Chereads / Genius "Yankee" / Chapter 2 - Episod 2 : Keamanan di Hiroshima?

Chapter 2 - Episod 2 : Keamanan di Hiroshima?

Setelah perbincangan antara ketua Yankee yang berkuasa di Hiroshima, keadaan menjadi sedikit pelik bagi penduduk disana kerana kebiasaannya waktu pagi suana disana riuh-rendah dimana para Yankee berteriak berkejaran antara satu sama lain. Tetapi pagi ini suasana yang diimpikan oleh mereka betul-betul terjadi.

"Apa yang terjadi agaknya ya ? Selalunya pergaduhan dipagi hari sentiasa terjadi setiap kali Kita membuka gerai. Tetapi kali ini sunyi je. Harap-haraplah keadaan ini berterusan ya" kata penjaja yang sudah penat dengan karenah mereka. Dari jauh dia ternampak segelintir pelajar yang menggunakan uniform hitam berjalan menuju ke arah kedainya.

Disebabkan kejadian aman dia terlupa bahawa kedainya adalah laluan para Yankee untuk turun ke sekolah mereka." Alamak! Saya terlupa pulak pelajar Inabazaki High akan melalui kedai ni untuk ke sekolah. Habislah saya~" cakapnya didalam hati. Dia tahu perniagaannya terjejas kerana para Yankee sentiasa berperang dikawasan kedainya."Kalau mereka melalui jalan ini maksudnya mereka sudah bersedia untuk peperangan" katanya sambil mengeluh.

Nampakya Hari ini tiada lagi pelanggan yang akan membeli barang dikedai Saya, itulah yang difikirkan oleh peniaga tersebut. Semakin lama pelajar tersebut semakin dekat dengan kedai nya. Seperti biasa dia segera berlari kedalam bilik untuk mengambil senjata untuk mempertahankan dirinya. Dia memegang senjata dengan tangan yang terketar-ketar sambil mengacukan senjatanya ke arah pelajar tersebut.Baru saja dia nak menjerit "Jangan!..." tiba-tiba seorang pelajar menundukan kepalanya sambil mengucapkan "selamat pagi Pak cik .Cuaca yang bagus untuk berniaga Hari ni kan? Semoga gerai Pak cik dipenuhi pelanggan Hari ini" kata pelajar tersebut sambil tersenyum. Kemudian dia pun berlalu seperti tiada apapun yang berlaku.

"Selamat Pagi!!" kata pelajar yang selebihnya sambil menundukan kepala mereka kepada peniaga itu. Dia hanya mampu tercengang melihat gelagat para pelajar yang biasanya bising tiba-tiba memberi ucapan selamat pagi kepadanya. "Eh?? adakah ini mimpi?.. Apa yang baru saja berlaku?". Didalam hatinya dia merasakan apa yang berlaku hanyalah sebuah mimpi ngeri baginya. Tak mungkin pelajar yang tidak berpendidikan akan melakukan Hal seperti itu.

Masih lagi tidak percaya dengan apa yang dialaminya dia memanggil isterinya "Aina! Mari kesini sekejap!" panggilnya. Isterinya yang berada didalam rumah terburu-buru berlari kepadanya menyangka suaminya diserang oleh Yankee. Namun dia terkejut melihat tiada apa yang berlaku kepada suaminya. "Tadi para pelajar Inabazaki High mengucapkan selamat pagi kepadaku,adakah itu betul-betul berlaku?" Tanya peniaga kepada isterinya.

Isterinya dengan mata terbeliak menjawab "awak demam apa ni? sudah makan ubat?" tanya isterinya dengan perasaan gelisah."Mana Saya ada sakit!" balas suaminya.Mana mungkin hal seperti itu berlaku.Itulah yang difikirkan oleh si isteri. Beberapa minit kemudian datang lagi segelintir pelajar dari Inabazaki High.Dari jauh mereka mengecam uniform yang dipakai oleh mereka.

"Kalau awak Tak percaya. Berdiri disini sambil berpura-pura membuat kerja"kata suaminya."Awak nak bunuh Saya ke? nanti mereka merompak Saya macam Mana!?"Tanya si isteri. "Jangan risau.kalau mereka ingin melakukan sesuatu yang kurang baik Saya akan memukul mereka memakai senjata ni" balas si suami. Dia pun bersembunyi di depan belakang pintu rumahnya.

Semakin lama para pelajar semakin dekat dengan gerai tersebut. Si isteri merasa semakin berdebar melihat Yankee yang agak sasa tubuh mereka. Semakin dekat para Yankee semakin takut si isteri dibuat mereka. Tangan si isteri yang menyusun barang semakin bergegar apabila mendengar tapak kaki mereka betul-betul dibelakangnya. Walaupun ketakutan dia tidak sengaja tertoleh ke belakang Dan melihat beberapa orang pelajar Inabazaki High."Jadi itu betul-betul mereka",bisik hatinya. Walaupun pagi itu agak sejuk,si isteri mulai berpeluh sebab takut dengan kehadiran mereka.

Tiba-tiba pelajar tersebut menundukan kepala mereka sambil mengucapkan "Selamat pagi Mak Cik!!" kata mereka serentak. Si isteri terpaku dan berusaha dengan keras untuk tersenyum Dan membalas ucapan mereka. "Selamat pagi nak~ belajar rajin-rajin ya" balasnya sambil tersenyum. "Baik Mak Cik" balas mereka sambil tersenyum Gembira sambil berlari meninggalkan si isteri tercengang didepan kedainya. "Nampaknya Mak Cik tersenyum kepadaku" kata Salah seorang daripada pelajar."Tidak. aku ketua kelas kamu semua jadi senyumannya adalah untukku" balas seorang lagi.

Si isteri yang bingung masih lagi bediri didepan kedainya. Si suami yang terdengar perbualan mereka keluar dari belakang pintu lalu berkata kepada isterinya ''siapa yang berpenyakit sekarang?" Tanya si suami. "Nampaknya Kita perlu periksa keadaan ke hospital bersama" kata si isteri.

Bukan sekadar di kawasan Inabazaki High sahaja,malahan kawasan Toou,dan Hibaraki juga mengalami keadaan yang menyeramkan.Ramai yang berpendapat bahawa perang besar akan berlaku lagi dengan keadaan yang Aman sekarang. Mungkin Yankee Hiroshima akan berperang dengan wilayah lain seperti Nagasaki atau Fukuoka. Itulah yang berada didalam fikiran netizen Hiroshima sekarang. Tiada siapa pun yang senang dengan keadaan yang kecoh tiba-tiba senyap dan aman. Pada minggu pertama ,netizen susah menerima keamanan yang sedia ada takut hal yang lebih buruk akan berlaku.Setelah beberapa minggu akhirnya mereka sedar, Hiroshima betul-betul aman.

Apakah yang terjadi kepada tiga buah sekolah terkuat. Itulah yang sekarang menjadi pertanyaan terbesar kepada penduduk Hiroshima. Tidak mungkin Inabazaki High, Hibaraki High Dan Toou Academy senyap begitu lama. Adakah sekolah mereka ditutup? tetapi masih ada yang nampak pelar dari sekolah ini turun ke sekolah masing-masing,hanya tiada apa yang besar berlaku seperti yang biasanya.

Bersambung : Episod seterusnya - Revolusi