Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Muhammad Amir Hadi bin Mahrizal

DaoistVG8zff
1
Completed
--
NOT RATINGS
2.7k
Views
Synopsis
Khilaf

Table of contents

Latest Update1
Khilaf3 years ago
VIEW MORE

Chapter 1 - Khilaf

Pagi menyingsing. Suasana yang disapa bayu dari ufuk timur telah mendamaikan hati Alya. Ditambah pula dengan rencah sinaran mentari yang tidak terlalu bahang. Awan pula sibuk menari menghiasi langit yang biru. Sungguh membahagiakan.

"Aku mahu tulis sepotong puisi untuk memberitahu dunia tentang bumi khatuslistiwa yang sungguh indah ini," Terdetik dalam hati nuraninya. Dia mengambil sebatang pena lalu mengekspresikan perasaannya pada kertas kosong itu.

Langit lazuardi menyapa bumi khatulistiwa

Ingin aku menjadi awannya

Yang penuh ragam manja

Untuk aku rasa berapakah harganya sepotong cinta.

Alya menulis puisi itu dengan penuh semangat. Mahu sahaja dia menjadi seorang penulis yang terkenal. Namun begitu, dia tidak pernah lupa pesan orang tua-tua supaya betulkan niat sebelum membuat sesuatu perkara.

"Alya!"

Terdengar pekikan suara ibu seperti gema halilintar yang menjajah ufuk bumi. Kuat dan gamat.

"Ya, ibu." Dia menyahut panggilan ibu daripada dapur.

"Alya buat apa tu?" Ibunya bertanya.

" Seperti biasa, Alya mencari idea untuk membuat puisi yang indah bait aksaranya," Alya berlagak seperti dirinya merupakan seorang penulis yang handal.

"Alya, berapa kali ibu hendak pesan? Jangan buat puisi! Pergi belajar!"

Ibunya melengking tak tentu fasal. Bukannya Alya telah berbuat salah! Dia hanya mahu memperjuangkan sastera Melayu. Cita-citanya sebening kaca. Namun begitu, di mata ibunya, cita-citanya dianggap sia-sia.

"Tapi ibu…"

"Tak ada tapi-tapi. Buat masa sekarang, ibu nak kamu fokus untuk belajar supaya dapat menjadi seorang yang berjasa pada bangsa dan negaranya. Berapa ramai sahaja yang berjaya dengan menulis? Seorang? Dua orang? Jika ramai sekali pun, tetap boleh dihitung dengan menggunakan jari!'

Belum sempat Alya menghabiskan kata-katanya, ibunya telah menyanggah dirinya dengan bebelan yang panjang.

"Jika difikirkan balik, ada betulnya juga kata-kata ibu. Aku mahu menjadi seorang doktor atau penulis? Dua-dua aku suka. Namun begitu, aku mesti pilih salah satu!"

"Ibu, boleh tak kalau Alya jadi seorang doktor yang pandai menulis puisi suatu hari kelak?" Alya menggunakan akal kancilnya untuk memikat hati ibu yang telah lama beku terhadap minatnya untuk menjadi seorang penulis.

"Boleh Alya, Tapi.. Alya mesti bijak bahagikan masa. Ibu bukannya mahu kongkong kamu, namun, demi masa depan kamu, ibu terpaksa berkeras," Ibunya menjelaskan tentang tindakannya yang seolah-olah merancang masa depan anak-anak.

"Baik, ibu," Jawab Alya ringkas. Terpampang jelas lorekan senyuman yang tidak sengaja muncul di bibirnya.

Petang itu, Alya keluar ke kedai untuk membeli barang yang telah dipesan oleh ibunya. Alya bukanlah lahir daripada keluarga yang senang, dia merupakan seorang anak yatim sejak lahir lagi. Tidak sempat menatap wajah seorang yang bergelar ayah.

Ibunya pula hanya mengharapkan pendapatan daripada menjaja di sebuah kedai. Adakalanya perniagaannya tidak mendapat sambutan. Namun begitu, masalah kewangan tidak pernah menghalang Alya daripada nekad mencapai cita-cita barunya itu, menjadi seorang doktor yang pandai menulis puisi.

Kedai runcit yang hendak dituju oleh Alya terletak hanya beberapa meter daripada rumahnya. Oleh itu, Alya hanya memerlukan sepasang kaki untuk ke kedai itu. Udara yang membugar hati, pohon yang menari riang dan kerikil-kerikil di jalan tar telah menemani perjalanan singkatnya.

Tiba-tiba, sekumpulan remaja lelaki yang bertubuh sasa mengepung dirinya. Jantungnya berdegup laju. Berdebar. Wajah mereka sungguh bengis.

"Comelnya kau ni. Nak pergi mana. Jom abang teman,"

Seorang daripada remaja itu memulakan bicaranya dengan angkuh dan biadab. Mungkin lelaki itu tidak pernah belajar subjek Pendidikan Islam di sekolah.

Alya terdiam. Mulutnya bagai dibelennggu sesuatu. Hanya hatinya sahaja berbicara. Dia tidak dapat menahan ketakutan lagi. Akhirnya, Alya tewas. Dia menitiskan air mata kerana ketakutan.

" Kenapa kau menangis? Eiii comelnya," seorang lagi daripada remaja itu menyeringai sambil menyentuh bahu Alya. Maruahnya jatuh.

"Apa kalian buat ni?" Alya terdengar lengkingan suara daripada seorang lelaki. Mujurlah ada yang sudi untuk menyelamatkan dirinya. Akhirnya, sekumpulan remaja yang berlagak perkasa tadi mengatur Langkah seribu. Takut.

"Terima kasih, hmm siapa sebenarnya pakcik ya?" Alya bertanya menginginkan kepastian. Mahu mendalami sesusuk tubuh yang telah menyelamatkannya sebentar tadi.

"Haha, bukan siapa-siapa pun,"

Pakcik itu seakan-akan hendak tergelak mendengar pertanyaan yang diajukan kepadanya itu.

"Saya tahu pakcik bukan orang biasa-biasa. Kalau tidak, mengapa mereka lari?"

Alya bertanya lagi.

"Tak adalah, sebenarnya, pakcik ini seorang penyair,"

"Hebatnya seorang penyair. Kata-katanya boleh hidup dan menjadi seganas taufan. Kata-kata penyair juga boleh menjadi lembut sehingga buat orang terpikat. Aku mahu jadi seorang doktor yang pandai menulis puisi!"

"Pakcik ada kerja lain ke?" Alya bertanya lagi.

"Pakcik merupakan seorang guru. Di samping menyampaikan ilmu kepada anak bangsa, pakcik juga menghibur masyarakat sebagai penulis," Pakcik itu menjawab.

"Aku akan jadi seorang doktor yang merawat pesakit sambil menghibur mereka sebagai penyair! Ini adalah azamku!"