Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Royal Pain In The Ass

🇲🇾TintaHitamTanpaAra
82
Completed
--
NOT RATINGS
140.9k
Views
Synopsis
Rule. Ethics. Code. Semua ni adalah tiga perkara yang paling susah sangat dia nak ikut. Sejak dia kenal apa itu Abc, sejak dia tahu apa itu pintu keluar dan pintu masuk, sejak dia tahu apa itu peraturan, sejak tu dia telah berikrar! Yang dia takkan ikut apa mereka minta! Takkan ikut apa yang peraturan telah ditetapkan. Never! Tapi itu la, kalau dah hidupnya sejak azali lagi merupakan keturunan kerabat diraja, suka atau tidak dia perlu dengar perkataan yang sama, berulang kali...lagi, lagi dan lagi! Seorang puteri tak boleh buat begini Seorang puteri perlu lemah lembut Seorang puteri perlu bertutur kata sopan Kena buat macam tu jangan buat macam ni, Kena buat macam ni jangan buat macam tu Yadaa...yadaa...yadaa Hello! Ingat dia ni robot apa nak di program bagai! Kalau nak dapat anak dan princess yang perfect lagikan perfectionist pergi buat robot sana. Programkan robot tu. Gerenti puas hati punya! Ini tidak. Dari kecik sampai la ke besar, tak habis-habis dengan etika!etika!etika! Urgghh! Dasar royal pain in the ass! September 2020
VIEW MORE

Chapter 1 - 01. Blind Date Gone Wrong

Apa perkara pertama yang muncul sekiranya perkataan princess timbul?

Lemah lembut?

Penyayang?

Cantik?

Nah.

Silap.

Dalam kisah ni tiada semua tu.

Yang ada hanyalah.

Dingin.

Sinis.

Sadis.

Semua orang pasti akan kenal siapakah yang dimaksudkan dengan hanya menggunakan tiga karakter ini.

Semua orang. Dari tabloid. Artikel. Paparazi sehingga la media massa. Pasti akan timbulkan nama ini di dada utusan mereka.

Bermacam-macam rumor tersebar. Banyaknya yang negatif dari yang positif. Sampaikan ramai yang menganggap bahawa orang ini hanyalah suatu masalah dan juga berita buruk untuk sesiapa yang mengenalinya.

Sebab apa?

Sebab puteri ini bukan la puteri tipikal yang orang selalu fikirkan.

Apa yang mereka tahu, puteri ini tiada belas kasihannya.

Setiap kata-kata yang dihamburkan tiada tapisnya.

Setiap perbuatannya ada maksud yang tersirat.

Mahupun raja dan permaisuri sendiri tidak dapat berbuat apa-apa.

Semua ini kerana dia berpegang pada satu prinsip. Prinsip yang telah jadikan dia seperti apa yang dia jadi hari ni.

'I don't give a f*ck!'

Too much care too much affair

So mind your own business!

Itulah Adalina Bloom.

"Saya lebih prefer isteri yang taat pada suaminya terutama sekali kepada keluarga mentuanya."ujar Tyler.

Lelaki 28 tahun. Peguam muda pengalaman 3 tahun. Berambut hitam, berwajah matang, bertubuh tegap seperti hadir ke gim setiap minggu, berbahu bidang dan tinggi seakan model. Pendek cerita, full package.

Tapi sayang.

Lelaki tipikal seperti Tyler ini bukanlah citarasa Adalina. Entah apa la yang ibubapa dia fikirkan sampai pilih lelaki ini sebagai calon suaminya.

"Oh ya ke?"balas Adalina dengan nada seakan berminat dengan perbualan ini.

"Ya, seperti tuan puteri sendiri yang sentiasa kelihatan elegan dan jelita pasti telah di didik untuk jadi seorang anak dan isteri yang taat pada keluarganya suatu hari nanti bukan?" ujar Tyler sewaktu mencapai gelas berkaki di sisi pinggan lalu menyisip sedikit air kosong di dalamnya.

Adalina tarik sengih sinis sewaktu memandang Tyler dengan kening mencerun.

Nak tahu kenapa dia ada di dalam restoran michellin enam bintang dan makan malam bersama lelaki tak guna perasan bagus fikiran cetek ni?

