Semenjak Keamanan kembali di Hiroshima banyak perkara yang telah berlaku. Antaranya para peniaga semakin mendapat keuntungan yang sepatutnya mereka dapatkan sebelum ini.
"Selamat pagi Pak cik, selamat pagi Mak Cik" itulah yang terjadi semenjak bebebrapa minggu.
"Cikgu! izinkan kami mengambil bahagian dalam peperiksaan yang akan datang" rayu Rie kepada pengetua sekolah mereka.
Sebelum itu mari Kita berpatah balik ke beberapa jam yang sebelumya."Rie. Saya tahu perubahan Kita kebelakangan ini bagus. Tetapi kalau difikirkan semula untuk mengambil peperiksaan sekolah sedikit rumit untuk Kita" tanya Shin.
"Jangan risau. Aku sudahpun membuat persiapan untuk semua yang akan berlaku". Mereka berdua pun pergi ke bilik pembesar suara untuk membuat pengumuman.
"Aaa~ Aaa~ cubaan satu dua" kata Rie sambil menguji suaranya. "Selamat pagi wahai pemuda Inabazaki sekalian. Ketua anda Rie Takanashi disini.Seperti yang anda semua maklum,mulai minggu ini Kita akan mulai belajar seperti sekolah yang lain. Tiada siapa yang dibenarkan ponteng kelas sehingga peperiksaan antara sekolah tamat. Sudah semestinya sasaran Kita pada Kali ini adalah nombor satu. Gagal bukanlah satu pilihan sebab kelas yang gagal akan diserang oleh aku sendiri.Harap semua faham dengan apa yang disampaikan."
Para guru yang duduk dipejabat berasa sangat terkejut dengan pengumuman yang baru saja mereka dengar. Tidak lama kemudian kedengaran riuh yang menuju ke arah pejabat guru. Pam!! Pintu ditendang dan para pelajar masuk ke dalam beramai-ramai. Para guru yang terkejut dengan kehadiran mereka masih terpaku melihat mereka. "Cikgu!!! Tolong berikan kami tunjuk ajar!!" kata mereka beramai-ramai.
Dengan perasaan yang terharu para guru bersetuju untuk mengajar mereka. Setelah bertahun lamanya mereka bekerja di situ akhirnya khidmat mereka diperlukan juga. Walaupun yang akan diajar oleh mereka murid yang bermasalah.
"Walaupun kami boleh mengajar kamu, tetapi Kita tidak dapat mengambil peperiksaan melainkan dengan izin pengetua"kata Salah seorang cikgu.Rie yang berada disitu menarik tangan Shin Dan bergegas menuju ke pejabat pengetua.
Pam!!! Ditendangnya pintu pejabat pengetua dan dilihatnya seorang yang agak berumur duduk disitu." Adakah anda pengetua?" Tanya Rie. "Siapa lagi kalau bukan Saya" jawabnya.
"Saya ingin..." "Mengambil peperiksaan antara sekolah bukan?" belum habis Rie mengatakan hajatnya tetapi percakapan nya dipotong oleh pengetua. "Baguslah kalau anda tahu semuanya jadi ini akan menjadi..." "maaf tetapi untuk Kita mengambil peperiksaan adalah mustahil". Sekali lagi percakapan Rie dipotong.
"Tetapi mengapa? bukanlah pelajar Inabazaki bersetuju untuk mengambil peperiksaan itu?" tanya Rie lagi. "Memang betul apa yang kamu cakap. Tapi biar saya tanya kamu satu soalan" kata pengetua sambil merenung tepat ke mata Rie.
Rie dapat merasakan bahawa serangan daripada pengetua adalah serangan yang paling berbahaya. "Kita ni adalah sekolah ekslusif untuk Yankee, pelajar-pelajar yang bermasalah. Sekolah kita telah menjalankan tradisi fight and win sejak dari awal pembukaannya. Walaupun sekolah ini masih boleh dikatakan baru lagi tetapi tradisi bukanlah sesuatu yang senang diubah. Kamu ingin mengambil peperiksaan antara sekolah itu untuk apa??" kata pengetua.
"Untuk...." "Untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pelajar bermasalah juga mampu menjawab peperiksaan Dan mempunyai masa depan yang cerah? Takanashi, ingatlah apa yang ingin Saya katakan dengan baik. Walaupun sekarang kamu mahu merubah tradisi lama kamu kepada tradisi baru tiada siapa yang akan ambil peduli. Sekali kamu Yankee didepan mata masyarakat maka kamu adalah Yankee selama-lamanya." " Tidak beerti kami tidak akan berjaya dalam hidup" balas Rie sambil menitiskan air matanya.
"Takanashi, terimalah realiti dan jangan Cuba melakukan hal yang bukan-bukan.Nikmatilah hari-hari kamu menjadi yankee dengan Gembira."Balas pengetua sambil merenung ke luar Jendela.
