Chereads / You and Me Never / Chapter 83 - 83.

Chapter 83 - 83.

Seorang maid bergegas mendapatkan orang yang sedang berjalan keluar dari bilik belajar tuan muda bongsunya dengan lekas.

"Cik Aster.."panggil maid itu.

Elok saja Aster nak jejak tangga terus menarik kakinya dari situ lalu palingkan kepala ke kanannya dengan kening terangkat bila namanya di panggil.

"Ya saya.."sahutnya.

Maid itu tersenyum senang sewaktu mendekat, mujur la sempat. Sebaik dia berdiri depan Aster terus dia bersuara. "Cik dah nak balik ke?"

Sambil betulkan tali beg sandang di bahu Aster mengangguk kepala. "Ha'ah..ada apa-apa ke?"

Maid itu mengangguk kepala. "Tuan muda Azriel pesan pada saya dia mahu berjumpa dekat cik dekat bilik dia."

Aster berkerut kening tak faham. Dah kenapa nak jumpa dia. "Tapi saya kena cepat ni..."

"Dia kata urgent cik...tolong la cik...nanti tak pasal-pasal yang yang dia marahi kalau cik tak jumpa dia."rayu maid itu dengan buat muka terdesak.

Alah...dia baru nak elak dari jumpa Azriel. Takut la! Dah la lelaki tu kuat menyentap. Kemudian asyik kata dia ni menyusahkan je memanjang.

"Cik Aster pergi la..ya."rayu maid itu lagi.

Dengan dada berdebar takut, Aster pandang maid depannya dengan muka tak rela. "Yalah...saya pergi."angguknya.

"Sini cik..saya iring cik."pelawa maid itu dengan senyuman di bibir.

Terus Aster menggeleng kepala. "Tak apa. Saya boleh pergi sendiri. Terima kasih sebab beritahu ya."dia tepuk lembut bahu maid itu.

Terus tunduk hormat maid itu pada Aster. "Baik..."sambut dia dengan tertib.

Sambil buat muka tak suka, Aster atur langkah dia ke kanan koridor itu dan menyusuri laluan itu buat seketika sebelum tiba di depan pintu bilik tidur Azriel. Lama jugak la dia berdiri dekat situ termenung pandang pintu tu. Teragak-agak nak masuk ke tak nak.

Dekat lima minit macam tu buat keputusan, Aster lepaskan hela nafas mengalah dia lalu mengetuk pintu tersebut beberapa kali. Apa nak jadi, jadi la! Nanti kan, ada yang jadi harimau pulak kalau dia tak jumpa.

Knock!Knock!

"Masuk."arah suara tu dari dalam.

Tanpa teragak-agak, Aster pulas tombol pintu itu ke bawah lalu menolak pintu itu ke dalam lalu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Masuk saja, Aster paling ke belakang menutup pintu tersebut sebelum bersuara.

"Ada apa awak nak-"sekali dia toleh, Aster terpandang Azriel yang tidak berbaju sedang berdiri depan katil membutang seluar. "Argh!"terus dia tekup muka sebab terkejut! What the hell! Asal lelaki ni suruh dia masuk macam tu je! Terus berderau jantung dia mengepam darah dengan deras hingga buatkan leher, telinga dan wajah dia berasa bahang yang amat!

Azriel hanya tersengih sendiri bila melihat reaksi Aster. Comel je. Serta merta mentol idea timbul di benaknya. Tanpa mengenakan baju, dia cekak pinggang menghadap Aster lantas bersuara.

"Dah.."kata Azriel.

Aster yang masih menekup muka itu bersuara. "Ya ke?"

"Iya..bukak la mata tu.."

Berasa was-was Aster intai sikit di celah jarinya, tapi dia cepat-cepat batalkan niatnya. "Saya tak percaya..."ujarnya. Lama dia tunggu jawapan dari Azriel, tapi senyap tak bersuara. Mungkin Azriel dah jengkel dengan dia agaknya sebab dia tak percaya. Hairan dengan keadaan itu, Aster turunkan tangan dari muka lalu memandang ke depan dia.

Sekali bukak...BOOM!

Wei!

Apa ni!

Mana adil!

"Suka apa kau tengok?"tegur Azriel masa Aster pandang dia yang tak berbaju.

Fuh la mak...cantik betul badan berketak-ketak depan dia ni! Tak tahu pulak Azriel ada lengan dan badan berotot macam ni.

"Apa masalah awak ni! Pakai lah baju tu!"marah Aster lepas sober dari melongo lihat badan tak berbaju depannya itu dengan muka panas bagaikan apa.

"Asal?Kau tak suka ke?"Azriel tunduk mencapai baju dari katilnya lalu disarungkan ke badan sambil menghadap Aster yang tengah blushing tu.