Well...semua ini bermula selepas dia tamat belajar dalam Psikologi dan Pengajian Manusia Degree dua bulan lepas. Di sebabkan dia pilih untuk tidak bekerja dan lebih prefer duduk rumah buat tesis dan jualkannya kepada pelajar yang memerlukan bantuan dia, ayahanda dan bonda, yakni raja dan permaisuri negeri ini, bercadang mahu kahwinkan dia.

Risau kata mereka perhatikan dia terperuk dalam istana tidak berbuat apa-apa, selain duduk dalam bilik study dan hadap komputer sepanjang masa.

Dan disebabkan hal itu la dia ada di sini!

"Jadi awak lebih prefer wanita cantik bermake up dan berpakaian fancy untuk menjadi pasangan awak bukan sebab awak berkenan pada dia?"soalnya dengan nada sassy.

Dasar lelaki!

Balik-balik pilih rupa dan penampilan. Nanti tua hodoh jugak! Berkedut sana sini.

Tyler dengan bangga tarik sengih meleretnya lalu mengangguk kepala. "Tipu la kalau saya tak pilih rupa paras. Semua orang begitu. Sama ada lelaki mahupun perempuan mereka berpendapat yang sama. Terutama sekali kaum wanita. Mereka lebih suka pada lelaki yang kaya, ada rupa serta berkuasa..tak begitu?"

Mendengar kenyataan itu, terus panas kuping telinga dibuatnya. Seriuosly? Jadi inila yang lelaki fikir tentang perempuan selama ni? Serious!?

"Awak fikir saya juga perempuan yang sama awak maksudkan?Mata duitan, materialistik, woman whore?"soalnya sambil silangkan tangan ke dada lalu sandar ke belakang. Dia pandang muka handsome Tyler dengan minat.

Kerana ini la Adalina sanggup pilih menjadi single dan hidup tanpa lelaki. Semuanya sebab lelaki seperti Tyler ini la!

Kalau bukan kerana rasa hormat dan tidak mahu melukai hati kedua-dua orang tuanya, dia terima akan permintaan mereka untuk ke blind date kali ke-8 dia dalam bulan ni.

Ya, kali ke-8.

Jangan tanya dia apa yang terjadi pada ketujuh-tujuh calon yang sebelumnya, sebab kali ini nasib yang sama akan menimpa pada calon kelapannya pula.

"Tak ada la. Tuan puteri sudah tentu la lain dari wanita di luar sana."senyum Tyler. "Saya suka wanita seperti tuan puteri."

Sambil menyelak rambut ke belakang bahu kerana rimas, dia tarik sengih meleretnya sewaktu pandang Tyler lalu sondongkan badan ke depan sambil rehatkan siku di atas meja. "Kenapa pula saya berbeza?Saya pun seorang wanita juga?"balasnya.

Tyler membuka mulut, dia bersemangat nak bercakap sekali tu Adalina potong.

"Ini la lelaki. Sesuka hati beri judgement terhadap kaum wanita seperti wanita ini perempuan murahan. Wang?Kuasa?Awak fikir kami ni hamak sangat dengan semua tu? Full make up dan jelita?Awak fikir kami nampak cantik sebab nak tarik perhatian lelaki? You wrong mister."sengihnya. "Ingat sikit, kami wanita ada pilihan dan kehendak untuk kelihatan yakin atau cantik. Bukan sebab nakkan lelaki tergilakan kami! Kenapa saya tak seperti perempuan yang awak katakan? Sebab awak tahu saya seorang tuan puteri. Yang sudah ada harta dan kedudukan. Suka konon! Woman now day can live better than man. So..duit bukan isunya."ujarnya sebelum menarik sengih mengejek.

Tyler telan air liur takut lepas dengar, dia buka mulut untuk berkata semula.

BAM!

Adalina pukul permukaan meja tu dengan muka garangnya.

Tyler apa lagi. Dia terus katup mulutnya dengan mata terbutang kaku. Senak dada dia sebab terkejut dengan tindakan Adalina.

"Don't you dare open your filthy mouth! I swear to god! If you even dare appear infront of my face again. You are so done with me!" ketap Adalina dengan muka dingin dan renungan penuh aura membunuh.

Tyler telan air lur takutnya dengan susah payah sebelum mengangguk kepala.

Setelah itu, Adalina pun bangun dari situ lantas meninggalkan meja itu tanpa mengerling ke Tyler. Sambil berjalan dia selak rambutnya ke belakang bahu tanpa mempedulikan mata yang terarah padanya waktu itu.