Rie hanya mampu berdiam diri."Kalau itu sahaja yang mahu kamu katakan sila balik ke kelas kamu". Rie melangkahkan kakinya dengan perasaan yang berat hendak meninggalkan bilik pengetua tersebut. Baru saja Rie memutarkan tombol pintu ,"Tetapi kalau kamu betul-betul ingin mengambil peperiksaan antara sekolah, ada merit yang perlu dipatuhi". kata pengetua secara tiba-tiba.
Rie menoleh kebelakangan Dan menanya "apakah merit yang diperlukan" tanya Rie. "Nanti saya umumkan kepada semua pelajar melalui pembesar suara." balas pengetua. Rie tersenyum dan berlari ke pembesar suara dan membuat pengumuman. "Pengetua bersetuju untuk kita mengambil peperiksaan antara sekolah. Tetapi ada merit yang perlu Kita patuhi Dan nanti dia sendiri akan mengumumkan merit-merit yang perlu Kita patuhi!" kata Rie melalui pembesar suara.
"Apa yang kamu rancangkan orang tua tak guna" kata Shin kepada pengetua. "Izumi,tak sangka dapat berjumpa kamu disini.Dan janganlah marah-marah kepada ayahmu ini" balas pengetua. "Aku tak akan pernah menganggap kamu sebagai ayahku walaupun nyawaku melayang" balas Shin. "Hmm. sangat menarik Izumi" kata pengetua.
Shin yang marah menumbuk pintu pejabat pengetua dengan kuatnya.Sebelum dia melangkah keluar dari pejabat pengetua dia sempat memberi amaran kepada pengetua "Jangan pernah cuba memanggil aku sebagai anakmu didepan orang ramai." "Aku melakukan semua ini demi kamu anakku. Teruskanlah membenciku kalau itu kemahuanmu.Tetapi satu yang pasti engkaulah satu-satunya anakku yang paling aku Sayang."
Loceng rehat tengah hari berbunyi Dan Inabazaki High sunyi menunggu pengetua memberi pengumuman. Ting ting ting tong ting~ " Selamat tengah Hari wahai warga Inabazaki High. Seperti yang anda sedia maklum, sekolah kita kali ini akan mengambil bahagian dalam peperiksaan antara sekolah". "Yeayyyyy!!!!" kedengaran bunyi sorakan para pelajar memecahkan kesunyian tengah hari itu.
"Tapi dengan beberapa merit yang mesti dipatuhi kalau anda semua betul-betul ingin mengambil peperiksaan. Kalau merit gagal dicapai maka Saya akan membatalkan serta merta penyertaan sekolah Kita. Merit yang pertama adalah semua pelajar mesti mempunyai IQ tinggi. Minggu depan Saya akan mengadakan peperiksaan untuk melihat berapa tinggi IQ untuk semua pelajar. Hanya pelajar yang lulus peperiksaan minggu depan akan mengambil bahagian dalam peperiksaan antara sekolah. Seterusnya Saya ingin pelajar mematuhi peraturan sekolah seperti sekolah yang normal. Disebabkan sekolah kita dalam golongan 'special case' hanya satu peraturan yang mesti dipatuhi walau apapun iaitu ketepatan masa. Mulai minggu ini sehingga tamatnya peperiksaan antara sekolah semua pelajar dikehendaki datang ke sekolah dari 8.30 pagi Dan pulang ke rumah 4.30 petang. Barangsiapa yang tertangkap masuk lambat atau balik awal secara automatik nama anda akan tersingkir daripada penyertaan . Dan merit yang terakhir, pergaduhan yang berlaku didalam sekolah juga akan menyebabkan automatik penyertaan satu sekolah dibatalkan. Jadi berusaha lah ya untuk mematuhi tiga merit yang ditetapkan. Kita akan melakukan revolusi."
Setelah tamatnya pengumuman daripada pengetua, terdengar sekali lagi sorakan gemuruh daripada Inabazaki High. Seminggu kemudian seperti yang dijanjikan semua pelajar yang mematuhi peraturan yang ditetapkan, mengambil peperiksaan IQ . Apa yang mengejutkan semua pelajar Inabazaki High menyertai peperiksaan tersebut. Tiada satupun pelajar yang berani mengingkar peraturan mana taknya, amaran yang diberikan Takanashi Rie masih melekat dikepala mereka. "Gagal bukanlah satu pilihan sebab kelas yang gagal akan aku sendiri yang datang untuk menyerang".
