Lily Alexandra Sullivan, berdarah kacukan itali dan melayu, mengalami amnesia sejak berumur 6 tahun lagi, akibat kemalangan yang melibatkan kematian kedua ibu bapanya. Seorang wanita telah menyelamatkan nya dari kejadian itu dan merawatnya. Selepas dia sembuh. Wanita itu meninggalkannya di rumah anak yatim. Dia tinggal d rumah anak yatim sehingga umurnya 8tahun sebelum pemilik rumah anak yatim itu mengambilnya sebagai anak angkat. Ibu bapa angkatnya menukar namanya kepada Aisha Umairah binti Abdul Qalifh.
Dia mempunyai 4 orang abang dan seorang adik lelaki yang penyayang dan overprotective. Sanggup buat apa sahaja asalkan adik perempuan mereka gembira.
Abang dan adiknya berusaha mencari keberadaan adik perempuan mereka tanpa berputus asa. Kerana mereka tahu adik mereka masih hidup dan selamat.
"Aku akan hapuskan keturunan kau, Sullivan. Terutama sekali anak perempuan kau" - someone.
"Aku harap kau jaga dia untuk aku bila aku sudah tiada dalam dunia ni lagi" - Tengku Aariz Aiman.
"Aku janji akan jaga dia seperti nyawa aku sendiri. Sebab aku juga sayangkan dia" - Tengku Aidan Amsyar.
"Aku takkan biarkan sesiapa miliki Aisha. Aisha hanya milik aku seorang." - Tengku Daniel Azim.
Mampukah abang dan adiknya menemui adik perempuan mereka dan mampukah mereka merungkai kebenaran di sebalik kemalangan yang menimpah kedua orang tua mereka? Mampukah mereka menjadi pelindung adik mereka yang diburu oleh musuh Daddy mereka kerana harta yang dimiliki oleh adik mereka itu? Siapa pula hero dalam cerita ini?
A story about LOVE and REVENGE
By Lily Sulaiman