoodie besar serta seluar trek manakala diwajahnya ditutupi dengan mask hitam dan kaca mata hitam kemudian bertopi.'Artis ka?'Tanyaku dalam hati.

Aku tak memikirkan lebih sebab daripada fikirkan dia baik aku balik masak ramyeon.Perut pun dah terasa lapar esok aku mula cari kerja.Takkan sampai sudah aku tak kerja habis itu aku nak makan apa nanti?

Aku melangkah pergi dari tempat itu serta memakai payung yang diberi oleh orang itu.

β€”β€”β€”β€”β€”

Sudah pukul 9 malam,hujan telah lebat dari pukul 7 tadi.Aku memeluk tubuhku kesejukkan kerana pemanas aku telah rosak.

"Sejuknya...Ini kalau letak aiskrim kat depan pun tak cair sampai esok ni"

"Tak boleh ini keluar kejap cari benda yang boleh panaskan diri"

Aku mengambil payungku terus keluar dari apartment untuk mencari bahan pemanas.

Dalam perjalanan,kedai,aku melihat poster pameran zaman joseon.Aku tersenyum sinis lalu tertawa kecil."Tch!Time covid pun nak buat benda alah ini.Patutlah kes makin naik dasar bodoh!"Umpatku dengan makian.

Sedang melihat poster itu,seorang perempuan cantik berhenti tak jauh dari aku sambil memandang telefonnya.Aku memandang atas bawah sambil menjilat bibirku.'Lawa siot!Ini kalau dapat catching ni confirm tak keluar bilik'Sifat miang aku dah keluar.

Aku perlahan-lahan mendekati perempuan itu dengan pandangan nafsu."Alone?"Tanyaku dengan berani.

Dia memandang aku dengan pelik lalu memerhati aku dari atas sampai bawah sambil tersenyum.Dia mengangguk lalu memegang tangan aku.

'Yes!Dapat bantal peluk malam ni'Sorakku dalam hati.

"Awak nak pergi mana ni?Nak oppa hantarkan" Tanyaku dengan baik lalu merangkul bahunya.Lupakan bahan pemanas kat depan ini pun dah dapat buat aku panas.

"Saya nak balik tapi tak ada orang teman" Katanya dengan manja.Aku mula memiang dengan suaranyβ€”β€”

Kejap!Asal suara dia macam terjepit?Aku memandangnya pelik lalu tertoleh ke bahagian lehernya.Besar...Wait?!!

Mata aku membulat lalu perlahan menjauhkan diri darinya.Dia mula Menggedik manja kerana aku makin tidak mahu disentuh olehnya.

"Wae oppa~~Kenapa menjauh..Sinilah teman kita sejuk ni dahlah hujan..." Katanya dengan melirih.

"Andwae...Andwae..." Aku dah mula nak meraung dah.Mana tak meraungnya kat depan aku bukan perempuan asli tapi

PEREMPUAN JADIAN!BILA-BILA MASA JE BOLEH BERTUKAR JADI BURUNG HELANG TAHU TAK!!

"Haa....Oppa waegure???"Dia mula menghentakkan kakinya lalu mendekati aku malah aku makin kebelakang sambil menghalakan payung yang terbuka ke arahnya sebagai pertahanan keselamatan.

" Hajima!!Jangan dekat!!"Aku menggeleng laju lalu mengacah-acah untuk menyodorkan payung ke arah.

"Oppa ni kenapa hah?!!OPPA!!" Dia mula menyerang aku membuatkan aku menjerit.

"ARGHHHH!!!"

Aku menyodorkan payung ke arahnya lalu melarikan diri dari situ macam tak cukup tanah.Gila kau tak lari dahlah orang jadian kang dibuatnya aku ni jadi lauk pauk dia pula atas katil menyesal ngorat.

Aku melajukan larian apabila pondan tu mengejar aku dari belakang."KAU CARILAH MAKHLUK LAIN BAB- JANGAN KEJAR AKU!"Jeritku dengan meneruskan pelarian tanpa memikirkan kawasan yang aku masuki.

'Omma..Nak balik....'

β€”β€”β€”

"Yah kau dapat call dia tak?"Tanya lelaki dengan secawan kopi yang dipegang olehnya.