Beberapa hari kemudian maka keluarlah markah peperiksaan IQ untuk pelajar Inabazaki High yang telah mengejutkan negara Jepun. Sembilan puluh tujuh peratus pelajar Inabazaki berjaya mendapatkan markah penuh dalam peperiksaan IQ. Disebabkan hal itu sekolah Yankee terkuat iaitu Inabazaki High, Toou Academy dan Hibaraki High menjadi tumpuan. Walaupun dua buah lagi sekolah tersebut dikatakan mengambil peperiksaan IQ yang sama tetapi hanya lima puluh enam peratus pelajar berjaya mendapatkan markah penuh dimana kuantiti mereka lebih rendah berbanding Inabazaki.
"Ini sangat menarik. Nampaknya generasi Yankee Genius telahpun dilahirkan. Harap-haraplah generasi ini akan berterusan selagi yang boleh" bisik hati pengetua sekolah Inabazaki High.
Tiga bulan kemudian peperiksaan antara sekolah telahpun bermula dimana semua sekolah Yankee juga terlibat. Seluruh penduduk Jepun kini menumpukan perhatian kepada sekolah Yankee di Hiroshima yang telah mengejutkan mereka sebelum ini. Ramai yang masih tertanya bagaimana sekolah-sekolah tersebut mempunyai keputusan yang mengejutkan. Ramai yang cemburu mengatakan bahawa sekolah tersebut membawa buku atau telefon pintar ke kelas semasa peperiksaan dijalankan. Itulah pendapat segelintir daripada orang yang tidak berpuas hati.
Bagi tiga buah sekolah khas Hiroshima iaitu Inabazaki High, Hibaraki High Dan Toou Academy mereka akan mengambil peperiksaan antara sekolah di kawasan yang ditetapkan oleh kerajaan Jepun. Pada Hari peperiksaan beg,buku rujukan,telefon pintar semua akan dimasukkan ke loker khas yang mempunyai nama pelajar dari sekolah khas Hiroshima. Bahkan seluruh pakaian dari baju sampai ke kasut mereka diperiksa sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Walaupun pensil Dan pemadam akan disediakan jadi maksudnya semua pelajar sekolah khas Hiroshima datang membawa diri dengan tangan kosong ke peperiksaan tersebut.
Selepas pemeriksaan selesai dan semua pelajar masuk ke dewan mereka akan dicampurkan. Dalam satu dewan akan ada pelajar dari ketiga sekolah tersebut bagi mengelakkan kes meniru.
Ting~ Ting~ Ting~ Ting~ bunyi loceng menandakan bermulanya peperiksaan antara sekolah . Semua pelajar mula menjawab peperiksaan. Pada awalnya pengawas peperiksaan menyangka mereka akan meniru semasa peperiksaan tetapi apa yang mengejutkan pelajar yang sudah siap menjawab akan tidur diatas meja masing-masing.
"Kamu ingat ,kamu semua boleh lulus kalau tidur selepas menjawab peperiksaan" bisik pengawas peperiksaan dalam hati. Selama tiga hari berturut-turut pelajar dari sekolah khas Hiroshima menjalankan rutin harian semasa peperiksaan. Mereka akan diperiksa habis-habisan sebelum memasuki ruangan peperiksaan. Selama tiga hari itulah tiada kes peniruan ataupun ada pelajar yang cuba menyeludup jawapan secara haram.
Itulah yang menghairankan para pengawas peperiksaan. "Walaupun mereka Yankee tetapi tiada kes peniruan yang ingin dilakukan. Adakah mereka betul-betul konfiden dengan kebolehan mereka? Ataupun mereka betul-betul genius" bisik hati para pengawas peperiksaan.
Selesai sahaja peperiksaan antara sekolah minggu itu "meeting" antara para pengawas peperiksaan bersama pegawai yang membuat peperiksaan itu dijalankan. "Saya Hiroki Hiko, pengawas peperiksaan bagi dewan A sekolah khas Hiroshima. Selama beberapa hari melakukan pemerhatian semasa peperiksaan tiada apa yang pelik berlaku sepanjang peperiksaan dijalankan. Semua pelajar menjalankan pemeriksaan seperti yang dirancangkan sebelum masuk ke dewan. Mereka hanya menjawab soalan seperti pelajar biasa" kata pengawas peperiksaan yang pertama. Mereka pun berbincang lagi dan nampaknya begitulah yang terjadi di setiap dewan peperiksaan. "Jadi Saya menganggap pelajar dari sekolah khas Hiroshima layak menyertai peperiksaan ini" kata pegawai yang membuat soalan peperiksaan. "Tiada bantahan" jawab semua pengawas peperiksaan.
Dengan itu mereka mula melakukan penyemakan peperiksaan tersebut. "Kita akan umumkan kepada semua sekolah keputusan bulan depan " kata pegawai tersebut. "Baiklah" jawab yang lainnya.
Bersambung : episode seterusnya - Catteleya High (Sekolah gadis dari keluarga kaya)