Kening Aster mencerlung tak puas hati. Saja je Azriel ni kan! Tahu la handsome, badan berketak. Tak payah la tunjuk dekat dia yang berhati kertas ni. Makin susah nanti dia untuk tak sukakan lelaki ni. "Awak nak apa panggil saya ke sini..?"tanya dia masa perhati Azriel gerak ke meja solek lalu menyisir rambut.

Dari jari runcing tu gengam sikat hingga la gerak menyikat rambut, Aster perhati sambil menelan air liur teringin. Dasyat betul perasaan suka dia dekat Azriel sekarang ni. Nanti bila tugas dia dah selesai dekat sini, mesti menangis hujan dibuatnya sebab tak boleh datang lagi ke sini atau dekati Azriel.

Takut bila dia fikirkan semua tu.

"Apa yang berlaku dekat kafeteria semalam sebenarnya?"tanya Azriel sewaktu pegang botol perfume lalu di spray pada tengkuk dan dada dia.

Aster pandang Azriel dengan muka cuak. "Apa yang berlaku?Macam saya beritahu awak la...saya yang langgar dia sampai telefon dia jatuh dan rosak.."jawab dia yang masih berdiri dekat depan pintu tu. Tak berani nak masuk lebih dalam ke bilik itu.

Azriel berpaling menghadap Aster sambil memakai jam tangan di tangan kirinya.

"Serius?"tanya dia dengan kening mencerun.

Mata Aster gerak kanan dan kiri takut bila nampak Azriel pandang dia macam boleh baca apa dalam fikiran dia. "Serius la...takkan saya main-main pulak. Lagipun awak tak patut tumbuk dia macam tu. Benda boleh settle dengan baik..."

Azriel gerak ke arah meja belajar sebelah dia lalu mencapai beg galas dia sebelum digalas ke badannya. "Kalau dia boleh marah sebab ada orang sentuh harta dia dan rosakkan harta , kenapa aku tak boleh?"ujarnya.

"Hah?"nganga Aster dengan muka kebingungan lepas dengar. Apa Azriel cakap tadi?Dia tak tangkap la. Ke salah dengar?Harta?Apa? Dia termenung tadi.

Azriel gerak ke arah Aster lepas siap lengkap bersiap. "Hah-huh..itu je la taunya kau.."seloroh dia semasa berdiri depan Aster sebelum sondong ke depan menghulur tangan ke belakang. Buatkan muka Aster terlanggar badan dia.

Terkejut Aster masa tu, dia yang tengah proses apa yang Azriel cakap tadi langsung tak peka yang Azriel dah berdiri depan dia.

"Dah la..jom. Lambat nanti nak ke kelas."ajak Azriel semasa pintu itu di tarik ke dalam melanggar badan Aster hingga buatkan Aster terpaksa maju ke depan dan langgar badan dia sekali lagi.

Berpinar kepala Aster masa ni bila bau haruman dari pakaian Azriel menyapa rongga hidung dia. Sebab suka punya pasal, dia tak tolak langsung badan tu. Malah hanya biarkan badan dia berada dekat dengan Azriel. Ikutkan hati dia peluk je badan ni kuat-kuat. Tapi dia tahankan je dirinya.

Azriel yang sengaja buat semua tu hanya tersengih sinis semasa pegang badan Aster dan palingkan gadis itu keluar bersamanya dari bilik tersebut.

"Perlu ke buat macam tu?Awak boleh je suruh saya ke tepi tadi?"sungut Aster semasa dia di dorong ke depan dengan Azriel masa lelaki tu pegang belakang badan dia.

Dah kenapa lelaki ni tak henti-henti hendak buat skinship dengan dia. Buat perut dia memulas je la!

"What?Bukan kau suka ke?"soal Azriel.

Memang la! Masalahnya sekarang dia takut dia tak boleh nak bendung diri dia lagi! "Bila masanya saya cakap saya suka?"

Azriel ketawa. "Mengaku saja la mon amour..."sebut dia dengan sengih meleret di bibir.

Aster buat muka tak suka. Lagi sekali. Apa kejadahnya perkataan tu. "Apa awak panggil saya tadi?"

"Mon amour."ulang Azriel lagi dengan bahasa perancis dia.

"Apa bendanya tu?"makin jengkel Aster sebab perkataan pelik tu keluar dari mulut Azriel bila sebut nama dia.

"Cari la tahu sendiri..."sakat Azriel masa berjalan turun tangga terlebih dahulu meninggalkan Aster dekat belakang.

Aster hentak kaki tak puas hati lalu mengejar langkah Azriel. "Beritahu la saya bahasa apa biar saya google translate.."

Azriel buat tak tahu.