"Aniyo!Dia matikan telefon dia"Jawabnya.

Mendengar jawapan itu membuat lelaki itu mengeluh.Dia meletakkan cawan itu disisi meja yang ia sandarkan lalu menyilangkan tangan sambil memikirkan sesuatu.

" Waegurae?Apa yang terjadi?Kenapa kau minta aku call Jinhui malam-malam macam ni?"Tanya kawannya dengan pelik.Lelaki itu memandangnya kemudian menundukkan kepala.Sekali dia meraut lehernya dari belakang dan mengeluh panjang.

"Ada orang nak bunuh JinHui"

"What?!"

Lelaki itu mengangguk lemah lalu fikirannya menerawang kejadian tak sengaja yang ia dengarkan siang tadi.

*Flashback*

Dia keluar dari perut keretanya lalu terus memasuki syarikat kain ternama.Tempat syarikat yang pernah kawannya bekerja namun alasan kawannya diberhentikan kerja kerana covid itu tidak munasabah kerana kawannya bukan staff yang biasa namun kawannya merupakan pereka fesyen yang terhandal dalam syarikat walaupun dirinya menyorokkan identiti sebagai pereka fesyen.

Jika difikirkan syarikat takkan membuangnya tanpa sesuka hati mereka kerana sahabat dialah yang menaikkan nama syarikat itu jadi tidak mungkin mereka membuangnya sesuka hati dengan alasan tak munasabah.

Setelah dia berjaya memasuki syarikat itu dia terus meluru ke pejabat CEO.Untuk menanyakan sesuatu dengan CEO syarikat ini.

Sampai saja koridor kawasan CEO,dia memasuki kawasan itu.Sunyi tiada orang.Itu yang boleh dikatakan sekarang kerana tempat ini benar-benar sunyi secretary dia pun tak ada.

'Kemana mereka?'

Dia memandang sekeliling kawasan itu namun nihil satu cameraman pun tak ada.Dia mula pelik akan sesuatu.

Tanpa fikir panjang dia memasuki bilik itu,mencari sesuatu yang berkaitan dengan sahabatnya.Benar-benar teliti dicarinya.

Sedang sibuk dia mencari,pintu kedengaran seakan bakal terbuka lalu dia segera menyorok dibelakang almari yang masih memiliki ruang untuknya.Itu membuatkan dia tak nampak siapa yang masuk.

Hanya kedengaran derapan kaki yang berjalan dan bunyi laci dibuka.

"Take this"

"Aku nak kau bunuh dia"

"Siapa lelaki ini?"

"Tengok profile dia"

"Kim JinHui?"

Dia mula terkejut mendengar nama sahabatnya disebut.'Kenapa dia nak bunuh Jinhui?'Tanyanya dalam hati

"Bunuh dia and make it clear"

"Arraseo..Geundae..Kenapa dia bukan ke selama ini dia yang menaikkan nama syarikat ini?"

"Hmm..You're right but its not make me happy because of him do that..You must kill him because he has my big secret in their life."

"Ige mwoya?"

"You work just kill he not to know about that!I want you kill him and make it like he didn't never life in this world."

"Yes Sajangnim"

"Ganjaran lebih besar kau dapat kalau kau berjaya buat dia hancur malam ni"

Mendengarkan percakapan itu membuatkan dia kaku.Namun dirinya tak bisa berbuat apa-apa sekarang.Setelah beberapa minit keduanya meninggalkan ruangan itu lalu dia mengambil peluang keluar dari situ tanpa diketahui orang.

'Aku kena selamatkan JinHui'

β€”β€”β€”

Si mangsa yang menyorok ketakutan kerana sesuatu yang biasa saja tidak sedar ketakutan yang sebenar-benarnya akan datang membuatkan dia tidak lagi berada disini.

Si sahabat yang berusaha mencarinya demi menyelamatkan dirinya.

Si pembunuh yang telah lama mengekori mangsa sedang menanti masa untuk menerkam mangsa targetnya.

Dan Hujan makin lebat menitik sesuai dengan keadaan yang sudah kelam itu.Masa yang sesuai dia munculkan diri untuk menarik seseorang untuk menemui takdir dirinya.

TBC