Chereads / Mrs.Syed Shariff / Chapter 2 - BALIK

Chapter 2 - BALIK

Pintu kereta berjenama Lamborghini Veneno milik Syed Shariff terbuka luas di halaman rumahnya itu,cermin mata hitam miliknya ditanggalkan lalu dia melangkah keluar dari perut kereta tersebut sambil menarik nafas walaupun rumah yang telah didiami tidak lah sebesar rumah orang lain namun dia bersyukur memilki tempat untuk berlindung dari panas mahupun hujan tempat dimana dia boleh menunaikan solat nya sudah memadai buat dirinya yang hidup menduda.

Syed Shariff melangkah masuk kedalam rumahnya lalu memandang tepat kearah jam yang sudah menunjukkan pukul 12 malam lambat betul dia balik hari ini, Wajahnya yang kusut dibetulkan sedikit manakala rambutnya jatuh terjuntai dialihkan ketepi. Hidungnya yang mancung ditarik agak kelihatan merah pucat disitu.Dia sebenarnya mahu pulang bersama dengan Ian Daniel namun dia baru teringat dia ada membawa kereta sendiri takkan dia mahu meninggalkan kereta miliknya itu di Balai Polis.

flashback

Ian Daniel:"Woi mangkuk jom balik"

Sergah Ian Daniel yang masih berpakaian seragam polis. Mata helang Syed Shariff dihala kan kearah lelaki tersebut manusia pertama nak masuk neraka ni

Syed Shariff:"Kau pun boleh dikatakan anjing kang,kau lagi sekali masuk bilik aku macam tu memang berlubang dahi kau aku buat"

Ian Daniel tergelak besar apabila wajah kawannya itu terlebih serius. Dia tahu dia salah dia memang suka kacau Syed Shariff pun yelah syed shariff kan lelaki yang susah diajak bergurau.

Ian Daniel:"yelah -yelah sorry dah balik kau nak bertapa dekat balai ke apa?"

Syed Shariff: "sabar lah kejab "

'Sabar ² dari tadi kot dia sabar' rungut Ian Daniel. Syed Shariff bangun dari melabuh dan bergerak keluar dari bilik kerja bersama-sama dengan Ian Daniel

Ian Daniel: "Rumah kau dah buat persiapan raya ke"

Pintu kereta dibuka alang -alang satu jalan itu yang hakim tumpangkan si Syed Shariff. Syed Shariff yang baru nak bukak pintu kereta memandang wajah Ia Daniel.

Syed Shariff: "entah lah aku tak sempat biasalah duda" Itulah jawapan yang selalu diungkap duda².

Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta tersebut. Enjin kereta di hidupkan kalau gear belakang ditarik.

Ian Daniel:" Orang suruh cari bini tak nak ,kau mampu lah bagi dua² nafkah tu"

Syed Shariff:*terdiam*

Ian Daniel: "Kalau kau macam nih silap hari bulan badan kau yang sado nih pun boleh down tau macam aku! Cuba lah cari ,tak pun mintak mak kau carikan calon "

Syed Shariff:*menjeling* - "tengok lah nanti... WOI STOP IAN STOP" Syed Shariff terpandang akan kereta miliknya di tempat parking kereta terus menyuruh Ian Daniel berhentikan kereta kerana keretanya masih ada di Balai Polis tempat di mana mereka kerja lupa pulak dia ada bawak kereta hari ini , kelam kabut Ian Daniel disebelah apabila mendengar suara Syed Shariff menjerit "SYED..!! WOI apa masalah kau " marah Ian Daniel apabila disergah sebegitu rupa nya kalau kemalangan terlanggar tiang lampu bukan itu menjadi masalah ke nanti.

" KERETA ,aku lupa aku bawa kereta "Ian Daniel menggeleng kepala sakit kepala dapat kawan macam ni

*******

Bella Zandra meneguk rakus air mineral yang dia ambil dari dalam peti sejuk mungkin akibat kehausan berada di dalam pejabat ,Bella Zandra ternampak kelibat kawannya itu sedang menaip terus dia berjalan ke arah ruangan tersebut sambil bernyanyi "Dudududu" bella Zandra melangkah masuk ke dalam bilik kerja kawan baiknya, Matanya menikam tepat pada kawan nya itu yang tekun semacam tu menaip di dalam komputer tersebut.

'tik Tik tap' bunyi komputer ditekan

"Dah lewat sangat dah nih kau tak nak balik lagi ke!"tanya Bella Zandra yang berada dihadapan nya. Wajah gadis itu ditenung melalui sinaran bulan yang terpancar indah dari pantulan tingkap di hadapan nya itu kelihatan jelas susuk tubuh Bella Zandra itu

"Aku stay office kau nak balik kau balik lah kunci dalam laci aku tu"Arah dia dengan nada kosong tanpa mengalihkan sedikit pandangan ke arah Bella Zandra dihadapnya itu,Bella Zandra merenung kearah kawannya itu dengan renungan tajam masalah jugak kalau dapat kawan macam Nurefah Rose seorang yang degil

"Cik Nurefah Rose kau tahu tak kerja nih esok kau boleh sambung tak pun minggu depan ,dah balik cepat awak tu anak dara bukannya janda nak balik lambat pagi nanti kau nak kena balik rumah adik beradik kau lagi ,ngantuk kan susah"ini lah jadinya malas betul lah kejab lagi dia nak kena kemas baju balik Batu Pahat lagi nasib baik 3 jam je kalau 5 jam sah ii dia mati katak dekat tepi jalan nanti.

"Yelah² "balas Nurefah Rose dengan nada mengalah. Kalau nak menang bukan dapat apa pun kalau mengalah sekurang kurangnya dia dapat tutup mulut nenek puaka tu dari membebel bagai.Siapa sanggup dengan mak nenek nih bising mengalah mak cik-mak cik bawang . Rela tutup mulut dari tadah telinga.

Bella Zandra tersenyum "esok raya ,raya ke 5 datang lah rumah aku ..aku buat open house sekali" ajak bella tanpa segan silu.

Pintu pejabat dikunci dari dalam "tengok lah aku tak janji"jawabnya dengan nada yang tenang sebab dia pun tidak tahu apa akan terjadi pada hari raya itu mungkin akan ada sejarah atau hikmah disebaliknya,bila bila sahaja boleh terjadi Allah tu ada perancangan yang lebih baik untuk kita ,kita sebagai manusia hanya mampu berserah dan merancang sahaja.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

SILA BACA DI WATTPAD @Wardatulffyh-